Friday, January 20, 2017

DAY 16 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - List Nama Samaran

Hai !

Fuhhh .. 

Sejak join #31dayschallengebyjdtblogger ni KakNa rasa follower KakNa tak bertambah tapi KakNa dapat rasa ramai yang dah baca blog KakNa . Hehehe .

Okay . Cabaran hari ini , pada KakNa kacang jelah , sebab tak perlu fikir nak buat ayat . Hahaha . Tapi , jenuh jugak KakNa nak fikir ni . Sebab tu dah tengah hari baru dapat post . Ceh ! Padahal , waktu ni jelah yang free dik ooii !

Okay , straight to the point . 

Betul ke korang nak tahu NAMA SAMARAN KakNa ni ?

Apa ?

Tak Nak ?

Tak kira , korang nak ke tak ke , KakNa tetap nak kongsi dengan korang tau !

1. Uda / Kak Uda
- Nama ni biasanya family je yang panggil

2. Nana
- Hanya orang yang pernah kenal KakNa dengan mendalam je yang berani panggil nama ni dan KakNa akan sahut . Kalau panggil jugak tapi KakNa tak sahut tu maknanya .. Korang bukan dalam list orang yang boleh panggil nama ni lah . hahaha . Officemate lama semau panggil dengan nama ni . Tapi , kalau yang baru kenal panggil nama ni rasanya tak sahut kot .

3. Farhana
- Hampir semua panggil nama ni . KakNa pun selesa kalau orang panggil nama ni .

4. Princess Hanna
- Nama ni dapat masa tahun 2008 , Mr. Clerk yang bagi , katanya KakNa cantik macam Princess * sila muntah * . Kawan - kawan Mr. Clerk pun ada gak yang panggil nama ni , tapi sekarang dah tak jadi Princess dah , jadi Mak Lampir je .

5. Farah
- Nama ni KakNa dapat masa tahun 2010 . Masa tu dah pindah pejabat yang sekarang ni lah . Ntah kenapa orang suka panggil KakNa dengan nama ni . Katanya nama Farhanah panjang , so panggil Farah pendek sikit . Tambahan lagi , diorang ingat nama KakNa ni NUR FARAHANA padahal yang sebetulnya NURFARHANAH . Haisshh , macam - macam !

6. Keling / Nana Keling
- Dulu KakNa masa kecik - kecik hitam , jadi diorang suka panggil dengan nama tu . :(

7. Mak Paus 
- Nama ni officemate yang bagi . Dia kata KakNa gemuk macam Mak Paus . Tapi , KakNa senyum je dan cakap , " Alhamdulillah , Mak Paus ni gemuk sebab dah 2 kali mengandung , melahirkan dan menyusukan . Daripada kurus macam lidi , mulut tu tak macam tak ada gigi , mengata orang tak sedar diri " hahahah . Sejak daripada itu , nama Mak Paus tu macam tak berapa nak dengar , tapi ada je lagi diorang panggil . Lantak lah !

8. Adik .
- Nama ni masih kekal dipanggil oleh Angah KakNa , walaupun KakNa dah beranak 2 ! Haahahaha , clingy me !

9. KakNa
- Nama baru sempena " The New Me " . Hahahahaha .

Tu jela kot nama samaran KakNa . Tak pasti kalau ada lagi atau KakNa tak ingat , hahaha . 

Korang pulak ?

#jdtblogger #31dayschallengebyjdtblogger

Thursday, January 19, 2017

DAY 15 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Wallpaper Handphone @ Laptop

 

Ni lah wajah kesayangan KakNa . Dah dekat 3 bulan tak tukar gambar . KakNa jenis tak suka tukar - tukar gambar wallpaper sebab rasa sayang , tambahan pula kadang tak ingat nak tukar .

Ada yang tanya kenapa tak letak gambar suami ? Jawapan KakNa , suami KakNa pun tak letak gamabr KakNa . Hahaha . #silasentap . ala , suami tu kalau kita merajuk dengan dia , tengok telefon gamabr dia , nanti jadai menyampah , yer dak ? hehe . kalau anak , dia buat kita marah pun , bila tengok gamabr dia balik jadi lembut je hati . hehe . #alasan

tak apalah , itu pendapat KakNa . korang pula macam mana ? Letak gamabr suami ke gamabr anak ? atau korang jenis suka tukar gambar wallpaper ?

tepuk dada tanya selera . ^_^

Wednesday, January 18, 2017

DAY 14 : 31 Days Challenge By JDT Blogger - Media Social

Assalamualaikum w.b.t.

Hai korang , bertemu lagi di cabaran hari ke 14 . Fuh !

Susah jugak nak siapkan entry ni memandangkan KakNa memang sangat busy dengan tugasan hakiki di pejabat dan tugasan harian di rumah , namum KakNa cuba juga sedaya upaya bertanggungjawab untuk selesaikan cabaran ini .

Okay , untuk tugasan hari ini , KakNa nak kongsi tentang Media Social yang KakNa ada . KakNa ni bukan lah aktif sangat dalam semua media sosial tapi adalah yang KakNa suka KakNa download lah .
Antara sosial media yang KakNa ada ialah blog ni , Facebook dan Instagram .

Kalau korang nak follow KakNa , boleh tekan link kat bawah ni yer :-

1. Facebook - Nurfarhanah Suardi
https://m.facebook.com/nurfarhanah87/

2. Facebook Page : Fames Rich Shoppe
https://www.facebook.com/famesrichshoppe/

3. Blog Bisnes (Lama dah tak update) : Fames Rich Shoppe
http://famesrichshoppe.blogspot.my/

4. Instagram Personal : kaknajourney 
https://www.instagram.com/kaknajourney/

5. Instagram Bisnes : famesrichshoppe