Friday, December 30, 2011

Perpisahan yang dah dijangka..

Assalamualaikum.. Salam 1 Malaysia.. Salam Hari Jumaat... Salam Sejahtera..

Pejam celik pejam celik dah hampir 2tahun CH keja kat opis nie.. Arini plak merupakan ari terakhir CH bekerja kt opis ni utk tahun 2011.. macammacam perkara yang CH belajar drpd opis ni, antaranya belajar mengenal hati budi org, hafal semua kod bayaran dsb..

Sebenarnya CH rasa syukur sgt bila dpt pindah ke opis ni.. sekurangkurangnya CH dh x stress sgt gan customer luar.. ada org kata keja GOMEN ni mana penah stress.. kalau x penah stress cuba tgok statistik org yg ada darah tinggi kebanyakkan semua keja GOMEN.. (x sure, tp kawan yg keja spital gtau).. jauh di sudut hati cemburu dgn kawankawan yg keja private sebab semua mereka dpt, bonus berbulanbulan, kenaikan gaji mengikut prestasi, siapa yg bg performance bagus, bos pun suka.. kalau keja GOMEN, huh! semua nk ikut ckp SENIOR.. SENIOR plak jenis tak leh terima perubahan (x semuanya lah..) kita ckp de je yg nk dibangkangnya.. ingat kite ni B**** ke?? ada hati gan perasaan gak.. tp xpelah, adat hidup keja berkumpulan, kenalah saling bantu membantu dan mengalah.. BERSABAR ITU LEBIH BAIK KAN?? ^__^

Sepanjang 2011 ni, Alhamdulillah, byk pencapaian yg CH telah capai.. ada yg termasuk dlm target, ada gak yg tak.. tp tu semua rezeki ALLAH bg.. so, CH terima dgn hati yg terbuka, mgkin ALLAH ada bg CH rezki di tmpt len, cuma CH x pasan jerk.. sbb CH penah dgr satu ceramah kat TV3, ustaz tu ckp yg ble kita x dpt pe yg kite nk, x bermakna ALLAH x sayang kita.. cuma ALLAH nk kita jd manusia yg lebih bersyukur je.. sbb tu ALLAH bg dgn cre len.. sbg cth, mgkin ALLAH x bg kita menang peraduan, tp ALLAH bg ahli keluarga kita naik pangkat.. mulamula kita akan rasa sedey, tp kalau kita bersuyukur, kita akan nampak rahmat dan nikmat yg ALLAH nk kita kongsi dgn org lain.. siapa tau bila kita tiada sikap irihati, ALLAH beri kita ganjaran dgn menang hadiah yg lebih besar nilainya.. TIADA SIAPA TAU KUASA-NYA..

macam jugak bila kite bercinta.. semua org harapkan yg terbaik dlm hubungan.. seperti CH juga.. sentiasa harapkan yg terbaik dlm hubungan CH dgn kawankawan, keluarga, tunang dan orang di sekliling.. tp siapalah kita nutk menentukan semuanya.. kita hanya mampu merancang, tp ALLAH yg menentukannya.. lebih baik kita berdoa agar sentiasa dikuatkan iman utk menempuhi segala dugaan dan rintangan yg diterima.. Insya-ALLAH..

So, sebagai penutup tahun 2011 ni, CH nk share resolusi CH utk tahun 2012.. kebanyakkanya adalah utk diri sendiri, diikuti dengan keluarga dan insan tersayang..

Menjadi isteri yang baik, solehah dan dikasihi suami
# tahun 2012 CH dh masuk 25tahun.. usia yg CH target utk jd suri di hatinya.. kami mmg dh lama merancang, dan harap tahun ni dapatlah kiranya hajat kami tu ditunaikan oleh-NYA.. Amin..

Menang lebih banyak dalam contest
# sebenarnya tahun 2011 adalah tahun yg paling banyak CH menang dlm contest, especially dlm SMS CONTEST. cuma CH xde kamera atau tablet utk update tiap ari, CH pakai PC opis je sbb tu jarang update..

