Monday, January 02, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum..

Hari ni first entri utk tahun baru.. apa yg berlaku sepanjang tahun 2011 adalah kenangan dan sejarah.. CH xkn lupakan, tp jadikan pengajaran dan pedoman.. maklumlah CH dh nk masuk 25tahun sebulan lg.. huhu.. tahun ni CH akan pastikan entri CH dipenuhi dgn warnawarni keceriaan hidup dan yg pastinya CH akan cuba up seberapa byk gmbr yg boleh.. jap lg CH dh mula bz, tp hari ni CH nk buat perancangan utk semua perkara. Yer, SEMUA. siapa yg dh kawen mesti tau ke persediaan sebelum dan selepas kawen.. CH ni di fasa sebelum kawen lah.. CH harap ni adalah masa yg terbaik tuk CH dan musyuk tuk bernikah.. masingmasing dh dewasa kan? huhu. apepun, doakan CH dan musyuk CH dpt capai impian kami.. begitu juga doa CH utk rakanrakan semua.. oklah.. nti kita sambung lg..

p/s : hope semua wishlist tuk taun 2012 ni tercapai dengan jayanya.. imsya-ALLAH.. ^__^

Friday, December 30, 2011

Perpisahan yang dah dijangka..

Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia.. Salam Hari Jumaat... Salam Sejahtera..

Pejam celik pejam celik dah hampir 2tahun CH keja kat opis nie.. Arini plak merupakan ari terakhir CH bekerja kt opis ni utk tahun 2011.. macammacam perkara yang CH belajar drpd opis ni, antaranya belajar mengenal hati budi org, hafal semua kod bayaran dsb..

Sebenarnya CH rasa syukur sgt bila dpt pindah ke opis ni.. sekurangkurangnya CH dh x stress sgt gan customer luar.. ada org kata keja GOMEN ni mana penah stress.. kalau x penah stress cuba tgok statistik org yg ada darah tinggi kebanyakkan semua keja GOMEN.. (x sure, tp kawan yg keja spital gtau).. jauh di sudut hati cemburu dgn kawankawan yg keja private sebab semua mereka dpt, bonus berbulanbulan, kenaikan gaji mengikut prestasi, siapa yg bg performance bagus, bos pun suka.. kalau keja GOMEN, huh! semua nk ikut ckp SENIOR.. SENIOR plak jenis tak leh terima perubahan (x semuanya lah..) kita ckp de je yg nk dibangkangnya.. ingat kite ni B**** ke?? ada hati gan perasaan gak.. tp xpelah, adat hidup keja berkumpulan, kenalah saling bantu membantu dan mengalah.. BERSABAR ITU LEBIH BAIK KAN?? ^__^

Sepanjang 2011 ni, Alhamdulillah, byk pencapaian yg CH telah capai.. ada yg termasuk dlm target, ada gak yg tak.. tp tu semua rezeki ALLAH bg.. so, CH terima dgn hati yg terbuka, mgkin ALLAH ada bg CH rezki di tmpt len, cuma CH x pasan jerk.. sbb CH penah dgr satu ceramah kat TV3, ustaz tu ckp yg ble kita x dpt pe yg kite nk, x bermakna ALLAH x sayang kita.. cuma ALLAH nk kita jd manusia yg lebih bersyukur je.. sbb tu ALLAH bg dgn cre len.. sbg cth, mgkin ALLAH x bg kita menang peraduan, tp ALLAH bg ahli keluarga kita naik pangkat.. mulamula kita akan rasa sedey, tp kalau kita bersuyukur, kita akan nampak rahmat dan nikmat yg ALLAH nk kita kongsi dgn org lain.. siapa tau bila kita tiada sikap irihati, ALLAH beri kita ganjaran dgn menang hadiah yg lebih besar nilainya.. TIADA SIAPA TAU KUASA-NYA..

macam jugak bila kite bercinta.. semua org harapkan yg terbaik dlm hubungan.. seperti CH juga.. sentiasa harapkan yg terbaik dlm hubungan CH dgn kawankawan, keluarga, tunang dan orang di sekliling.. tp siapalah kita nutk menentukan semuanya.. kita hanya mampu merancang, tp ALLAH yg menentukannya.. lebih baik kita berdoa agar sentiasa dikuatkan iman utk menempuhi segala dugaan dan rintangan yg diterima.. Insya-ALLAH..

So, sebagai penutup tahun 2011 ni, CH nk share resolusi CH utk tahun 2012.. kebanyakkanya adalah utk diri sendiri, diikuti dengan keluarga dan insan tersayang..

