Monday, February 21, 2022

Dunia Baru

Selamat datang dunia baru .....

Dunia di mana kau dan aku tak lagi seperti dulu. Dunia yang kau sendiri cipta dalam ruang waktu. Dunia yang kau rasa semua orang tak perlukan kau, semua orang tak memahami kau.

Selamat datang dunia baru .....
Sejak kau hadir dalam hidup kami, kami semakin jauh. Jauh kerana bimbang akan melukai hati kami sendiri. Bimbang kau tak mahu pergi dari hidup kami.

Aku manusia biasa.

Aku tidak mampu dan bersedia menerimamu.

Maafkan aku dunia baru .....