Wednesday, June 06, 2018

Wordless Wednesday 20 : Mudahkan Urusan Orang Lain




Hidup ini jangan menyusahkan orang .
Jika tidak boleh bantu dari segi tenaga kita bantu dengan doa .
Jika doa pun kita tak boleh beri , jangan anggap diri manusia .

- aku - 

Tuesday, June 05, 2018

#throwback

#throwback


Kalau difikirkan, budak2 ni hari2 gaduh tapi tiap malam dia berpeluk time tidur.




Aku?


Biasanya bukan jd pendamai. Babah dia lah. Aku nak tengok macam mana seorang lelaki memimpin anak2nya yang suka bergurau kasar tu.


Anak lelaki. Kena lah kuat kan?


Aku memang umi yang garang dan agak tegas.


Tapi, anak2 faham. 


Sebab aku adalah umi.


Seorang emak, walaupun duitnya banyak. Akhirnya pergi ke suami dan anak2 juga.


Tanpa sedar.


Tak semua yang indah perlu dikhabar. 

Tak semua yang duka perlu dicerita.

Biarlah Allah sahaja Maha Mendengar.

Biarlah Allah sahaja menjadi penghukumnya.


Kau aku, tetap PENDOSA.


#FarAmyFamily

#KakNaKids

Saturday, June 02, 2018

Anak Yang Paling .....


Baik budak ni, walau aku marah. Dia tetap peneman aku no 1. Kuasa susu ibu, setakat nk dia paling lama. Paling struggle. Paling stress dan paling buat aku rasa down. Tp dalam pada byk paling hidup dengan dia ni, aku tak pernah rasa nak berhenti susukan dia. Apa yang dia buat sekarang adalah disebabkan emosi aku semasa menyusukan dia dulu. Jadi, maafkan dia. Dia tak salah. Aku yang salah. Allah beri dia dlm hidup aku untuk menguji aku. Sesungguhnya aku bersyukur, ujian itu aku masih mampu buat aku tersenyum 😢

#amyrulakhmal15 #kaknapreciousmoments