Saturday, April 08, 2017

Seram , Meremang , Berpeluh

 

3.40 pm
8 April 2017

Kau tengah khusyuk menaip. Tiba-tiba.

"Kring. Kring. Kring. Kring." 

Deringan di telefon yang paling hampir dengan kau, tapi bukan di meja kau. 

Save dokumen, tutup pc. 

Kemas-kemas barang.

Balik.

Pergghhh...

Hari ni KakNa datang opis sebab nak setelkan kerja - kerja EKSA yang tertinggal lagi . Almaklumlah , orang dah tak suka kita . Siapa tahu lepas naik bersalin ni kita dah tak duduk Cawangan ni lagi kan ? Jadi kita buatlah sehabis baik . Walaupun tahu , rasanya dah habis baik dah buat , tetap tak leh puaskan hati orang yang ada di sekeliling KakNa. 

Niat hati nak datang awal pagi , tapi sebab lepak semalam tak hilang lagi , maka tundalah sampai ke petang . 

1.48 tengahari 
Thumb print . Bukan dapat claim pun , tapi sekadar bukti datang opis . Tu je .

Naik lif , tekan Tkt. 11. 

Ting . Lif pun sampai .

Bukak je pintu opis , selalu senang je , tapi hari ni agak struggle lah nak bukaknya . 

Emm , perghh ! Meremang segala bulu yang ada . Mana taknya , masuk - masuk dah dengar orang berkawad lah . Orang berlari lah . Tawakal je pada Allah sebab dah niat nak buat kerja kan . Apalagi , KakNa cepat - cepat ambil penyapu dan sapu tempat second boss semalam yang penuh dengan sampah solatape . 

Tengah seronok sapu , sebab nak buat kerja lain . Haaaiisshhh , bunyi orang berjalan dekat je dengan meja KakNa . Bunyi tu datang daripada bilik fail . Hurmm . Terus cepat - cepat sapu sebab nak buat  kerja lain tanpa fikir apa pun . Bacalah apa yang terlintas kat otak masa ni . 😱

Last sekali dah tak tahan dengar macam - macam bunyi , KakNa terus sound direct je . 
"Kejaplah , aku ada kerja nak buat ni . Sikit je lagi . Kejap lagi aku balik lah . "

Senyap .

Tak ada bunyi lagi . 

Sebab leka buat kerja dia bunyi lagi . Kali ni agak kuat dan boleh rasa "gegarannya" . Yelah , berlari dan berkawad kat tingkat atas kot . So , korang rasa ? 

Masa ni buat rileks je , macam tak ada apa - apa , padahal Allah je yang tahu betapa risaunya hati ni . Kerja tak siap lagi . Kertas yang dah print tak laminate lagi . 

Okay . Buat tak tahu jelah , terus masukkan kertas yang dah print dalam kertas laminate , esok boleh terus laminate . 

Siap .

Duduk kejap , fikir nak buat apa , ting ! Surat sebut harga tak buat lagi . Zas zas zas , siap satu surat , buat pula surat kedua . Taip salah , taip salah . Taip salah . Terus keluar dari mulut , "tahulah tak bagi buat kerja , tapi tolonglah , sikit lagi ni . " 

Tup - tup , eh okay plak , bila nak print tengok surat yang first tadi salah . Alahai , rugi kertas tau ! Gggrrrrr ..

Bukak folder tadi , betulkan surat first . Taaraa . Siap ! Tengah olah surat kedua  dan ketiga , tiba - tiba .

" Kring. Kring. Kring. Kring. " 

Pantas kepala KakNa toleh ke belakang melihat jam di atas kabinet . Haiishh .

3.40 petang .

Save dokumen , tutup pc , tutup kipas , kemas barang dan siap - siap nak balik . 

Tengah kemas pun dia bunyi lagi , kali ni hentakan agak kuat . 

Berpeluh tiba - tiba KakNa rasa .

Alahai , apalah nasib ek . 

Kerja pun tak siap . Uhuhu . So , balik lah kita . Esok sambung lah lagi .

So , korang rasa seram tak ? Hahahahaha .
#KisahSeramKakNa 

Thursday, April 06, 2017

Maaf

Maaf.

 

Pengajaran yang aku dapat hari ni, bila aku mintak maaf belum tentu orang akan maafkan aku. 

Aku pun kadang susah nak maafkan orang. So, aku tak nak fikir. 

Tak apalah. 

Orang kata kalau sekali kita buat salah, semua yang baik kita pernah buat memang orang tak akan nampak.

Kita ni hidup sekejap je. Aku dah minta maaf, tapi kalau orang masih tak nak tegur, aku tak leh kata apa. 

Maaf juga jika kerana aku buat orang lain menjadi manusia gagal. 

Iya, aku sorang yang perlu berubah. 

Sebab Aku manusia teruk. 

Aku kan pendosa yang tak pernah lekang dari melakukan khilaf. 

Mungkin lepas ni kau akan jumpa yang lebih baik daripada aku.

Aku tak simpan dalam hati. Sebab aku tak tahu entah esok lusa aku mati.

Aku cuma tahu, aku tak layak pun dipuji apatah lagi dipercayai. 

Aku cuma pegang. Manusia tak akan pernah dapat memuaskan hati manusia yang lain. 

Sebab?

Sebab hati kita ALLAH yang pegang.

Sekali lagi, maaf. Aku minta maaf. Aku bukan mintak simpati, aku cuma merendah diri. 

Maafkan aku sekali lagi, kerana aku kau yang disakiti.

Pendosa.
06.04.2017
11.25malam
Khamis

Wednesday, April 05, 2017

Wordless Wednesday #9 : Amyrul Akhmal 2 Tahun

Assalamualaikum Semua .

Sekejap je kan kita dah masuk bulan 8 Rejab . Lagi berapa hari je nak puasa . Emm .. Terasa macam baru semalam masuk tahun 2017 . Fuhhh !!

Alhamdulillah , pelbagai cabaran dan rintangan dalam menjaga anak - anak namun KakNa gagahi juga . Yelah , siapa lagi nak jaga anak - anak kalau bukan KakNa kan ?

Meh , tepek sikit budak manja nak dapat adik ni . Geget kang baru tahu ! 


Hari ni KakNa nak kongsi rasa gembira tentang anak kedua KakNa .

Pada 8 Rejab 1436 H (2 tahun Hijrah ) yang lepas , masa KakNa dah tahu masa nak sampai untuk lahirkan dia , KakNa memang terkejut sangat sebab sakit sebelum due . Sakit contaction masa dia ni lain macam tau . Jenis sakit macam apa , sampai je HSI terus tak sakit , cuma lemah jelah . Apapun , syukur . Semuanya dah selamat , dan dia sekarang dah 2 tahun pun ( bulan islam ) .

Manja lagi sejak - sejak nak jadi abang ni . Semua nak kena ikut cakap dia . Haish , geram tau KakNa dengan dia ni . Kalau ambil gambar sekarang asyik mencebik je , dulu tak sangat tau . Kalau menangis ya rabbi .. Allah je yang tahu . :(


Okaylah , tu je nak share . Kata wordless wednesday kan ? hehe . Tunggu birthday dia eh , nanti KakNa buat entry panjang sikit .

Thanks sudi baca !