Daftar online bisnes kat SSM
# kami dh rancang nk daftar online bisnes kami kat SSM.. utk bg kepercayaan lebih pd customer dgn bisnes kami

Simpanan utk masa depan
# CH nk mulakan semula saving tuk masa depan.. terutamanya bila ada anak nti, macammacam nk beli.. huhu..

Melancong + honeymoon
# CH dh psang niat kalau CH kawen sebelum hujung taun 2012, CH nak hadiahkan pd bakal suami CH hadiah percutian ke destinasi yg dia suka.. mungkin kami akan ke luar negara.. hehe.. doakan kami..

Bekerja dengan lebih beretika, berdisiplin, komited, telus dan istiqamah!
# tahun 2012 adalah tahun yg mencabar bg CH kerana peralihan zaman remaja ke zaman dewasa.. hehe.. takotnya!! hope dapat atasi semua rintangan yg mendatang dgn baik..

Berubah demi kebaikan
# mungkin akan terus bertudung.. tp, semua tu perlu dilakukan secara perlahan-lahan.. insya-ALLAH.. Doakan saya..

em.. oklah.. cukuplah tu je yg CH bole kongsi dgn rakanrakan semua.. hope semuanya dapat dicapai dgn jayanya.. amin.. seperti yg kita semua tahu, setiap pertemuan akan di akhiri dgn perpisahan.. sama ada secara hakiki atau sementara.. jadi, sementara kita masih hidup ini kita perbaikilah diri kita sebelum terlambat.. utk peralihan tahun ni adalah satu PERPISAHAN YANG DAH DIJANGKA oleh semua org.. cuma kita sudah sedia atau belum utk mengahdapinya.. apapun yg berlaku, bersedialah kita dan redhalah dgn semua yg bakal dan sedang kita hadapi.. smoga ALLAH merahmati dan membantu kita salam merealisasikan impian dan harapan kita semua.. insya-ALLAH..

semoga bertemu lagi di lain masa..
terima kasih pd yg sudi laungkan masa utk membaca..
saya cuma saya yang belajar utk jadi terbaik seperti org lain,
bukan belajar utk jd orang lain..


nota tangan : terima kasih yg sudi membaca entry yg pjg lebar +pape nie.. hehe..

Tuesday, December 27, 2011

Bersederhanalah dalam segalanya..

Salam 1 Malaysia..

Lama dah rasanaya x update blog ni.. buat entry panjangpanjang.. hurmm.. Sebenarnya nak kongsi sesuatu dgn korang.. apa yang ingin saya kongsikan ini tak de kena mengena dengan yang hidup atau yg mati, terutamanya lelaki, tp ia sekadar pengalaman sendiri untuk dikongsi bersama..

Pernah x korang rasa bahawa korang adalah putera atau puteri cinta?? Maksud saya, biasanya seorang putera atau puteri akan mendapat apa saja yg mereka mahukan.. tidak seperti orang biasa yg lain.. hurmm.. mesti ramai kan yg seperti itu? Saya?? Alhamdulillah…. ALLAH selalu memberi saya peluang untuk merasai cinta itu.. Cuma mungkin cara kita merasai cinta itu berbezabeza dr semua org..

Cuba korang renungkan..

Bila di public :
Ada sesetengah lelaki, apabila bercinta, dia kelihatan begitu mesra sekali apabila berdua.. Tapi, apabila bersama rakan sekerja atau kawankawan, sikap mereka 100% berubah! Ada juga yg sebaliknya.. Namun, bg seorang perempuan, mengapa mereka boleh berkelakuan yg sama sama ada berdua atau di hadapan orang ramai.. sentiasa menunjukkkan kasih saying mereka pd pasangan tanpa berbelah bg walau sedikit pon!

Bila ditanya :
Ada sesetengah lelaki, tidak suka mengaku bahawa mereka telah bertunang ataupun berkahwin kepada wanita lain.. hal ini boleh mengakibatkan wanita tersebut menaruh hati kepada mereka.. mengapa?? Mengapa mempermainkan hal berkaitan kasih sayang?? Bukankah kasih sayang tu suci dan dtgnya dr ALLAH utk kita hargai?? Tidak kurang juga situasi apabila keduaduanya telah berterus terang, tp masingmasing mahu menruskan hubungan?? Aarrrghhhh.. kenapa? Bagaimana? Situasi ni mengganggu pikiran saya sejak saya mula mengenal cinta lagi..

