Monday, March 16, 2015

BFT : RM 7.95 dapat apa ??


Assalamualaikum ..

Aku nak share dengan korang ni, semalam aku makan sarapan kat KFC ..
 Sampai je KFC aku tengok menu, terus rasa nak makan Twister .. 
So , aku order lah kan , dengan harapan twister yang aku order tu boleh buat aku kenyang smapai ke tengah hari .. 

Harapan lah ..

So , bila budak cashier tu kata " kak , akak duduk dulu yer , nanti kami akan hantar twister akak tu .. " 
"okay , dik ! " aku pun tunggu dengan penuh harapan yang memang besar lah twister tu sebba lambat masak .. Duduk punya duduk sambil berwassap dengan Mr. A dan kawan - kawan , Twister aku pun sampai .. 

Tadaaa ...


ko rasa kenyang sampai tengahari tak ??


twister + hashbrown + milo

dan jumlah yang aku bayar utk 3 benda ni RM 7.95 TERMASUK TAX ! 
Aku rasa beberapa tahun lepas aku makan twister ni besar lah lagi dari yang aku makan , tapi sekarang tidak lagi .. terus aku rasa macam nak nagis sebab kecik sangat ! bahahahhahaa ....

Kesimpulannya , kalau nak makan fast food untuk breakfast aku lagi suggest MCD atau pun korang pergilah mamak ke .. bukan nak boikot KFC , tak dapat apa pun kalau aku boikot , cuma aku rasa frust lah sebab tengah lapar , tetiba dapat makanan sikit camtu .. Ya Allah , tak bersyukurnya aku ! 

Astaghfirullahalazim ...


Nota kepala : lain kali masak sarapan sendiri der ! Jangan malas !





Sunday, March 15, 2015

[PENIAGA VS PELANGGAN]

PELANGGAN.
Pelbagai ragam dan keinginan. Nak murah, sila beli stok dan jual. Letak diri sebagai peniaga, baru tahu ragam dunia.

Jangan salahkan tuan, jika barang tidak seindah khabar. Jangan salahkan barang, andai tuan tidak pernah sabar.

Jangan dihina, jangan dimaki bagi yang mencari rezeki. Mungkin kita yang tidak sedar diri. Mahukan yang terbaik, tetapi dompet dan poket rapat terkunci.

PENIAGA.
Jangan menuduh, jangan bermusuh. Cekalkan hati, tabahkan diri. Dugaan peniaga selalu begini, mendapat pelanggan yang sentiasa tidak berpuashati.

Biarkan si luncai memaki riang, kelak menjilat ludah sedulang. Kalau ada sumur di ladang, hanya badak yang mahu berenang. 

Berusaha, berdoa, bertawakal dan redha. Allah akan sentiasa ada. Allah bantu hamba yang tak lupa padaNYA, jadi mengapa kita perlu takut akan umpatan mereka??

Nukilan,
Farhana FamesShoppe
15.03.2014 Ahad
12.40mlm
Atas Katil Sebelah Anak Bujang

‪#‎2015milikfarhana‬

Wednesday, March 11, 2015

Wordless Wednesday #13 : Budak Manja

Budak ni manja sangat !


Tapi aku sayang sangat kat dia !


Tengok ! Dia boleh geget lidah plak !


Lastly , aku yang geget dia ! 


Geram dengan budak manja !


Amyrul Arsyad 1 tahun 1 bulan