Assalamualaikum .
Wah , tajuk . Macam cerita Korea pulak kan ? Hehe . Tak adalah , saja je nak bergurau dengan korang . Sebenarnya KakNa nak share pasal cenderahati yang KakNa dapat daripada akak pejabat ni . Baju ni akak tu belikan masa dia pergi ke Korea hari tu . Best tau ! Satu opis akak tu bagi , memang kaya lah akak tu ! Hehe .
Anyway , baju ni saiz 3XL , almaklumlah , KakNa kan " comel " , mujur ada saiz . Huhu . Baju ni kain dia lembut sangat tau . Warna kelabu pula tu , memang KakNa suka sebab KakNa susah nak dapat baju yang sesuai dengan saiz KakNa ni warna kelabu ( malas nak cari sebenarnya ) So , bila dapat mana tak melompat bintang . hehe .
Terima kasih lah kepada akak yang bagi KakNa baju ni , sebab selalu orang bagi KakNa keychain je . So , rasa di hargai sangat tau !
Sebenarnya entry pasal ni , KakNa dah draft dah minggu lepas , tapi handphone KakNa buat hal so semua entry yang simpan dalam draft habis hilang , sedihnya :(
Apapun , KakNa gigihkan semula taip entry baru untuk korang * feeling retis sangat ! *
KakNa memang suka kumpul baju I ❤️ ni , sebab buat kenangan , yelah , KakNa tak pernah sampai so dapat baju pun okaylah . Setakat ni , baju KakNa yang ada daripada Penang , London , Australia dan macam - macam lagi lah . Kebanyakkannya dah tak muat dan lusuh sebab KakNa buat basahan . Yelah , baju lengan pendek kan ? KakNa suka pakai kat rumah je sebab malas nak pakai inner pergi jalan . Bukan kata KakNa tak pakai lengan pendek , tapi KakNa sekarang cuba elakkan untuk pakai lengan pendek selagi boleh . Sedang memperbaiki untuk menutup aurat sebaik mungkin .
In shaa Allah , satu hari nanti dah boleh tutup semua . :) Doakan yer .
Okaylah , lain kali KakNa sambung lagi yer , nak buat kerja hakiki sekejap .
Terima kasih sudi baca ! :)