Menjadi isteri yang baik, solehah dan dikasihi suami
# tahun 2012 CH dh masuk 25tahun.. usia yg CH target utk jd suri di hatinya.. kami mmg dh lama merancang, dan harap tahun ni dapatlah kiranya hajat kami tu ditunaikan oleh-NYA.. Amin..

Menang lebih banyak dalam contest
# sebenarnya tahun 2011 adalah tahun yg paling banyak CH menang dlm contest, especially dlm SMS CONTEST. cuma CH xde kamera atau tablet utk update tiap ari, CH pakai PC opis je sbb tu jarang update..

Daftar online bisnes kat SSM
# kami dh rancang nk daftar online bisnes kami kat SSM.. utk bg kepercayaan lebih pd customer dgn bisnes kami

Simpanan utk masa depan
# CH nk mulakan semula saving tuk masa depan.. terutamanya bila ada anak nti, macammacam nk beli.. huhu..

Melancong + honeymoon
# CH dh psang niat kalau CH kawen sebelum hujung taun 2012, CH nak hadiahkan pd bakal suami CH hadiah percutian ke destinasi yg dia suka.. mungkin kami akan ke luar negara.. hehe.. doakan kami..

Bekerja dengan lebih beretika, berdisiplin, komited, telus dan istiqamah!
# tahun 2012 adalah tahun yg mencabar bg CH kerana peralihan zaman remaja ke zaman dewasa.. hehe.. takotnya!! hope dapat atasi semua rintangan yg mendatang dgn baik..

Berubah demi kebaikan
# mungkin akan terus bertudung.. tp, semua tu perlu dilakukan secara perlahan-lahan.. insya-ALLAH.. Doakan saya..

em.. oklah.. cukuplah tu je yg CH bole kongsi dgn rakanrakan semua.. hope semuanya dapat dicapai dgn jayanya.. amin.. seperti yg kita semua tahu, setiap pertemuan akan di akhiri dgn perpisahan.. sama ada secara hakiki atau sementara.. jadi, sementara kita masih hidup ini kita perbaikilah diri kita sebelum terlambat.. utk peralihan tahun ni adalah satu PERPISAHAN YANG DAH DIJANGKA oleh semua org.. cuma kita sudah sedia atau belum utk mengahdapinya.. apapun yg berlaku, bersedialah kita dan redhalah dgn semua yg bakal dan sedang kita hadapi.. smoga ALLAH merahmati dan membantu kita salam merealisasikan impian dan harapan kita semua.. insya-ALLAH..

semoga bertemu lagi di lain masa..
terima kasih pd yg sudi laungkan masa utk membaca..
saya cuma saya yang belajar utk jadi terbaik seperti org lain,
bukan belajar utk jd orang lain..


nota tangan : terima kasih yg sudi membaca entry yg pjg lebar +pape nie.. hehe..

Tuesday, December 27, 2011

Bersederhanalah dalam segalanya..

Salam 1 Malaysia..

Lama dah rasanaya x update blog ni.. buat entry panjangpanjang.. hurmm.. Sebenarnya nak kongsi sesuatu dgn korang.. apa yang ingin saya kongsikan ini tak de kena mengena dengan yang hidup atau yg mati, terutamanya lelaki, tp ia sekadar pengalaman sendiri untuk dikongsi bersama..

Pernah x korang rasa bahawa korang adalah putera atau puteri cinta?? Maksud saya, biasanya seorang putera atau puteri akan mendapat apa saja yg mereka mahukan.. tidak seperti orang biasa yg lain.. hurmm.. mesti ramai kan yg seperti itu? Saya?? Alhamdulillah…. ALLAH selalu memberi saya peluang untuk merasai cinta itu.. Cuma mungkin cara kita merasai cinta itu berbezabeza dr semua org..

Cuba korang renungkan..

Bila di public :
Ada sesetengah lelaki, apabila bercinta, dia kelihatan begitu mesra sekali apabila berdua.. Tapi, apabila bersama rakan sekerja atau kawankawan, sikap mereka 100% berubah! Ada juga yg sebaliknya.. Namun, bg seorang perempuan, mengapa mereka boleh berkelakuan yg sama sama ada berdua atau di hadapan orang ramai.. sentiasa menunjukkkan kasih saying mereka pd pasangan tanpa berbelah bg walau sedikit pon!

Bila ditanya :
Ada sesetengah lelaki, tidak suka mengaku bahawa mereka telah bertunang ataupun berkahwin kepada wanita lain.. hal ini boleh mengakibatkan wanita tersebut menaruh hati kepada mereka.. mengapa?? Mengapa mempermainkan hal berkaitan kasih sayang?? Bukankah kasih sayang tu suci dan dtgnya dr ALLAH utk kita hargai?? Tidak kurang juga situasi apabila keduaduanya telah berterus terang, tp masingmasing mahu menruskan hubungan?? Aarrrghhhh.. kenapa? Bagaimana? Situasi ni mengganggu pikiran saya sejak saya mula mengenal cinta lagi..

