Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Monday, April 01, 2024

Alhamdulillah, Aku Ada Blog Baru

Blog Baru.

Alhamdulillah, akhirnya. Aku dah buat keputusan untuk buat blog baru. Ya, blog baru, emel lain dan semuanya berbeza.

Semuanya demi nak teruskna kelangsungan hidup, aku kena buat sesuatu dekat blog aku. Memandangkan blog ni, aku dah tak boleh pasang Adsense, aku terpaksa buat blog baru.

Kejar trafik lah tu?

Anda boleh nilaikan saja sendiri bila tengok blog yang ada sekarang ni.

Tak saying ke blog lama?

Gila tak saying. Tapi, kau tak berniat nak tutup blog ni dulu. Blog bar utu macam nak buat cerpen, tapi tengok lah dulu macam mana. Setakat ni, kau cuba kejar mana yang boleh dulu. Yelah, dengan masa yang ada, aku tak boleh nak buat dua kerja dalam satu masa.

Blog aku pun banyak yang kau dah jadualkan supaya tak sunyi.

Bila nak masuk group Blogger?

Entah. Aku sangat takut tak boleh nak bagi komitmen.

Apapun, terima kasih yang masih sudi sokong blog aku yang ni. Jangan malu, jangan segan untuk follow blog baru aku tau.

Blog baruku ialah FANA HANA.

Jumpa lagi ^__^.

Sunday, February 18, 2024

Tukar Nama Blog

Assalamualaikum geng blogger semua.

Aduhai, hati ini.

Masuk tahun baru je, mulalah nak tukar itu ini. Orang lain masa raya nak tukar sofa, langsir, meja makan, aku pula nak tukar nama blog.

Sejujurnya, aku dah tak ingat berapa kali aku menukar nama blogku ini.

Mungkin bila anak-anak makin meningkat usia, aku sudah lebih banyak masa di blog, aku merasakan nama blog yang sekarang ini tidak lagi menangkap mataku, hahaha.

Suami aku pun pening nak melayan geng.

Yelah, masa aku mula-mula buat Youtube Channel (YC), aku pun tukar sekali nama blog aku, kalau tak silap aku masa tu namanya fanafightforthefutere.blogspot.com. Mengada kan aku ni. Tapi sekarang, nama YC aku sama juga dengan blog ni.

Kalau ikutkan hati aku, aku nak buat blog baru, tapi sekarang ni aku rasa blog ni lambat nak naik, sama je macam Youtube tu. Ramai sangat nak jadi Content Creator (CC) termasuklah aku, huhu. Nak buat macam mana kan?

Lagi satu, aku ni memang tak tetap pendirian haha.

Memang semua media sosial aku, aku selalu tukar nama. Kecuali FB nan satu iaitu Fana Hana. Aku pernah rahsiakan FB tu dari pengetahuan umum sebab aku banyak letak gambar anak dan suami dekat situ. Maka FB Cik Puan Farhanah aku buat untuk aktiviti bisnes aku.

Sama juga dengan blog ni. Dulu aku malu nak bertahu aku ada blog. Aku terlalu mengharapkan SEO Google, padahal aku pun tak buat post ikut SEO Google. Sekarang ni, aku tulis pun sebab aku perlukan terapi, ada orang baca dah kira bersyukur dah.

Sehubungan dengan itu, ha, kan dah keluar bahasa kerajaan aku haha. Anda semua diminta untuk bantu aku komen sama ada aku perlu atau tidak tukar nama blog, atau tukar tajuk je atau kekalkan je nama blog aku ni.

Walaupun aku sebenarnya dah ada jawapan, aku nak juga baca komen anda semua.

Semua komen anda aku hargai didahului dengan ucapan terima kasih dan semoga Allah merahmati kalian semua, Aamiin.

Wednesday, February 07, 2024

Wordless Wednesday 6/1000 : Pembaca ke 500,000

 Assalamualaikum sahabat blogger semuanya.

Aku masih menunggu pembaca blogku yang 500,000.
Adakah aku boleh capai sebelum Disember 2024 ini?

Adakah anda orang yang bertuah?

Saturday, April 01, 2023

12 Tahun

 Masih lagi segar dalam ingatan aku.


01.04.2011, Jumaat

Adik-adik praktikal di Pejabat lama aku yang mengajar untuk buat blog. Tempat untuk aku meluah rasa, membahagi masa dan menenangkan jiwa.

Ya.

