Saturday, January 05, 2013

Petua Kecantikan : Putih Telur

Pelbagai Kebaikan Putih Telur untuk Kecantikan:

Beberapa kebaikan mask putih telur untuk kecantikan dan penjagaan kulit wajah adalah menghilangkan bintik hitam kerana terbakar matahari, wajah terasa lebih kencang dan halus, mengatasi kulit kering dan berminyak, mengatasi kesan hitam bekas jerawat, melembabkan dan menghaluskan kulit, mengecilkan liang pori, dan mencerahkan wajah.

Selain itu kandungan protein yang terdapat dalam putih telur mempunyai khasiat yang membantu melembabkan kulit dan mempercepatkan proses regenerasi kulit wajah. Sehingga dapat menghasilkan kulit wajah yang cerah, bersinar, cantik, dan tampak awet muda.

Untuk mendapatkan semua kebaikan diatas, kita boleh belajar cara membuat mask yang mudah. Pertama siapkan satu buah telur lalu pecahkan dan masukkan kedalam mangkuk. Kemudian asingkan putih telur dari kuning telurnya. Buang kuning telur tersebut dan gunakan putih telur sahaja. Kacau putih telur menggunakan garfu hingga kelihatan berbuih.

Setelah siap, sapukan ke seluruh permukaan kulit wajah secara merata. Elakkan beberapa bahagian seperti kelopak mata, kantung mata, dan kawasan sekitar bibir. Jika telah selesai, biarkan selama 30 minit hingga putih telurnya mengering. Anda boleh bersihkan menggunakan air hangat selepas 30 minit. Rasakan kesegaran kulit yang halus dan kencang serta wajah yang lebih cantik berseri.

Putih Telur untuk menghilangkan blackheads:

Putih telur boleh menghilangkan blackheads. Pertama sekali, kacau putih telur dan tambahkan 2 sudu makan madu segar. Setelah itu sapukan campuran putih telur dan madu tadi ke seluruh permukaan kulit wajah. Biarkan kering selama kurang lebih 20 hingga 30 minit. Setelah itu bilaskannya dengan air hangat. Untuk mendapatkan hasil yang maksimum, gunakan 2 kali seminggu .

Tips tambahan : sebelum menyapukan putih telur ke kulit wajah, sebaiknya bersihkan terlebih dahulu wajah Anda dengan pembersih. Gunakan ais batu setelah wajah dibersihkan dari putih telur bagi membantu mengecilkan liang pori wajah.

Malam Pertama

Assalamualaiku...
Selalunya dia ckap dia NAK pakai..
Tapi.. Selalunya dia TAK JADI pakai..
Dia ingat aku ni apa..
Jap nak pakai..
Jap xnak..
Katanya nanti ROSAK..
Alahai.. Suami..
Tapi tetiba..
Malam tu NAK pakai plak..
And syiok bangat katanya..
Pasni nak pakai terus..
Boleh syg..
Anything for u..
Tapi..
Apadia ek???

TOPI lah..

JANGAN SAKIT HATI ARR!!!
Hahaha..

Nota Kepala : saja.. Boring.. Lalala..

Wednesday, January 02, 2013

Petua Untuk Isteri Sentiasa Cantik dan Bahagia







1. Selepas solat Isyak, ambil air segelas, baca Al-Fatihah 1 kali, Ayatul Qursi 1 kali, dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.



Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (Al-Waaqi'ah 56:35)   


Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (Al-Waaqi'ah 56:36) 


Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (Al-Waaqi'ah 56:37) 


(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; 


2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.

Khabarkan kepada kaum ibu dan isteri-isteri semoga ada manfaatnya.