SINOPSIS FILEM JUVANA
Juvana merupakan kesinambungan terhadap drama TV popular Juvana
(pemenang Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011).
Kisah kita mengambil tempat beberapa bulan selepas tamatnya drama
Juvana. Watak utama, Daim, yang telah dibebaskan dari sekolah juvana
ekoran didapati tidak bersalah membunuh ibunya, kini cuba menjalankan
kehidupan di dunia luar. Namun didapati bahawa kehidupan di dunia luar
tidak jauh bezanya dari kehidupan di penjara juvana.
Daim mula bersekolah di sekolah menengah biasa dengan harapan untuk
menamatkan pengajian SPMnya. Di situ dia dibuli oleh pelajar lain dan
tidak mempunyai sebarang kawan melainkan Sara, seorang gadis. Pengawal
yang mengetahui statusnya sebagai bekas pelajar juvana sentiasa
memerhatikannya.
Daim juga bekerja keras di sebuah kilang membuat batu bata untuk
menyara hidupnya. Statusnya sebagai bekas pelajar juvana juga
menjadikannya tumpuan pekerja lain. Kalau ada salah dan silap yang
berlaku, maka dia yang dipersalahkan.
Selain itu, kita juga menyingkap kisah rakan-rakan Daim pula.
Sekolah Wirabakti ditutup dan Botak, Apek, Ayam (serta beberapa
pelajar lain), dihantar ke sebuah sekolah juvana lain untuk meneruskan
tempoh hukuman mereka. Di sekolah tersebut, mereka menjadi sasaran Lan
Todak, ketua taiko di sekolah itu. Namun Apek serta pelajar lain tidak
mahu melawan balik, kerana mengamalkan apa yang dipelajari dari guru
mereka, Cikgu Zakiah. Botak pula tidak setuju dan ingin melawan balik
menggunakan kekerasan.
Nak tahu lebih lanjut baca SINI atau SINI
================================================================
Aku sebenarnya dah lama nk cite pasal filem Juvana ni, tapi terlupa.. tapi aku nak gak update sebab nak penuhkan entri aku.. haha.. *pitam* filem Juvana ni adalah first film aku dan hubby tengok after kawen.. kiteorg x pnh plan pun nak tgok citer ni, sbb hubby x follow cite ni masa dia main kt TV3 dulu.. so, aku yg eksited lebih.. kebetulan, masa tu, waktu filem Juvana ni yg paling cepat, so kiteorg grab jelah.. hehe
so, masa cite tu start hubby aku mmg x puas hati jelah.. sebab dia x paham jalan cite dia.. lagi2 bila part Sharnaz kuar jadi Lan Todak tu.. hahah.. memang dia bengang gan Sharnaz tu sbb cite Ruby (drama TV3), lagi lah dia menyampah.. tapi.. pada pendapat aku, cite Juvana ni sangat menyentuh emosi aku.. fefeling tgok cite buat aku teringat zaman keganasan kenakalan aku di sekolah.. hehe.. tapi, aku xdelah nakal sangat mcm diorg tu.. dah terlebih nakal dah.. apapun, cite ni memang best.. cuma aku x pasti, berapa juta diorg dapat kutip sampai abis cite ni ditayangkan.. *xmek port pun* tapi, cite ni aku memang suggest lah korang tengok.. sesapa yg ada Astro tu leh lah beli dan tgok.. dan yg xde Astro mcm aku, g lah beli DVD rompak original yer.. so, korang boleh tgok puas-puas.. nak lagi jimat, korang g lah carik kat pakcik Google utk donlod yer.. kualiti semua aku x jamin okey!! yg penting aku tetap PUAS kalau tengok wayang.. kalau takat VCD ni, buat tgok kali kedua ketiga keseploh bolehlah.. haha.. bukan berlagak, cuma aku inginkan kepuasan!!
okeylah.. untuk citer ni aku bg 5 bintang sebab aku peminat Zahiril Adzim *xde kene mengena*.. sebab lain, aku rasa cite ni bagus dan best.. boleh dijadikan pengajaran.. apa yg penting, nantikan JUVANA 2.. (pandai2 jer aku) ;P
ok bai.