Bila bercinta :
Ada satu pasangan suka menghebahhebahkan berita percintaan mereka.. ada satu pasangan yg lain, suka merahsiakan sehingga mereka bernikah.. ada juga yg cukup sekadar mereka tahu sesama sendiri.. tidak perlu teman, BFF apatah lagi keluarga tahu.. dlm zaman siber ni, acapkali kita lihat pasanganpasangan menghebahkan perhubungan mereka di FB, Twitter dsb.. ( saya pun sama.. tp L)

Bila dah berumahtangga, :
Ada pasangan yg semakin mesra selepas berkahwin sehingga ke akhir hayat mereka.. ada pasangan lain yang pagi petang siang malam berperang mengalahkan Perang Dunia Ke-2.. ada juga yang seolaholah tidak mengenali pasangan walaupn telah bercinta selama bertahun-tahun!!! Oh Memang Gila!! Benarlah kata seseorang kepada saya : bila kita bercinta dengan seseorang, tidak semestinya kita mengasihi mereka..  begitu juga jika kita bersama/berkawan mereka utk bertahun lamanya, tidak bererti kita mengenalinya!

Bila dah ada keluarga (anak)
Ada pasangan happy, syukur dan rasa anak itu rezeki.. ada juga pasangan rasa anak itu Cuma penghalang kebahagiaan mereka suami isteri.. x kurang juga ada yg mahu merancang untuk mendapatkan anak.. jgn lupa pula situasi keluarga yg mahukan cucu/cicit lelaki sahaj, atau perempuan sahaja.. bukan kah itu memberi tekanan kepada pasangan tersebut?? Apatah lagi yg baru memulakan alam rumahtangga.. hurmm…

Bila dah lama bersama :
Ada pasangan mula rasa bosan, mula mencari insane lain (insane ketiga).. ada pasangan sedang mencuba memperbaiki hubungan mereka.. ada juga yang terus beri kata putus (cerai).. ada juga tersepit dgn kemahuan anak, keluarga dan isteri.. x lupa juga yang hanya berpura-pura bahagia, hakikatnya mereka sedang menderita..
Apapun yang terjadi, siapa pun kita, atau di mana sekalipun kita berada, kita kena bersyukur dgn setiap kurnian ALLAH kepada kita.. percayalah bahawa ALLAH menurunkan dugaan hanya kerana DIA tahu kita mampu untuk menghadapinya dan menempuhinya.. bukan kerana DIA mahu membebankan kita.. setiap satu hubungan memerlukan komunikasi yang baik, sikap saling mempercayai, jujur antara satu sama lain, setia dengan pasangan dan diri sendiri, hormat-menghormati, dan memahami keperluan dan kehendak pasangan serta hubungan..

Sekiranya kita diberi dugaan yang teramat berat untuk kita pikul, berdoalah kepada-NYA.. Mohon petunjuk dan rahmat serta hidayah daripa-NYA.. Mudahmudahan ALLAH memberi pertolongan kepada kita supaya kita lebih tenang dan kuat utk menempuhi segalagalanya.. Dengan itu, adalah lebih baik kita bersederhana dalam segala hal yang kita lakukan.. sama ada cinta, kehidupan, minat atau sebagainya.. tp, lebihkan amalanmu kerana itu yang menjanjikanmu semua kebahagiaan dan kecintaan kelak.. percayalah janjijanji ALLAH utk semua hambanya.. di mana kebaikan akan dibalas dengan kebaikan.. namun, sekiranya kita telah melakukan kejahatan.. PINTU TAUBAT sentiasa terbuka kepada kita selagi kita bernyawa.. Renungrenungkanlah.. PEACE..

