Assalamualaikum..
Yer, hari ini dah gaji bagi kakitangan kerajaan yang menunggu lebih 50hari. Syukur. Aku pun dah tolak apa yang patut. Emm, bukan apa, akhir-akhir ni aku dengar Malaysia akan bankrupt pada bulan September, sangat menakutkan!
Cita-cita menjadi Work At Home Mother (WAHM) pun terpaksa aku tangguh. Bukan tak percaya pada Janji Allah. Tapi, entahlah. Masih risau dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang. Aku pula punya anak dua orang yang mahu dibesarkan.
Namun begitu, kelihatan masih ada menteri-menteri yang seakan tidak kisah akan permasalahan raykat Marhaen seperti kami. Gaji yang diterima itu hanya sekadar menampung perbelanjaan harian dan ianya cukup-cukup sahaja. Kalau nak buat simpanan pun tak mencukupi. Kami akan berfikir beribu kali, malah berbillion kali untuk laburkan ke arah yang tidak penting.
Anak-anak minta mainan, dihantar ke tuisyen, makan KFC, Pizza, tetapi seorang ibu dan ayah tidak mampu untuk membelinya. Iyalah, kesan hampir 2bulan tiada gaji, sang ibu dan ayah mungkin telah bergolok gadai barang kemas mereka atau barang kesayangan mereka demi kelangsungan hidup.
Kos sara hidup terlalu tinggi di Malaysia. Bagaimana kami ingin berjuang??
Ya Allah .. Bantulah kami ..