Saturday, October 24, 2015

#CaraKitaTakSama

Apa difikir si anak kecil, sedang makan pun masih ingat si bapa. Sedang bermain dan melihat benda cantik dan hebat pun masih diingat akan si bapa. Sedang marah dan dimarah pun ingat si bapa.

Semua benda milik si bapa.
Semua makanan kongsi dengan si bapa.
Semuanya milik dia dan si bapa.

Maka benarlah "anak akan pandai jika dia rapat dengan si bapa"

Maka si ibu, usahlah kau bersedih. Anakmu yang pandai itu pasti tidak akan melupakanmu, walaupun hanya akan mengingatimu setelah kamu mati.

#CaraKitaTakSama

Nurfarhanah Suardi
Sabtu
19:19

Thursday, October 22, 2015

THOUGHT OF THE DAY (3)


The only way to succeed is to not worry about what anyone else is doing.

Nota : tiada alasan untuk berjaya!


Wednesday, October 21, 2015

6 Bulan Sudah!

Alhamdulillah, Amyrul Akhmal kini sudah 6 bulan kalau dikira pada bulan Islam iaitu 8 Muharam 1437H (Akhmal lahir pada 27.04.2015)

Seriusnya dia!

Alhamdulillah! 
Membesar dengan susu ibu (walaupun tak eksklusif), sihat dan gembira. 
Syukur ya Allah! Akhmal dah pandai meniarap, ke depan, ke kiri, ke kanan, ke belakang, bergolek-golek dan yang paling penting bila bergolek 360pusingannya.. Hehe.. Hero CH yang sorang ni, muka dia memang serius 24jam. Ntahlah, masa mengandung dulu mungkin banyak diam lah, so adik tak berapa peramah macam abang dia. Tak mengapalah, janji ummi sayang adik tau. Adik jadi anak yang soleh yer!