Nota Kepala : entri ini wujud sebab aku tengah xde keja. sekian.
Assalamualaikum..
Sempena dengan hari lahir aku pada hari ini, aku akan buat beberapa perubahan dalam dunia blog aku..
ceh!! mcm serius je bunyi ek.. padahal biasa jer.. tapi korang nak tau gak kan?? *perasan* yelah, sejak balik dari cuti-cuti malaysia ni (aku akan update nanti), aku rasa macam x puas! apa yg x puas pun aku x tau.. tp yg penting aku rasa mcm nk ada something yg baru dlm hidup aku.. so, aku pike2, tapi xtau nk start dr mana, so, aku start lah dari dunia blog aku yg x seberapa nih.. hehe.. ok lah kan, berubah ke arah yg lebih baik dari takde apa2 perubahan, yer dak?? ok, jom aku share..
1. pagi2 aku dtg opis aku dh delete benda2 yg x patot kat blog aku ni.. aku rasa mcm semak.. yang tinggal ni pun masih semak lagi.. xtau mcm mana nak jadikan asal.. so, biar jelah.. :)
2. pas aku delete2 tu aku rasa macam happy gile vavi.. xtau nape, cuma rasa mcm benda yg bertaun aku nak buat, akhirnya aku dpt buat *mcm mana ayat ko ni chubby??*
3. aku dah mesej dak Intang suh buat blog baru tuk aku, dan aku dah email dia details sume.. (harap dia paham) apa yg aku nak.. haha..
4. aku rasa aku perlu, bukan perlu lagi, WAJIB kurus!!
5. blog Chubby Hanna ni, aku akan jadikan photoblog aku dan juga blogshop aku.. so, secara x langsung, blog ni masih wujud okey!!
6. nanti pas blog aku siap dibikin oleh dak Intan tuh, aku akan buat lagi satu entri eh utk korang.. *janji*
7. kalau korang ada pape masalah, idea ke apa yg nk di share tuh, korang boleh email aku amyhanna8187@gmail.com., atau bbm aku 2652107F, okey?? :)
8. kalau sudi, korang tolong lah komen entri ni eh.. :)
9. last but not least, aku xtau nak taip entri apa, jadi aku taip entri nih!
done!! 9 je.. sebab aku suka no. 9.. haha.. tu je yg aku terpikir skng nih.. sebab sejak berlaki bersuami ni aku rasa mcm masa tu mencemburui aku jer.. semua benda aku rasa mcm cepat jer.. masa mcm singggkkkaaattt sangat!! menci aw!!! so, aku harap, pas masuk usia baru ni, aku akan lebih matang dan tenang lah kenn.. hohoho..
dan semoga dengan kehadiran blog baru tu, buat aku semakin rajin utk berblog selepas ini, harapnyer lah! huhu.. dan semoga aku ada follower yg bukan hanya follow aku jer, tapi senyap.. lagi rela, xde follower.. mcm blog aku skng ni.. diorg dtg follow sendiri, tanpa paksaan.. :) yg penting tujuan kita berblog tu mesti bulat!! haha..
dan mungkin ada yg tanya napa aku x tukar je blog ni jadi lebih baik or cantik, jawapannya.. TAK NAK!! sebab.. TAK DE SEBAB.. lagipun, aku tengok, ok je URL aku tuh.. ada org lagi ngarut2 dari aku, tapi molek je.. xde plak diorg tukar.. kann??
oklah, aku nak p bli makanan.. nanti aku sambung update lagi eh?
Assalamualaikum..
Nota Kepala : malam tadi, pertama kali dalam sejarah besday aku, aku tidur sebelum pukul 12.00 mlm.. fuhh!! punya lah gantok.. kesian sang suami xdpt jd org pertama wish besday kat aku.. :)