Buatmu sayang…
Tanpu cintamu umpama membiarkan aku terapung di lautan mati..
Tanpa sayangmu umpama membiarkan sepohon pokok mati kehausan..
Tanpa dirimu umpama rumah yang gelap tanpa cahaya lilin..
Namun.. kasih sayang ku padamu tidak dapat mengatasi kasih sayangku pada-NYA..
Cintaku tak mampu kau atasi seperti cintaku pada-NYA..
Dan kehadiranmu tak kurindui seperti ku merindui kehadirann-NYA setiap masa..
Kerana cinta mu x seagung cinta-NYA..
CINTA KU KEPADA ALLAH..


P/S ; Ini cuma luahan saya saja melalui pengalaman, harap tiada yang terambil hati.. peace!

Wednesday, December 21, 2011

## Wordless Wednesday ##

Salam..
 emm.. setelah berendam airmata semalam yang tidak diketahui puncanya..
(sshhh.. rahsia..) me telah sampai ke pejabat seawall mungkin..
actually me masuk kul 8.30pg.. tapi, me tak tahan dok umah sorangsorang,
jadi me datang lah opis.. emm.. sampai je opish, tak sampai 5minit,
Siti (dak ex-praktikal kat sini) SMS me..

“ Kadangkadang kite terlupa kite pernah bergembira bersama dia, kadangkadang kita terleka yang dia selalu wat kite tertawa, kadangkadang kite tersenyum kerana dia pernah wat kite bahagia, ada kalanya kite menangis kerana telatah dia wat kite merinduinya, orang itu adalah orang yang pernah berkongsi suka duka bersama kite..

Emm.. seolaholah dia tau pe yang sedang menggangu pikiranku..
aku buntu.. Ya Allah.. semoga kau dapat memberiku petunjukmu..
Mungkin aku perlu lakukan Solat istikharah semula..
MOOD : THINGKING BOUT ME!


p/s : sebagai manusia kita kena redha dengan ketentuan-NYA..


Tuesday, December 20, 2011

Horoscope Today..

Aquarius

You're not control freak. Yet when those with whom situation suggest solution, you won't even discuss them because you insist they're impractical. The irony is that once you're actually talking them over, your prespective will change so that those reservations will vanish.

do u all know the meaning? em.. i think, its true.. ^__^

Saturday, December 10, 2011

 PESANAN BUAT SUAMI


1.       Selalu menghargai usaha dan penat lelah ister, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2.     Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatanya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3.     Jangan sesekali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
4.     Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat sahaja.
5.    Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak, sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam Maharaja!
6.    Jangan sesekali duduk tersandar depan TV atau relakrelak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka kasut saja terus masuk dapur, memasak, mengemas, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7.     Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk si isteri. Jangan bedal semua sampaikan giliran isteri yang tinggal Cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8.   Kalau nak ajak kawan bertandang ke rumah, beritahu isteri dahulu, kalau boleh sehari dua in advance. Jadi bolelah dia memasak yang bestbest dan mengemas rumah cantikcantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anakanak masih berselerak dan isteri Cuma masak magi sahaja.
9.    Jangan sesekali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dulu dalam cermin, yaa!!
10.Jangan kentut depan isteri!! Masa bercinta dulu kenapa boleh kawal kentut, dah kahwin x boleh??
11.   Hormatilah ibu bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik kat tempat asal.
15.Rajinrajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan Tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah sahaja.
16.Hormatilah isteri anda sebagaimana anada mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputarbelitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lagi tak boleh! Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau awak tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik menengking sahaja. Kalau awaksakit nak mati, siapa yang kena jaga awak?? Bai jual roti?? Apek jual sayur?? Jiran sebelah rumah ker??
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepatcepatlah bawa jumpa doctor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya..
20. Berbincanglah dengan isteri anda sebelum membuat sesuatu keputusan. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok akalu pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukan laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama, dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masyuk syurga, bear kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan tapi saya dengar drpd ceramah seorang ustaz.
22.  Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tidak suka. Percayalah, kalau suami buat baik, isteri balas sepuluh kebaikan suami.
23. Jangan buat buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang perempuan ini sensitive. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ini mudah sahaja.

Friday, December 09, 2011

HASRULHASSAN.COM: Kami Blogger Baru

Assalamualaikum..

