Tuesday, August 25, 2015

Dah Gaji , tapi ..

Assalamualaikum..

Yer, hari ini dah gaji bagi kakitangan kerajaan yang menunggu lebih 50hari. Syukur. Aku pun dah tolak apa yang patut. Emm, bukan apa, akhir-akhir ni aku dengar Malaysia akan bankrupt pada bulan September, sangat menakutkan!
Cita-cita menjadi Work At Home Mother (WAHM) pun terpaksa aku tangguh. Bukan tak percaya pada Janji Allah. Tapi, entahlah. Masih risau dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang. Aku pula punya anak dua orang yang mahu dibesarkan.

Namun begitu, kelihatan masih ada menteri-menteri yang seakan tidak kisah akan permasalahan raykat Marhaen seperti kami. Gaji yang diterima itu hanya sekadar menampung perbelanjaan harian dan ianya cukup-cukup sahaja. Kalau nak buat simpanan pun tak mencukupi. Kami akan berfikir beribu kali, malah berbillion kali untuk laburkan ke arah yang tidak penting. 

Anak-anak minta mainan, dihantar ke tuisyen, makan KFC, Pizza, tetapi seorang ibu dan ayah tidak mampu untuk membelinya. Iyalah, kesan hampir 2bulan tiada gaji, sang ibu dan ayah mungkin telah bergolok gadai barang kemas mereka atau barang kesayangan mereka demi kelangsungan hidup. 

Kos sara hidup terlalu tinggi di Malaysia. Bagaimana kami ingin berjuang??
 Ya Allah .. Bantulah kami ..

7 comments:

  1. Jika difikirkan, lagi sesak kepala.. Semoga Allah pelihara negara Malaysia..

    ReplyDelete
  2. Aaminn.. tulah.. risau sangat, macam mana nasib kita semua.. emm..

    ReplyDelete
  3. Assalam... salam kenal... terima kasih sudi ke blog akak.... akak follow yer... sudi2 kan lah lg ke blog akak ye....

    dapat gaji bayar yg penting2 dulu....hahaa...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih akk, saya mmg letak kak kat bloglist saya, suka baca kisah kakak

    ReplyDelete
  5. saya rasa elok akak ni jadi menteri, perjuangkan nasib rakyat

    ReplyDelete
  6. tak perlu kot sampai jadi menteri..

    ReplyDelete
  7. kita doakan semuanya kana baik2 sje

    ReplyDelete