Saturday, January 07, 2017

:)

Ya Allah, sedapnya makan pengat nangka panas-panas ni. 


Sedap sangat.


Di sini lah tempat menumpang kasih, baru fikir nak makan, dah ada orang buatkan. 


Syukur. 


Inikan namanya rezeki. Tak kan nak nafikan lagi? 


Senyum ☺️


*maaf, gambar tak ada. Sebab tak nak kecurkan air liur orang lain. (Padahal tak sempat amek 😝)


#TerimaKasihMamaMertuaku

#KakNaGojes


DAY 3 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Gambar Dengan Kawan

Assalamualaikum .

Hai korang . 

Cabaran hari ketiga ni agak sukar sedikit bagi KakNa . Almaklumlah , KakNa ni tak ramai kawan . Huhu .

 

Taraaa ... 

Nilah dia kawan KakNa . Kawan yang sangat baik dengan KakNa . Umur dia beza 3 tahun je dengan KakNa , tapi KakNa memang dah anggap dia kakak KakNa .

Kawan ni , dia ada macam-macam jenis , ada yang ada ketika kita susah , yang ada ketika kita senang . Biasanya yang ada ketika kita senang tu ramai . 

Pada KakNa , kawan ni kita tak payah cari . Sebab , kalau korang jenis open minded macam KakNa , korang mesti jenis tak kisah punya nak kawan dengan sesiapa , tapi .. untuk jadi kawan baik KakNa , korang kena lepasi tahap ujian KakNa dulu . Kihkih ! Macam retis plak .

Apapun , gambar akak ni bukan bermaksud KakNa mengenepikan BFF KakNa , cuma buat masa ni , KakNa rasa gambar ni yang paling sesuai untuk KakNa kongsi , tambahan pula ini adalah gambar yang terkini . 

Korang plak macam mana ?

#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

Friday, January 06, 2017

DAY 2 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Gambar Setahun Lalu

 

14 Julai 2016

Alhamdulillah . Gambar ni yang KakNa pilih untuk cabaran kali ini . Comey tak ?

Kenapa ? 

Senang je jawapannya . 

Jawapannya , ini adalah gambar pertama dalam HP KakNa ni . Gambar dalam HP lain ada , tapi kena transfer dulu . 

Bagi yang tak tahu , buat masa ni , KakNa online atau pun post kat blog ni kebanyakkannya menggunakan HP sahaja . Tapi , Alhamdulillah , Allah mudahkan walaupun kadang - kadang KakNa rasa susah . Yelah , KakNa ada laptop , tapi masa nak bukak laptop tu tak ada banyak , jadi sebelum blog ni bersawang balik , adalah lebih baik KakNa buat je entry melalui HP , kan mudah . 

Okay . Berbalik semula pada gambar kat atas tu . Hehe . KakNa tak pasti KakNa selfie kat mana ni , yang pastinya masa ni KakNa ada dalam kereta tunggu Mr Hubby . 

Nampak flawless tak muka KakNa ? Nak tahu rahsianya ? Kena lah follow blog KakNa selalu . In shaa Allah , KakNa akan kongsi lebih banyak tentang produk dan supplement yang KakNa makan dan pakai .

Orang kata , setiap perkara kalau kita buat secara konsisten , in shaa Allah akan mendatangkan hasil yang memuaskan dan lumayan . 

KakNa ni simple je orangnya , kadang kalau keluar berjalan tak adanya nak pakai Naelofar ke apa , sauk dan sarung je mana yang ada dan sempat . Hahaha . Kadang rasa selekeh jugak tapi buat tak tahu je .

Azam tahun baru ni , salah satunya in shaa Allah , nak kelihatan menarik dan feminin . Selaras dengan usia yang nak meningkat 30 tahun . In shaa Allah .

Doakan KakNa yer 😘

Terima kasih sudi baca . Jumpa lagi di lain entry . ✌🏻️

#KakNaGojes #jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger #kbba9 #kelabbloggerbenashaari