Mcm biasa, aku nk join segmen lagi.. kali ni dapat gak aku join segmen dar bro HH ni.. aku suka blog dia.. kalau korang nak join, tekan banner kat bawah ni k? ^__^


Syarat blog ni kena citer pasal diri kita dan blog kita.. xlebih 100p.perkataan..

Nama aku Nurfarhanah, bg aku nama FARHANAH tu indah sbb maksud dia KEGEMBIRAAN.. sbb tu aku gembira je selalu (gembira ke?) Alhamdulillah.. aku suka makan, tgok citer industan, kuat shopping, berjalanjalan, kuat merajuk, nak tau lagi? Kenal dulu.. prinsip aku yang utama: SUKA CAKAP SUKA, X SUKA CAKAP X SUKA! Dah, aku pahamlah dan tau lah nk watpe bila org dh ckp cmtuh! J yg ke-2 : JANGAN TIPU AKU! Sbb aku xkn tlg org tu kalau dia kantoi tipu aku.. blog aku ni biasabiasa jer, sbb aku ni new blogger.. aku tulis tentang apa yg aku nk tulis jer.. yg xpenting pada aku aku x tulis, sbb aku bukan fulltime blogger J mostly aku tulis pasal aku dan dia je.. sbb tub log aku xde byk gmbr, info dan lainlain.. mungkin 1ari nti kot.. em, tu je kot aku nk share.. PEACE!

Tarikh tutup ialah pada 10 Disember 2011 jam 5 petang.

p/s : aku rasa cam lebih jer patah perkataan aku nih, hehe..

Over 50 million people in Asia are getting the latest updates from #ChurpChurp! Don't miss out on the fun here! - LET'S JOIN MY DEAR FRIENDS.. :)

Over 50 million people in Asia are getting the latest updates from #ChurpChurp! Don't miss out on the fun here! - LET'S JOIN MY DEAR FRIENDS.. :)

click jangan tak click.. huhu..

Thursday, December 08, 2011

Twilght Saga - Breaking Dawn : Part 1




Assalamualaikum..

sape dah tgok cite Twilight Saga Breaking Dawn-Part 1 nie?? apa komen korang? hurmm.. rasanya aku nk kongsi cite yg agak basi kot.. hehe.. xpelah.. as long as aku x copyright citer org sudah.. act, cite Twilight ni dah lama nk tgok.. secara kebetulan aku g bercuti gan family ke Langkawi, diikuti dgn berita kematian arwah atok aku.. hurmm.. semuanya ku ketepikan demi keluarga..
anyway, akhirnya dpat gak aku tgok cite ni dgn En.Tunang.. *wink!*wink!*

semalam aku ada tergigit lidah sikit dgn musyuk aku.. so, mase nk balik tuh dia pujuk aku, jd dia ajak lah aku g beli tiket dulu, katanya takot lmbat.. ok, nk jdkan citer dia beli tiket kul 9.05mlm.. aku on jelah, sbb dia yg belanja! haha! bkn senang tau dia nk belanja aku.. huhu.. pas beli tros kiteorg rushing balik umah.. sedar tak sedar mase cpat tol berlalu.. dia dtg umah aku kul 8.45mlm! lg 20minit sblm tayangan tau!!! aku?? diam je la.. x nk gadogado psl masa lg gn die.. bia jerk dia membebel sorangsorang.. (jahat kan aku..)

sampaisampai jer kat wayang citer dah mula, seb bek baru smpai part yg dia nk kawen tuh.. huhu.. si dia?? diam dgn muncungnya yg boleh sangkut hanger tuh! aku? layan abiss citer tu.. huhu.. kesimpulannya cite tu mmg best (pada aku lah..) sbb aku dh follow dr mula.. blm pernah miss tauu.. rugi x simpan tikettiket cite tu yg duludulu.. kalau x blh bt koleksi.. hehe.. cuma satu je yg x best psl cite tu, tengahtengah tgok tetibe translit dia ilang.. dh x memasal aku plak yg kena terangkan kt musyuk aku? kenapa aku bukan dia? sbb aku dh baca sinopsis cite nie dulu.. haha.. tp malam td for the first time musyuk aku dgr dgn khusyk apa yg aku ckp pasal citer ni.. al-maklumlah.. hero pujaan dia si Edward Cullen tu punya pasal, sanggup dia dengar translation dr aku.. haahahha... apapun, malam td mmg kali pertama kiteorg lambat gile masuk panggung.. lambat dlm 20minit tau! selalu dlm 10minit jer.. apa nk buat, musyuk aku tu ada masalah dgn pengurusan masa.. jd, aku kena lah terima dia seadanya.. hehe..

p/s : apapun, masa perjalanan pulang, dia ada beritahu aku berita gembira.. apa beritanya?? tunggu..

