Friday, March 23, 2012

Petua Untuk Rumah Tangga Bahagia



 Assalamualaikum...

1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama,keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2. Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3. Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
4. Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
7. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan Paling manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8. Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9. Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
10. Suami mesti lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat.
11. Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
12. Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
13. Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
15. Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
16. Pasangan tua, terutama isteri, jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
17. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
18. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
19. Suami isteri pelu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
20. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21. Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
22. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.
23. Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya

Winning Entry | Cosmo Promo-Mirror Mirror

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, pepagi Jumaat yang penuh barakah ni me dapat satu SMS yang menggembirakan me.. me memang teruja dan sangat EXCITED!!! hehe.. 
mana taknya.. me dah lama join contest SMS majalah COSMO, tapi sehingga hari ni me belum lagi dapat hadiah yg me idamkan.. tapi SMS yang me dapat arini mmg betulbetul wat me happy.. syukur Alhamdulillah skali lagi.. hehe.. 
actually me x ingat me dpat hadiah pe tuk promo ni.. tapi yg me pasti mmg nilainya lebih dr RM100 kot.. hehe.. betul kata en.tunang, kalau kita sabar, ALLAH akan bg ganjaran.. 
kalau kita dah berusaha, diikuti dengan doa dan tawakal, 
maka ALLAH akan bg kita ganjaran g sewajarnya.. Insya-ALLAH.. memang tulah tanggungjawab kita sebagai manusia yang beragama Islam.. 
P.E.A.C.E..
xpe, nanti hadiah dah sampai me update ok? hehe..

Nota kepala : Kemenangan ke-10 untuk 2012

Sari Yanti Berubah | Lebih Ayu dan Manis Bertudung

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, sehari demi sehari kita mendengar perubahan artisartis kita yang telah berhijrah ke arah kebaikan.. samada berkahwin, menjadi pendakwah, tidak lupa juga artis wanita kita yang telah berhijrah dengan memakai tudung.. Begitu juga dengan pelakon berbakat besar dan berwajah cantik jelita ni, Sari Yanti yang telah berhijrah dengan memakai tudung.. Alhamdulillah.. Sebelum ni, Diana Amir buat kejutan kepada semua peminat dan dunia hiburan yg penghijrahannya dengan memakai tudung secara tibatiba, kini Sari Yanti pula mengikut jejak langkah beliau.. Alhamdulillah.. Sebagai seorang ibu muda yg mememiliki 2 org cahayamata ini, Sari Yanti bijak menyusun jadual kerjanya dengan tugas harian sebagai seorang ibu.. Tahniah me ucapkan untuk beliau.. samasama kita nantikan sitkom terbaru beliau yang akan berisaran di TV9 nanti.. em, marilah kita samasama mendoakan kebahagiaan beliau dan niat beliau untuk berubah berkekalan sehingga akhirnya.. Insya-ALLAH..


nak tau lebih lanjut boleh tgok SINI atau SINI

Terima Kasih Sudi Baca!

nota kepala : em.. terasa sayu hati, bilalah me nak berubah sepenuhnya memakai tudung.. :(