Aku masih aktif di sini, walaupun tidak seperti dahulu.

Aku masih mahu berkongsi cerita, menggamit kenangan dan membelai jiwa di sini. Tempat untuk aku, variasikan karya hati. Walaupun, kadang-kadang hanya coretan sepi, hanya kata semangat diri, blog inilah di antara destinasi untuk aku menghibur hati.

Ya.

Aku tidak seperti dulu, banyak idea, banyak tenaga untuk menulis pelbagai cerita. Tapi, aku juga masih belum terlambat untuk kembali rancak dalam dunia penulisan blog. Doakan aku, supaya aku terus "bertenaga" untuk menulis kembali.

#CikPuanFarhanah

Monday, October 02, 2017

Rindu

Assalamualaikum.

Lama rasanya KakNa tak update blog ni sejak sebulan lepas. Yang draft pun tak publish lagi. Mood masih ke laut . Almaklumlah , masih nak sesuaikan diri dengan situasai anak tiga orang . Huhu .

Apapun , harap masih ada yang sudi baca blog KakNa , dan nantikan cerita - cerita best daripad KakNa ya !

Stay Humble , Be confident !

With Love,
KakNa.

Sunday, May 22, 2016

tak ada idea.

Assalamualaikum.

Korang sihat? Sebenarnya dah lama nak update blog ni, tapi serasa malas plak. Ntah. Idea x datang langsung. Kadang ada idea tak ada mood plak nak taip. Moody memanjang plak, macam orang mengandung. Huhu.

Banyak entri dekat draft tak terbuat. Semua tergantung macam tu je. In shaa Allah, lepas ni boleh lah update semula. Sebab pengurusan masa dah kembali stabil. 

Apapun, terima kasih bagi yang sentiasa sudi email saya tanya khabar. Macam artis plak. Huhuhu.. 

Oklah, nak rehat kejap. Nanti saya update balik. Okbai,

Thursday, July 16, 2015

Nak update apa ??

Hello !!

Banyak betul benda tak update .. 

konon .. masa tu nak update pasal my first delivery , tapi tak update gak .. 

lepas tu konon - konon nak update for second delivery , pun tak update jugak ! 

lama - lama nanti mesti luper .. huhu

kemudian , nak update pasal perkembangan baby .. pun sama gak..

pastu nak update pasal adik punya progress wedding la.. sama je tak update gak !

alahaaiii !!!

banyak update dekat facebook je !

tolong bagi semangat boleh tak ?? agaknye kalau update ada orang nak baca ker ?? huhu

dulu masa baby first asyik spam gambar baby sampai orang naik muntah .. 

now , second baby tak letak sangat orang tanya pula bila mengandung , bersalin ?? 

eh , ntah lah ..

BYE! ;p

Thursday, February 14, 2013

Yang Lama Jangan Dilupa

Assalamualaikum..

Sempena dengan hari lahir aku pada hari ini, aku akan buat beberapa perubahan dalam dunia blog aku..
ceh!! mcm serius je bunyi ek.. padahal biasa jer.. tapi korang nak tau gak kan?? *perasan* yelah, sejak balik dari cuti-cuti malaysia ni (aku akan update nanti), aku rasa macam x puas! apa yg x puas pun aku x tau.. tp yg penting aku rasa mcm nk ada something yg baru dlm hidup aku.. so, aku pike2, tapi xtau nk start dr mana, so, aku start lah dari dunia blog aku yg x seberapa nih.. hehe.. ok lah kan, berubah ke arah yg lebih baik dari takde apa2 perubahan, yer dak?? ok, jom aku share..

1. pagi2 aku dtg opis aku dh delete benda2 yg x patot kat blog aku ni.. aku rasa mcm semak.. yang tinggal ni pun masih semak lagi.. xtau mcm mana nak jadikan asal.. so, biar jelah.. :)
2. pas aku delete2 tu aku rasa macam happy gile vavi.. xtau nape, cuma rasa mcm benda yg bertaun aku nak buat, akhirnya aku dpt buat *mcm mana ayat ko ni chubby??*
3. aku dah mesej dak Intang suh buat blog baru tuk aku, dan aku dah email dia details sume.. (harap dia paham) apa yg aku nak.. haha..
4. aku rasa aku perlu, bukan perlu lagi, WAJIB kurus!!
5. blog Chubby Hanna ni, aku akan jadikan photoblog aku dan juga blogshop aku.. so, secara x langsung, blog ni masih wujud okey!!
6. nanti pas blog aku siap dibikin oleh dak Intan tuh, aku akan buat lagi satu entri eh utk korang.. *janji*
7. kalau korang ada pape masalah, idea ke apa yg nk di share tuh, korang boleh email aku amyhanna8187@gmail.com., atau bbm aku 2652107F, okey?? :)
8. kalau sudi, korang tolong lah komen entri ni eh.. :)
9. last but not least, aku xtau nak taip entri apa, jadi aku taip entri nih!