 

Wednesday, December 07, 2011

Gaji Baru??

Assalamualaikum..
cehceh.. kecoh giler kat opish aku nih pasal SBPA.. memasing nk tau pasal kenaikan gaji memasing.. termasuk lah aku gak kowt.. hahaha.. anyway, tu semua lom confirm lagi.. tapi diorang nie sumer suka over exposed.. lalala.. xpelah.. aku syukur je dgn apa yg ada.. nk kemaskemas nk balek.. ddaaa...


p/s : lately nih malas nk hapdate blog.. sbb rasa macammacam nak buat tok contest yg aku join off9 n on9.. wish me luck!! ^__^

Monday, December 05, 2011

Contest Kenali Blogger


Banner


Hai uoollss.. arini aku nak join lagi.. hehe.. kali ni aku join contest milik empunya blog Cik Wani..

Nyatakan 10 perkara tentang awk..jangan bohong..tolong jujur
  1. aku memang suka makan
  2. suka warna MERAH, PINK, TURQOISE (blue/green)
  3. guna produk SKII
  4. aku x suka sangat cokelat yg xde kacang..
  5. aku kuat merajuk dan manja
  6. aku suka buat muka serius sbb tak suka org tanya aku!! Wekk!
  7. suka minum air soya! ^__^
  8. aku sebenarnya x berapa mesra, tp aku ni keypochee.. haha!
  9. aku x suka amek peksa/temuduga/hal orang etc..
  10. aku suka tgok citer Hindustan..
Soklan tuk wanie.. ^__^
  1. suka makan coklat brand per?
  2. suka warna per?
  3. impian perkahwinan nk wat cmner? tema?
  4. ada akak/adik/abg/keluarga angkat?
  5. suka kawan dgn org cmner?
tu jer.. huhu.. nak join?? jom click kat banner tuh.. okeyh??

nak tag :

kak zuha

nadh






Friday, November 25, 2011

Jumaat Yang Indah..

Assalamualaikum..
Toktok.. toktok.. dah bangon ker semuanyer?? Huhu..
mentangmentang laa arini sampai awal ke opish.. terus kejotkan owg len plaks ehh? Huhu..
eerrmm… windunyer ite dgn encik tunang.. padahal baru setengah arie x jumpa!! mengada!!
bior arr.. tunang ite.. ada ite kessaaahh?? lalalaala..
tapi arini dier balek, tp sempat ker nak jumpa dier sebelum g bercuti??
Wooowww!!!! Bercuti???!!! Huuhu.. ofkos dear..ite nak g bercuti dgn family tercinta..
disamping melawat adik yg disayangi di kedah, dan jemputan kawen kawan di Alor Setar..
wow! 3 in 1!! Full pakej abah ite bg taawww!!! Jgn jeles pd sesaper yg x dpt ikooottt..
nti ite bg present eehhh?? Nak tak? Nak tak? Xnk xper… huhu..
memandangkan taun depan umur ite nak masuk lg 1 angka dibelakang (cam tua naa ite rasa..),
 ite memang ada niat nk wat GA dan Contest.. tapi x sempatsempat nk membuatnya..
so, pada sesaper yg sudi follow ite, rajinrajin lah jengah blog ite.. huhu..
biler nak buat?? Sabarsabar.. nanti ite update.. okeyh? Okeyh x??? x okeyh pun kena okeyh gakss.. 
alaaa.. blog ite x glamour pown, tp adiah yg ite nk bg ni xlah mahal mana..
mungkin gift yg akan ite beli masa bercuti nanti..
apapun, arini ite rasa sangat bersyukur ALHAMDULILLAH masih dapat berpijak di bumi ALLAH dan menghidu udara segar kurniaan Ilahi ini..

