Sunday, January 03, 2016

Arsyad dah tak merajuk

Sebagai ibu bapa yang sayangkan anak, tiada perkara yang lebih membahagiakan mereka selain daripada melihat anak-anak tersenyum riang dan gembira. Betul kan? Begitu juga aku dan suami. Kami selalu inginkan yang terbaik buat anak. Malah sentiasa mencuba untuk berlaku adil supaya mereka tidak berasa ada jurang antara mereka. Itulah kami, ummi dan babah.

muka ada senyum

Kalau korang dah baca entri sebelum ni mengenai Arsyad merajuk, korang mesti tahu kenapa Arsayd dah tak merajuk. Hehehe. Arsyad ni manja orangnya, suka memperlihat keletehnya yang lucu, almaklumlah sama bulan dengan aku, kami memang gila-gila sikit. Tapi, selepas ketiadaan nyawa Arsyad tu, Arsyad seolah-olah hilang arah, tak keruan, menangis tak merajuk tak menentu. Bingung kami dibuatnya. Aku? Mestilah lagi bingung, mana nak dilayan adik nak menyusu, mana nak dikelek bujang sorang ni, alahaaaiii.

tengah membebel kegembiraan

Semalam, Tok Mak (ibu mertua aku) sampai hilang punca nak melayan kerenah si bujang aku ni. Yelah, biasa cuti hujung minggu Arsyad memang berkampung di rumah nenek dia, sdari pagi sampai lah malam. Kesiankan Tok Mak dan Tok Abah dia rindukan dia kan. Cucu lelaki sulung lah katakan.
Melihat keadaan ibu mertua aku yang dah hampir hilang sabar, aku pun memujuk suami aku untuk membelikan nyawa baru buat Aarsyad. Tapi kami beli dengan bersyarat, pakai hanya untuk tidur sahaja. Yes! Kami berdua setuju. Arsyad? Kita tengokkan jelah nanti.

Bila malam berlabuh je, Arsyad sanggup menahan mata dia semata-mata tidak mahu tidur tanpa puting. Masa ni, kami belum beritahu dia yang kami telah beli yang lain sebagai ganti.Keheningan malam dipecahkan dengan suara tangisan Arsyad seorang. Satu taman aku rasa suara Arsyad menangis dalam kesedihan. Kasihan anakku :( 

Tapi aku tetap bertahan, aku pujuk dan pujuk dan terus pujuk hinggalah dia terlena. Namun, aku persiapkan nyawanya di atas kepala katil supaya mudah dicapai jika dia terjaga dari tidur seperti kebiasaannya. Sangkaan ku ternyata benar, naluri ibu kan? Arsyad bangun pukul 2.30pagi menagis dan kami beri puting lalu tidur lena hingga pagi. Jam 5.30 pagi, dia bangun hanya untuk minum susu, kemudian nampak puting ambil dan tidur semula. Allahu.. Nampak sangat puting itu memang sangat penting untuknya. Kasihan anak aku yang sorang ni.

Pagi tadi, masa nak hantar pergi rumah pengasuh. dia langsung tak meragam, senyum je, happy je, cakap pun lembut je. Aku pun senang hati tau. Syukur, itulah kegembiraan anak aku yang aku tak mampu nak beli kat tempat lain. Dia cium tangan aku, muka aku, sampai rumah pengasuh pun menari-nari. Hailah anak. Sungguh kamu menguji aku! 

Kali ini aku tidak tahu berapa lama perjalanan puting ini dengan dia. Puting yang lama tu bertahan sejak dia 6 bulan sehingga dia 23 bulan. Bayangkan lama kan? Bukan tak amhu ganti, dia sendiri yang tidak rela berpisah dengan cinta hatinya tu. Hehe..

Beginilah keadaan jika ada anak. Hargailah anak selagi hayat dikandung badan dan selagi mereka masih kecil. Sekurang-kurangnya mereka faham bahawa kita ambil berat dan sayang pada mereka, walaupun mereka belum boleh berkata-kata. Sesungguhnya anak-anak, suami/isteri dan masa yang berkualiti bersama mereka itu lebih bermakna daripada wang ringgit.