Monday, June 26, 2017

Selfie dan Wefie Raya KakNa and Kids

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H, 
Maaf Zahir dan Batin daripada KakNa dan keluarga . :)

selfie dalam kereta

abang long Arsyad

abang ngah Akhmal

Ni gambar 1 Syawal , masa dalam kereta , anak - anak dah mengarok nak pergi rumah TokMak dia .

Mr. Clerk ? 

Emm , bad mood pagi - pagi raya , so tak dan nak ajak dia selfie . 
Huhu .

Jom beraya !

Sunday, June 25, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H , Maaf Zahir & Batin

Assalamualaikum semua .

Alhamdulillah , akhirnya dapat juga kita meraikan kemenangan kita kan ? 

Syukur Alhamdulillah .

Tahun ni KakNa raya berempat , in shaa ALLAH tahun hadapan akan raya berlima .

Semakin hari semakin besar keluarga KakNa semakin banyak tanggungjawab yang perlu digalas dan dilaksanakan . Semoga KakNa dan suami akan terus kuat dan tabah .

Dikesempatan ini juga , KakNa dan keluarga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada yang terkecil hati sepanjang membaca blog KakNa .

Almaklumlah , KakNa ni jenis yang outspoken sikit . Mana tahu ada yang kecil hati ke kan ? Maafkan KakNa tau !

KakNa harap tak ada yang serik ya .

Semoga kita semua diberi kesempatan untuk berjumpa dengan Ramadhan dan Syawal akan datang .

Selamat Hari Raya Aidil Fitri , Maaf Zahir & Batin .

Salam sayang ,
KakNa

p/s : gambar raya nanti kita update ya ! :)

Friday, June 23, 2017

Dah balik kampung ke?

Assalamualaikum korang .

Dah balik kampung ke ?

KakNa tak balik lagi . 

Dah hampir 5 tahun kahwin , belum pernah merasa balik kampung sebelum raya .

Kenapa ?

Huhu . 

Jangan lah tanya yer . 

Jawapannya , KakNa hanya mampu tersenyum je .

Apapun , kepada sesiapa yang tengah memandu tu , hati - hati ya !

Jangan laju - laju bawa kereta tu tau !

Sayang korang . :)