Hargailah peluang yang ada,
dan orangorang yg menyayangi diri kita seadanya kita..
kerana mereka lah sumber kekuatan kita dr saat jatuhnya kita sehingga lah bangun dan berdiri tegaknya kita..
jgn sesekali kita lupa pengorbanan mereka..
 ucapkanlah terima kasih, katakata baik,
sudah cukup menghiburkan hati mereka..
bukan wang ringgit yang mereka inginkan
cuma kesediaan kita untuk bersama mereka
dr saat susah dan senang, tangis dan ketawa,
 itu yang mereka dambakan..
beringatlah kita sebelum terlambat,
kerana masa tidak boleh diputar kembali..
hanya kita yng boleh mengubah kehidupan kita,
bukan orang lain..
percaya pada diri, yakin boleh dan katakan...

AKU BERSYUKUR DAN BANGGA MENJADI DIRI SENDIRI!!!


p/s : motivasi pagi untuk diri sendiri.. ^__^


Thursday, November 24, 2011

Yasmin Aris 1st GA 


1.    Wajib FOLLOW bLog ni duLu, dan LIKE Facebook Page tu skaLi yee :D HAHA .

2.    Dahh ? Trime kasih :) :P Then, korang jz perLu buat satu new post.
DaLam new post tu kena ade :
·          TitLe yg bertajuk “Yasmin Aris 1st GA”
·          Copy semua syarat-syarat GA ni .
·          Jangan Lupe Letak gamba kat atas tu skaLi .
   (Tekan gamba, right cLick, save as & upLoad kat dLm entry korang)
·          Gambar tu mesty Lah di LINK kan kepada entry ini .

3.    Fahemm ? Hihi :) Seterusnyee, tinggaLkan Link entry yg korang dah pubLishkn tuu kat ruangan komen bawah nii . Dah siapp ! :)

4.    Ok, ok .. GA ni akan dibataLkn kLu penyertaan tak Lebih dari 10 orang . Huhu T-T
So, join Lah beramai-ramai yee ! kite sukee . Hii 

5.    Tarikh tutup : 25/11/2011 
Jom Joiinnnn!!!! ^__^ TEKAN SINI LOORRHHH!!!
p/s : hope tak terlambat.. huhu..

segmen : saya suka berblogging





hye uollss.. Chubby join segmen lg,
kali nie milik Miss JijahComey..
memang comey lah orgnya.. huhu..

Nak tau nape Chubby Suka berblogging??
Chubby suka berblogging sebab Chubby rasa nilah medan yang terbaik untuk Chubby luah rasa..
( macam medan perang lakss..)
Selain tu dapat gaklah Chubby menambahkan bilangan kawankawan dari pelbagai negeri dan bangsa..
Chubby juga suka tengok blogblog yang cantek dan menaraik, especially yang banyak info, hehe..
Lain org lain citarasa kan?? yeahh!!!

jom join segmen ni jugak!


saya mau tag :

Dilazfamily
Kikin


p/s ; sowie kalau xleh klik kat banner, xtau nape net saya nie probs.. :(

end-year 2011 giveaway by Fiera



baca sini


dan sini



Firman ALLAH SWT yang bermaksud
" Dan apabila aku sakit, Dialah (ALLAH) yang menyembuhkan aku ".
(As-Shu'araa : 80)
Sabda Rasullah SAW yang bermaksud
" Sesungguhnya ALLAH menurunkan penyakit, dan menjadikan setiap penyakit itu ubat, kerana itu hendaklah kamu semua berubat, dan janganlah berubat benda yang haram ".

MENGKRITIK TIDAK BERERTI MENENTANG,
MENYETUJUI TIDAK SEMESTINYA MENYOKONG,
MENEGUR TIDAK BERMAKNA MEMBENCI,
DAN BERBEZA PENDAPAT ADALAH KAWAN BERFIKIR YANG BAIK

mau tag kamu :
Miss Froggie

nak joinnn??? click
syafierasyamdzuri

contest tamat :
30/12/2011

Contest Miss Froggie


Hai Kengkawan..

