Tuesday, June 12, 2018

Amsyar's Journey : Kisah Susu Formula - Part 3

12.06.2018

pagi ni aku cari info mengenai susu formula . kemudian lepas aku baca post "Alergi Susu Boleh Terjadi Walaupun Bayi Menyusu Badan" aku terkesima .

Part ni yang aku terkesima :


APA YANG SEPATUTNYA DILAKUKAN JIKA ANAK ALERGI TERHADAP SUSU LEMBU?
Menurut Dr. Nazrul Neezam Nordin melalui artikelnya di laman web DoktorBudak.com, cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memberhentikan susu formula yang mengandungi protein lembu di dalamnya.
Jangan sekadar menukar ‘jenama’ susu sahaja, sebaliknya apa yang boleh dilakukan adalah:
  • Cuba meneruskan penyusuan badan sepenuhnya.
  • Bertukar kepada susu formula berasaskan protein soya. (Namun susu soya tidak disyorkan untuk bayi di bawah 6 bulan).
  • Menggunakan susu protein lembu khas (extensively hydrolyzed formula). Struktur molekul protein susu ini telah dipecahkan kepada molekul yang lebih kecil bagi mengurangkan risiko alahan.
  • Memberi susu protein lembu khas (formula berasaskan asid amino). Biasanya doktor pakar hanya menyarankan penggunaan susu ini jika bayi mengalami alahan serius dan masih menghadapi masalah walaupun telah mencuba susu protein lembu khas.

*Penggunaan susu kambing mungkin kurang berkesan kerana didapati 80% bayi yang dikenalpasti alah dengan protein susu lembu turut mengalami reaksi yang sama terhadap protein susu kambing.
Iya , aku kena teruskan ! aku mesti kuat ! petang ni aku ambil dia aku harap dia tak meragam lagi . kasihan anakku .

Malam :

Amsyar masih yak lagi . Aku syak sebab dekat sekolah dia tak yak , bila balik rumah dia minum susu direct dengan aku, tu yang perut dia keliru . Mana satu nak hadam susu formula, nak hadam makanan lagi nak hadam susu ibu lagi . 

Kesian Amsyar .

Aku mula balik tadah susu aku gunakan milk collector dan Alhamdulillah adalah dapat 2.5oz keseluruhannya .

Aku ada baca dalam satu artikel , ada bayi tak sesuai jika si ibu makan / minum herba . So far aku dah tak ada makan jamu / herba lagi dah . Cuma makan supplement untuk cantikkan kulit . 

Semoga di penghujung Ramadhan ni Allah makbulkan doa aku beri yang terbaik untuk anak aku .
Last Updated : 8.30 malam

Amsyar's Journey : Kisah Susu Formula - Part 2

Assalamualaikum .

Siapa yang belum baca PART 1 sila baca dulu ya :)

10.06.2018

Arini aku bawakkan 1 botol (5oz) je untuk Amsyar . aku dah mula "malas" nak pam , nak tadah . lagi - lagi pulak bila timbang berat badan aku dah mula meningkat naik semula . so , aku mula rasa stress ! aku asyik salahkan menyusu lah punc aku gemuk ! 

alasan !

plan hari ni bawak anak - anak ke AEON Tebrau sebab nak carik baju raya abah , tapi disebabkan Amsyar meragam sakit perut dah yak dalam kereta pulak tu tisu basah dah habis . Mood aku dah kelaut ! 

mau aku tak stress , semua toilet aku pergi dalam AEON Tebrau tu semua tutup bahagian CHANGING ROOM! last sekali aku pergi je masuk toilet biasa cuci yak si Amsyar tu . kau bayang kan lah macam mana aku masa tu ? sampai lencun baju aku . haish , anak bertuah . dah penat - penat tukar on the way nak jumpa suami aku dan anak - anak , Amsyar yak lagi :( 

" Jomlah balik ! " suami cakap dengan aku memandangkan dia tengok muka aku dah berkerut .

Sampai dalam kereta aku tengok Amsyar lemah sangat . dia macam tak happy . macam ada sesuatu dia nak cakap tp tak tercakap .

Sejak sampai rumah sampai sebelum Amsyar tidur , di aada beberapa kali yak juga . Last sekali dia yak agak banyak dan berwarn hijau beserta lendir darah !

DARAH ! 

Aku mula panik lah . suami aku memang all the time relax and cool punya orang . huhuhu .


Ini je yang sempat snap sebab ada lendir darah

mulalah sesi meng"google" segala mak nenek info . dan jawapannya ...

SUSU FORMULA TIDAK SESUAI DENGAN AMSYAR !

Adik aku pesan suruh tukar susu sebab takut susu drop . iya , aku akan usahakan demi Amsyar . Tidur pun dah tak lena . 

11.06.2018

balik Taska aku tanya cikgu Amsyar yak ke tak ? 

" tak pun kak . okay je . "

aku senyum .

senyum bukan tanda aku berpuas hati , sekadar menyedapkan hati yang sedang gundah gulana . pelbagai perkara bermain di fikiran aku . pelbagai emosi menyesak dadaku .

tiba rumah . Amsyar yak lagi , dan najisnya masih berwarna hijau . masih ada sedikit darah . :(

aku dah mula rasa badannya sudah mula susut . tapi suami cakap tak pun . sama je .

masa aku terjaga dari tidur pukul 2 pagi , aku melihat anakku semakin susut tubuhnya . semakin kurus .

berdosakah aku ?

apa yang aku perlu lakukan ?

tukar susu atau teruskan penyusuan susu ibu ?

suami tak mahu memaksa aku . katanya , aku perlu fikir diri sendiri juga , jangan bersedih atau menyalahkan diri sendiri .

iya . di penghujung Ramadhan ini , aku akan mohon petunjuk daripadaNYA . 

Moga ALLAH akan bantu aku . 

Doakan aku kuat ya kawan - kawan . Moga aku masih mampu untuk meneruskan perjuangan susu ibu ini sehingga dua tahun atau lebih . Aaminn .