Monday, August 31, 2015

The Siblings : 4 bulan yang indah.

Aku : kau tahu apa itu indah?
Kau : indah tu bila kau lihat sesuatu yang menggembirakan hati kau?
Aku ; bukan.. indah itu subjektif. kurniaan Ilahi.
aku rasa indah saat aku diberitahu aku dikurniakan zuriat. lebih indah aku sudah dua kali merasainya.
Kau : kau sombong?
Aku : bukan. aku bersyukur. Oleh sebab itu aku mahu kongsikan bersama kau. kau kecewa?
Kau : ..........

Alhamdulillah, sepanjang hampir 3 tahun aku dan dia melayari bahtera rumahtangga, aku dan Amy telah dikurniakan 2 orang cahaya mata. LELAKI. Iya, aku bersyukur sangat. Malah, lebih daripada syukur. tak boleh dibilang dengan kata-kata.

Sedih.

4 bulan lepas aku menangis sekali lagi apabila doktor memberitahu aku bahawa aku memang tidak boleh untuk bersalin normal. Iya, aku tak pernah cerita di sini (blog) sebab aku belum bersedia untuk kongsi. Nantilah.

Gembira.

Hari ini, meniarapnya si kecil ini dengan daya usaha dia, buat aku rasakan bahawa aku lah manusia paling bodoh kerana tidak percaya dengan KUASA dan TAKDIR ALLAH. Apa yang aku ingin tangiskan, sedangkan ALLAH sedang memberi aku nikmat dan keindahan dunia.

Allahuakbar!


4 bulan yang penuh dengan dugaan, 4 bulan yang huru hara.  4 bulan yang indah juga. 

Syukur.

Melihat wajah ini, menitik airmata aku mengenang kembali kebodohan aku di saat aku meraung kesedihan di dalam wad bersalin. Allah pilih aku, tapi aku tak redha. Setelah 4 bulan, aku sedar malah benar-benar sedar yang aku memang perlu bersyukur! Maafkan aku ya Allah, maafkan aku suami, keluarga begitu juga kawan-kawan!


Masa terlalu singkat. Terlalu cepat berlalu. Hingga tidak sedar aku menjadi seorang yang sangat beremosi setelah punyai dua "HERO".


Kini, aku mampu tersenyum tatkala aku pulang dari tempat kerja, wajah ini seolah berkata-kata "You're a great mum, Ummi! I'm proud of you!" Ntah. Aku yang sekadar bermonolog sendirian. Akhmal adalah lambang kekuatan ku. Arsyad masih menjadi lambang cinta kami, tapi Akhmal, semangat dia sejak kali pertama keluar dari perutku hingga kini tak pernah pudar, malah semakin membara! 

Akhmal, anak kecil yang semakin hari semakin bijak. 

Ummi minta maaf, andai ummi bukan yang terbaik buat mu sayang. Izinkan Ummi menjaga amanah ini sebaiknya, kerana Ummi tahu, kamu dan Arsyad adalah pinjaman buat Ummi, yang entah kapan bisa di ambil begitu saja, Ummi kena bersedia. 

Doakan Ummi masih mampu memberikan kamu titisan emas sehingga kamu sendiri jelek dan tidak inginkannya lagi.. Ummi rela anakku. Penyesalan ketika menyusukan abang kamu Arsyad, Ummi akan cuba untuk tidak berulang lagi. 

Doakan Ummi.

Ummi Arsyad dan Akhmal

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 58! #sehatisejiwa