Maaf.
Pengajaran yang aku dapat hari ni, bila aku mintak maaf belum tentu orang akan maafkan aku.
Aku pun kadang susah nak maafkan orang. So, aku tak nak fikir.
Tak apalah.
Orang kata kalau sekali kita buat salah, semua yang baik kita pernah buat memang orang tak akan nampak.
Kita ni hidup sekejap je. Aku dah minta maaf, tapi kalau orang masih tak nak tegur, aku tak leh kata apa.
Maaf juga jika kerana aku buat orang lain menjadi manusia gagal.
Iya, aku sorang yang perlu berubah.
Sebab Aku manusia teruk.
Aku kan pendosa yang tak pernah lekang dari melakukan khilaf.
Mungkin lepas ni kau akan jumpa yang lebih baik daripada aku.
Aku tak simpan dalam hati. Sebab aku tak tahu entah esok lusa aku mati.
Aku cuma tahu, aku tak layak pun dipuji apatah lagi dipercayai.
Aku cuma pegang. Manusia tak akan pernah dapat memuaskan hati manusia yang lain.
Sebab?
Sebab hati kita ALLAH yang pegang.
Sekali lagi, maaf. Aku minta maaf. Aku bukan mintak simpati, aku cuma merendah diri.
Maafkan aku sekali lagi, kerana aku kau yang disakiti.
Pendosa.
06.04.2017
11.25malam
Khamis