Bila bercinta :
Ada satu pasangan suka menghebahhebahkan berita percintaan mereka.. ada satu pasangan yg lain, suka merahsiakan sehingga mereka bernikah.. ada juga yg cukup sekadar mereka tahu sesama sendiri.. tidak perlu teman, BFF apatah lagi keluarga tahu.. dlm zaman siber ni, acapkali kita lihat pasanganpasangan menghebahkan perhubungan mereka di FB, Twitter dsb.. ( saya pun sama.. tp L)

Bila dah berumahtangga, :
Ada pasangan yg semakin mesra selepas berkahwin sehingga ke akhir hayat mereka.. ada pasangan lain yang pagi petang siang malam berperang mengalahkan Perang Dunia Ke-2.. ada juga yang seolaholah tidak mengenali pasangan walaupn telah bercinta selama bertahun-tahun!!! Oh Memang Gila!! Benarlah kata seseorang kepada saya : bila kita bercinta dengan seseorang, tidak semestinya kita mengasihi mereka..  begitu juga jika kita bersama/berkawan mereka utk bertahun lamanya, tidak bererti kita mengenalinya!

Bila dah ada keluarga (anak)
Ada pasangan happy, syukur dan rasa anak itu rezeki.. ada juga pasangan rasa anak itu Cuma penghalang kebahagiaan mereka suami isteri.. x kurang juga ada yg mahu merancang untuk mendapatkan anak.. jgn lupa pula situasi keluarga yg mahukan cucu/cicit lelaki sahaj, atau perempuan sahaja.. bukan kah itu memberi tekanan kepada pasangan tersebut?? Apatah lagi yg baru memulakan alam rumahtangga.. hurmm…

Bila dah lama bersama :
Ada pasangan mula rasa bosan, mula mencari insane lain (insane ketiga).. ada pasangan sedang mencuba memperbaiki hubungan mereka.. ada juga yang terus beri kata putus (cerai).. ada juga tersepit dgn kemahuan anak, keluarga dan isteri.. x lupa juga yang hanya berpura-pura bahagia, hakikatnya mereka sedang menderita..
Apapun yang terjadi, siapa pun kita, atau di mana sekalipun kita berada, kita kena bersyukur dgn setiap kurnian ALLAH kepada kita.. percayalah bahawa ALLAH menurunkan dugaan hanya kerana DIA tahu kita mampu untuk menghadapinya dan menempuhinya.. bukan kerana DIA mahu membebankan kita.. setiap satu hubungan memerlukan komunikasi yang baik, sikap saling mempercayai, jujur antara satu sama lain, setia dengan pasangan dan diri sendiri, hormat-menghormati, dan memahami keperluan dan kehendak pasangan serta hubungan..

Sekiranya kita diberi dugaan yang teramat berat untuk kita pikul, berdoalah kepada-NYA.. Mohon petunjuk dan rahmat serta hidayah daripa-NYA.. Mudahmudahan ALLAH memberi pertolongan kepada kita supaya kita lebih tenang dan kuat utk menempuhi segalagalanya.. Dengan itu, adalah lebih baik kita bersederhana dalam segala hal yang kita lakukan.. sama ada cinta, kehidupan, minat atau sebagainya.. tp, lebihkan amalanmu kerana itu yang menjanjikanmu semua kebahagiaan dan kecintaan kelak.. percayalah janjijanji ALLAH utk semua hambanya.. di mana kebaikan akan dibalas dengan kebaikan.. namun, sekiranya kita telah melakukan kejahatan.. PINTU TAUBAT sentiasa terbuka kepada kita selagi kita bernyawa.. Renungrenungkanlah.. PEACE..

Buatmu sayang…
Tanpu cintamu umpama membiarkan aku terapung di lautan mati..
Tanpa sayangmu umpama membiarkan sepohon pokok mati kehausan..
Tanpa dirimu umpama rumah yang gelap tanpa cahaya lilin..
Namun.. kasih sayang ku padamu tidak dapat mengatasi kasih sayangku pada-NYA..
Cintaku tak mampu kau atasi seperti cintaku pada-NYA..
Dan kehadiranmu tak kurindui seperti ku merindui kehadirann-NYA setiap masa..
Kerana cinta mu x seagung cinta-NYA..
CINTA KU KEPADA ALLAH..


P/S ; Ini cuma luahan saya saja melalui pengalaman, harap tiada yang terambil hati.. peace!