Jom Join Contest Miss Froggie..

Join ramairamai.. Lagi Ramai Lagi meriah..

Huhu..Boleh gak menambah bilangan traffik korang.... ^__^

Macam ner nak joinn???

Senang jerr...

Klik Banner utk join atau SINI

Saya tag :

Cute Mum

Nabila Medan

MrBaiz

Selamat Mencubaaa!!!!

Gloomy Day

Assalamualaikum...

Erm.. arini mood biasabiasa jer.. cuma perasaan menggegel tuh maseh ada.. nape?? em, sbb arinih first time drive sorangsorang dr umah ke opish.. encik tunang xde.. out station.. hurm.. tp, encik tunang memang penyayang orgnya.. dia follow ite dr belakang.. tapi ite tetap rasa berdebardebar sangat.. sampai tak lalu nk mamam.. :(
pas smpai opish jer encik tunang kater teman dia jap p mamam kat kedai.. sementara tunggu rombongan program yg lain.. ite pun teman dier, kat pale otak nih macammacam pike cam ner nak balik petang nih.. rasa cm nak cuti jer!! arrgghh.. ite nie, badan jer besar, tapi PENAKOT!! wekkk... ala, korang dulu pown camtuh gak..
encik tunang kata "it's ok syg, slowslow okeyh, i know u can do it!!" slalu dier cakap cm gitu, ati nih rasa tenang jer, tp td.......... xtau nk cakap per.. ite selalu rasa cm ni bila dier nak outstation.. macammacam kat kepala nie.. bukan pike yg bukanbukan cuma ite rasa sgt x selesa bila dier tak der.. tu lah.. sape suh manjerkan ite?! hukhukhuk.. ;(
errmm.. mood arini nak join GA n buat GA.. tp mood tuh macam dah xder dah.. lalalala.. sapersaper boleh tolong ite errkk?? iter boring lah.. arini ingat dapat g tgok Twilight  Breaking Dawn - Part 1, tp encik tunang xder.. so, kena lah tunggu ite balik cuti dulu baru leh dapat tengok.. errmm.. so bad!
ok lah.. ite nak try buat 1st GA dulu k, stay with Chubby Hanna okk!!!
Assalamualaikum..

Wednesday, November 23, 2011

No Mood

Assalamualaikum..
Arini mood ite mmg xde.. banyak benda nak story mory kat sini, tp x terdaya nk luahkan.. better simpan je dalam hati.. itu lebih baik..
Kadangkadang bila kita cuba untuk menjadi baek, mesti ada banyak cabaran dan dugaan yg kita perlu hadapi kan?? kenapa?? Sebab ALLAH sedang menguji kita.. tp, kita selalu x sedar tentang semua tu, termasuk lah ite..
Bila dikenang, difikir, direnung, ite dah banyak sangat abeskan masa macam tu jer.. hurmm.. ntahlah.. k lah, dari ite terus merapu, ite abeskan entri ni dgn sepatah dua kata yg kita amek dr sumbersumber yg boleh dipercayai.. ^_^

LIFE IS TOO SHORT TO HAVE A VICTIM MENTALITY, SAY TO YOURSELF, I'M NOT GOING TO BE BITTER, I'M GOING TO BE BETTER!!!

Sunday, November 20, 2011

Kat OPIS lerr...

    Salam..
    Hurmm.. skng ite ada kat opish, niat di hati nk wat keja, tp line kat opish nie cm xnk bg ite wat keja laks.. nk men game lg arrr.. layan youtube pown sme gaks.. bowinknyer.. eerrmmm.. arini encik tunang bawak keta ite g opish dier.. suka ar tue bawak keta org jenjalan.. haaiisshhh.. sejaksejak ada keta nie ite agaks kedekut sikit aw.. macammacam ite pike cm ner nk elak kai keta ite.. tp bila tengok muka dia, cm x sampai ati jer rasa.. huhu... apalaaa... ok lah.. ite nk smbung wat keja okeyh? nti iter sambung ag... daaa...