Wednesday, October 05, 2016

Wristlet Wishlist 2016

hai korang.

aku nak share something. siapa yang baca wishlist 2016 aku mesti dia tahu. benda yang aku nak share ni ada dalam tu.

Alhamdulillah , setelah sekian lama mengidam , akhirnya wristlet idaman aku ni dapat gak aku beli pada 06/03/2016 (nampak sangat lama peram entri ni kan)

nampak macam biasa je , tapi pada aku dah cukup bermakna . kalau korang nak tahu , aku beli wristlet ni AEON Tebrau City , Johor Bahru masa aku keluar dengan BFF aku  si Azlina tu . 

 


boleh tahan jugak harganya kan ? tapi tak apalah , bukan selalu . Aku ni jenis orang yang menang membeli menang memakai , bahasa lembutnya orang yang cermat . Eh , terpuji diri sendiri plak . 

Okaylah , ni je aku nak share sebagai kenangan dalam blog aku ni . Nanti aku share lagi . Banyak lagi aku nak kongsi cerita dengan korang ni . 

Sehingga berjumpa lagi . 

Assalamualaikum !

#KakNaFitJourney

Korang . 

Korang nak follow perjalanan kurus KakNa tak? 

Tak nak ? -->> sila unfollow , hehehe .

Nak ? ! -->> Sila follow Instagram KakNa yer -->> nurfarhanah87  

Korang jangan lupa tengok carian #KakNaJourney , #Misi90Kg , #KakNaMakan dan #KakNaFitJourney

KakNa suka share dekat IG sebab KakNa rasa tak berminat nak share di Facebook memandangkan banyak sangat komen negatif kan . Akak ni walaupun bersaiz Mak Paus ramai jugak yang cemburu dengan akak tau . Ramai yang akan menangis kalau akak kurus . hahahhaaa .

Jom tengok berat KakNa pada 01.10.2016 . 


Konon-konon nak start diet pada tarikh ni , tapi nohorommmm ! tak kuasa lah KakNa nak tahan dugaan lapar dahaga tu ! ahaks ! (memang sampai tualah ko jadi Mak Paus KakNa) 

Nanti KakNa dah start semula KakNa update sini yer ! Tunggu tau ! Jangan lupa doakan KakNa kurus dan cantik ! heheheh ..

Adios .