Thursday, January 01, 2015

KisahAkuDanAnak : Cerita Malam Tadi

Selamat Tahun Baru semua ..

Malam tadi korang g mana ? Aku dok umah je , sebab Mr. A kata nak keluar jumpa orang , so anak plak dah meragam sangat nak tido , jadi lepas makan terus je balik umah . Macam biasalah , Arsyad ni kalau nak tido meragam dia lain macam .. Kengkadang okay je , kengkadang dia memang susah nak dijangka .. Ada masa meragam sebab x sabar nak susu , ada masa sebab dia memang dah ngantok sangat tapi dalam masa yang sama nak main .. Arsyad .. Arsyad ..

Arsyad ni kalau dah penat sangat mana-mana je dia boleh landing dan tido .. Yer ngko .. X caya ?? Tengok ni .. Hahahahahaha .. Kelakar kan ?? Arsyad ni selalu bila aku bangon malam nak standby buat susu dia , aku mesti tercarik-carik dia .. Tercarik pasal apa ? Pasalnya dia ni tido kuss semangat , bersepah .. Yelah , tido asal boleh je .. Kadang - kadang port paling best dia adalah kat perot aku .. Kongsi sekali dengan adik dia .. Saja x kasi chance aku nak pelok babah dia .. Macam gambar kat bawah ni .. Hahahahaha ..

tapi ni bantal pelok lah , bukan perot aku .. bhahahhahaa ...

Nilah port (perut aku) yang memang selalu jadi tempat paling lena dia .. Kengkadang je jadi port babah dia .. Kemain lena lau dia tido kat perot aku tau .. Kalau time dia x penat , semua port x jadi gak .. Semua nk dimarahnya .. Huhu .. Arsyad .. Arsyad ...
Setiap ari ada je perkara yang menggembirakan hati aku oleh jejaka - jejaka idaman malaya aku ni .. Baik anak atau babahnya .. Alhamdulillah .. Inilah bahagia ku cari .. Syukur ..

kalau dah penat sangat ..

tonggeng pun boleh .. hahahha ...


nota kaki : inilah kawan aku dan peneman aku kala babah dia sibuk .. ni lah jantung hati aku .. semoga membesar jadi anak yang baik dan soleh yer sayang .. love Arsyad ketat - ketat ..

Rezeki

Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya . 
Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya .
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya . 
Sesungguhnya , Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu . 
(Ath-Thalaq 65:3)

Selamat Tahun Baru 2015

2014 telah melabuhkan tirainya ..
Segala azam , impian dan matlamat yang tak tercapai kita tinggalkan , bukan untuk dilupakan tetapi sekadar untuk tidak mengecewakan ..

2015 bermula sebuah harapan ..
Segala yang tertinggal masih punya masa untuk dicapai .. 
Bangkit dan berdiri teguh tanpa alasan .. 
Asalkan tidak melanggar batasan ..



Untuk tahun baru ni , aku akan cuba selitkan tazkirah atau apa jua bentuk perkongsian sama ada dalam bentuk petikan Hadith atau Ayatul Quran dalam blog aku ini . Bukan sahaja dengan niat nak "menghidupkan" kembali blog aku , tapi lebih kepada keinginan untuk melakukan penghijrahan .. Siapa tahu , kalau ada yang akan berubah selepas membaca perkongsian aku tu .. Yelah , aku sendiri sedang ke arah itu .. Sama-samalah kita berdoa ke arah yang lebih baik .. Amminn Allahumma Amminn ..



nota kaki : semoga blog aku akan lebih memberi manfaat kepada orang lain..