Wednesday, March 18, 2020



Pengajaran Hadis:

1.  Di antara ajaran Nabi ﷺ apabila berhadapan dengan masalah penyakit berjangkit seperti Covid 19 adalah melalui pencegahan. 

2.  Menjadi tanggungjawab setiap individu dan masyarakat untuk mengambil langkah-langkah pencegahan. Bagi yang mengidap sakit yang berjangkit seperti positif Covid 19, perlu  mengelakkan diri dari berada ditempat-tempat awam, seperti masjid, pasar dan lain-lain agar orang yang sihat tidak dijangkiti. 

3.  Nabi ﷺ juga telah memerintahkan mereka yang berada di tempat wabak untuk tidak keluar dari kawasannya. Mereka yang sihat pula diperintahkan untuk tidak memasuki tempat yang terkena wabak. Sabda Rasulullah ﷺ:

 إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

 “Apabila kamu mendengar (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (HR Muslim no: 2219)

4.  Al-Quran mengingatkan agar setiap kita tidak mendedahkan diri dengan sesuatu yang boleh membawa kepada musibah dan kebinasaan. Hal ini termasuk dalam perkara maqasid syariah iaitu memelihara nyawa. Firman Allah:

لَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى ٱلتَّهْلُكَةِ

“Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan…” Surah Al-Baqarah (195)

Setiap perkara yang membawa kepada kebinasaan dalam agama mahupun dunia, maka ia termasuk dalam makna ayat ini.  (Lihat Ma’alim al-Tanzil, 1/367). Kebinasaan disini termasuk memelihara nyawa daripada wabak COVID-19. 

5.  Bagi mengelakkan penularan wabak virus Covid 19, beberapa langkah perlu sentiasa diambil oleh setiap orang antaranya:
-   Patuh arahan Kerajaan sepenuhnya berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 hingga 31 Mac 2029.
–  tangguh pergerakan/ perjalanan  dalam dan luar negara.
–  Elakkan berada di tempat tumpuan ramai
–  Tutup mulut ketika batuk @ bersin
–  Kerap cuci tangan
–  Jaga kebersihan diri
–  Ikut arahan KKM dan pihak berkuasa