Sunday, December 31, 2017
The Worst Regret
Monday, June 26, 2017
Selfie dan Wefie Raya KakNa and Kids
Mr. Clerk ?
Huhu .
Sunday, June 25, 2017
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H , Maaf Zahir & Batin
Friday, June 23, 2017
Dah balik kampung ke?
Dah balik kampung ke ?
KakNa tak balik lagi .
Dah hampir 5 tahun kahwin , belum pernah merasa balik kampung sebelum raya .
Kenapa ?
Huhu .
Jangan lah tanya yer .
Jawapannya , KakNa hanya mampu tersenyum je .
Apapun , kepada sesiapa yang tengah memandu tu , hati - hati ya !
Jangan laju - laju bawa kereta tu tau !
Sayang korang . :)
Friday, June 16, 2017
Butang Baju Raya
Thursday, June 15, 2017
Shopping baju raya anak -anak di Plaza Angsana
Sekarang diorang dah tak nak ikut sebab penat , kebetulan FIL kata tak nak terlepas tarawih , maka kami pergilah berempat sahaja . Memang mencabar bila shopping bersama anak - anak dalam keadaan orang ramai pulak tu . Beristighfar sahajalah KakNa dengan suami . Sungguh , serik nak bawak diorang lagi , bukan apa , si adik ni jenis tak takut orang , si abang tu okaylah lagi , boleh ajak berbincang .
Sabar jelah .
Hasil tangkapan
Dipendekkan cerita , pilih punya pilih , akhirnya KakNa pilih dua helai baju sedondon dan seluar jeans pendek untuk dua hero ni . Mr. Clerk kata , anak - anak tak sesuai pakai selaur panjang , lagipun rimas , so yang terbaik beli seluar pendek . Harga ? Aduii , naik juling mata KakNa tengok harga seluar diorang tau .
Mujurlah baju KakNa dah beli masa Padini buat sales bulan April haritu . Cumanya , untuk si Akhmal tu , KakNa memang niat nak beli lagi sehelai dua . Yelah , si Akhmal ni badannya halus, tak boleh pakai baju saiz 1 - 2 tahun , walhal dia dah 2 tahun . Akhmal kena pakai baju saiz 18 - 24 bulan untuk bagi dia nampak kemas dan kacak . Wah , kacak gitu ! Yelah , Mr. Clark tu kan jenis bergaya , lain lah KakNa ni , dah macam mak lampir je .
Alhamdulillah , dah selesai beli baju anak - anak cuma kalau ada lebih nak lah jugak topup untuk diorang . Tengoklah macam mana nanti . Tapi , barang sekarang semua mahal , beli 2 helai baju dan seluar pun dah RM 150.50 , haisshh .. Dugaan , tak apalah , in shaa Allah , ada rezeki untuk anak - anak juga .
Tak sangka plak beli dua barang je pun dapat sampul duit raya , hehe . Syukur , Alhamdulillah , jimat tak payah beli sampul duit raya . Tapi , duit raya tu kenalah beri jugak kan ? Tak kan nak bagi sampul kosong pada orang yang datang beraya kan ? Hehehe . Tak best lah plak . Apapun , memberi mengikut kemampuan , asalkan ikhlas . In shaa ALLAH , kemeriahan dan keberkatan Ramadhan dan Syawal akan dirasai .
Cantik tak sampul raya ni ?
Okaylah , lain kali KakNa sambung lagi ya ! Terima kasih sebab sudi baca :)
Monday, June 12, 2017
17 Ramadhan 1438H
Friday, May 26, 2017
Jumaat Terakhir Syaaban 1438H
Esok dah puasa , so hari ni siapa ynag nak beramal ke nak bersedeka ke dah boleh sangat dah . Tak kan nak tunggu puasa baru nak bersedekah kan ? Hehe . Apapun , happy holidays to you all !
Keep in touch ya ! Thanks sebab baca blog KakNa ni .
Wednesday, May 24, 2017
Wordless Wednesday #15 : 2 hari lagi
Hai korang .
Lagi 2 hari je nak puasa Ramadhan .
Dah standby barang - barang nak buat sahur dan juadah berbuka ?
KakNa belum lagi .
Apapun , selamat menjalani ibadah puasa yer semua .
In shaa Allah , jika diberi kesempatan KakNa akan update menu masakan atau resipi sepanjang Ramadhan nanti .
Itupun kalau masak lah yer . Hehe .
Okaylah , KakNa nak shopping barang - barang dapur lah .
Jumpa lagi .
Monday, January 23, 2017
Janji 2017
Saturday, January 14, 2017
14.01.2017
Assalamualaikum.
Lagi sebulan KakNa nak masuk ke usia 30tahun.
Menyesal? Tak.
Syukur diberi peluang hidup dan masih sentiasa perbaiki diri.
Masih cantik?
Cukuplah anak-anak yang selalu puji ummi dia cantik.
Pujian tu lebih ikhlas.
Alhamdulillah, masih mampu bersyukur dan tersenyum.
Sebab, setiap orang diduga dengan masalah dan dugaan yang berbeza.
KakNa cuba bertahan kerana Allah.
Benarlah orang kata, bertahan kerana manusia, maka meranalah jiwa.
So, hari ini. Masa yang kita ada, lihat diri semula dan orang di sekeliling kita yang kita masih ada.
Peluk erat mereka.
Jangan biarkan hati mereka jauh.
Jangan biarkan jiwa mereka kosong.
Kerana mungkin jika mereka telah jauh dan kosong, kehadiran kita hanya sekadar sebagai peneman bicara.
Anak, suami atau isteri.
Mak atau ayah.
Doa mereka yang kita perlu.
Bukan mereka yang tiada waktu kita perlu.
#KakNaBebel
http://kaknajourney.blogspot.my
Sunday, January 01, 2017
Selamat Tahun Baru 2017
KakNa ucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua yang sudi singgah baca blog picisan KakNa INI . Semoga tahun baru ini memberi 1001 makna dan kebahagiaan kepada kita semua . Semoga semua impian kita akan dapat dicapai dengan cemerlang . In shaa Allah . Teruskan menyokong KakNa dan in shaa Allah , KakNa pun akan cuba terus menyokong anda semua .
Salam Sayang ! ^_^
