Hai korang.
Sebenarnya aku dah lama nak tanya, kot-kot ada sesiapa leh bantu aku tentang hal ini. Aku selalu online blog guna pc office je, sebab kat rumah tak ada masa nak online pun (buat masa ini). So, aku perasan, setiap kali aku follow orang dan aku kembali ke blog orang tu semula, aku akan dapati bahawa aku dah tak follow orang tu lagi. Apa yang aku buat, aku akan follow lagi dan lagi dan lagi. Betul ke cara aku buat selama ni? Atau aku tak perlu pun follow lagi blogger tu sebab dah pernah follow.
Risau juga aku kalau orang kata aku ni main-main, kejap follow kejap tak follow, padahal, aku okay je, follow semua blogger yang ada button follow tu. Glamour ke tak, diva ke tak, pada aku kalau blogger tu ada pengisian yang baik, walaupun hanya satu dua, aku tetap follow. Malah aku pun tak kisah kalau dia tak follow aku balik pun, sebab tujuan aku berblog ni, supaya aku boleh kongsi apa yang aku tahu selain daripada jadikan blog ni sebagai diari online aku.
Setiap hari, mood nak blogwalking tu hilang sebab kadang aku keliru yang aku dah follow ke belum orang tu, yelah, bukan nak blogwalking satu blog je, jadi kalau semua kena follow balik jenuh juga tu. So, kawan-kawan, ada tak cara lain untuk aku atasi masalah ini?
Thanks in advance!