Wednesday, October 21, 2015

6 Bulan Sudah!

Alhamdulillah, Amyrul Akhmal kini sudah 6 bulan kalau dikira pada bulan Islam iaitu 8 Muharam 1437H (Akhmal lahir pada 27.04.2015)

Seriusnya dia!

Alhamdulillah! 
Membesar dengan susu ibu (walaupun tak eksklusif), sihat dan gembira. 
Syukur ya Allah! Akhmal dah pandai meniarap, ke depan, ke kiri, ke kanan, ke belakang, bergolek-golek dan yang paling penting bila bergolek 360pusingannya.. Hehe.. Hero CH yang sorang ni, muka dia memang serius 24jam. Ntahlah, masa mengandung dulu mungkin banyak diam lah, so adik tak berapa peramah macam abang dia. Tak mengapalah, janji ummi sayang adik tau. Adik jadi anak yang soleh yer!