done!! 9 je.. sebab aku suka no. 9.. haha.. tu je yg aku terpikir skng nih.. sebab sejak berlaki bersuami ni aku rasa mcm masa tu mencemburui aku jer.. semua benda aku rasa mcm cepat jer.. masa mcm singggkkkaaattt sangat!! menci aw!!! so, aku harap, pas masuk usia baru ni, aku akan lebih matang dan tenang lah kenn.. hohoho.. 

dan semoga dengan kehadiran blog baru tu, buat aku semakin rajin utk berblog selepas ini, harapnyer lah! huhu.. dan semoga aku ada follower yg bukan hanya follow aku jer, tapi senyap.. lagi rela, xde follower.. mcm blog aku skng ni.. diorg dtg follow sendiri, tanpa paksaan.. :) yg penting tujuan kita berblog tu mesti bulat!! haha..

dan mungkin ada yg tanya napa aku x tukar je blog ni jadi lebih baik or cantik, jawapannya.. TAK NAK!! sebab.. TAK DE SEBAB.. lagipun, aku tengok, ok je URL aku tuh.. ada org lagi ngarut2 dari aku, tapi molek je.. xde plak diorg tukar.. kann?? 

oklah, aku nak p bli makanan.. nanti aku sambung update lagi eh? 

Assalamualaikum..

Nota Kepala : malam tadi, pertama kali dalam sejarah besday aku, aku tidur sebelum pukul 12.00 mlm.. fuhh!! punya lah gantok.. kesian sang suami xdpt jd org pertama wish besday kat aku.. :)


Friday, January 18, 2013

Murah Hati Derma Susu

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih lagi dapat menghirup udara segar yang dikurniakan Allah.. syukur lah kan.. hurm, arini aku ada sesuatu nak share korang pasal seseorang yg berhati mulia..
pagi tadi masa aku tgok MHI, aku dengar berita pasal ibu susuan, terus aku fokus kat TV3 tuh.. tup tup aku tgok orang yang baik hati n berhati mulia tu ada dlm bloglist aku.. org tu ialah Cute Mum.. macam x sangka je! sbb aku ni silent reader kat blog dia tuh! seyes.. sangat teruja.. terus terpike, kalau aku dah ada anak nanti, mampu tak aku nak buat macam tu.. apapun aku rasa syukur sangat niat murni dia tu dapat meringankan beban mereka yg memerlukan.. Ya Allah, ko permudahkanlah hidup kak Uyun.. dan FYI pagi2 sampai opis aku terus pergi Caltex utk dapatkan paper Metro untuk baca lanjut tentang kak Uyun.. seyes aku sangat teruja.. teruja untuk memiliki anak dan memberikan susu.. tapi, belum rezeki aku lagi.. xpelah, aku bersabar.. mungkin ada hikmah yg Allah nk bg kat aku.. mcm kak Uyun, mcm2 masalah dia hadapi kat opis dia taun lepas, skng Allah bg dia rahmat utk ada susu banyak dan dermakan pada yg memerlukan.. ALLAHUAKBAR!! tulah kuasa Allah yg kite tak tahu kan? ok, kalau korang nk tgok blog kak Uyun aka Cute Mum, korang search je mesti jumpa.. sebab kak Uyun ni kire blogger tegar jugak.. hehe.. apapun, kite doakan yg baik2 utk dia dan keluarga barunya.. jangan pula kite lupa doakan utk diri kita n org yg kita syg yer?? sama2 lah kite berusaha untuk jadi yg lebih baik di tahun 2013 ini..

Baju Biru : CUTE MUM

Nak tau lebih lanjut?? baca SINI korang pun boleh jengok blog dia kat SINI

Sumber gambar dari CUTE MUM

Nota Kepala : aku harap satu hari nanti aku akan dapat beri sumbangan kepada insan-insan yg memerlukan.. In Sha Allah :)