Showing posts with label KisahAkuDanKeluargaKu. Show all posts
Showing posts with label KisahAkuDanKeluargaKu. Show all posts

Friday, January 19, 2024

Happy Birthday Abah | 18 Januari 2024

 Selamat Hari Lahir Abah.



Sebelum balik kampung, aku tunggu anak sulung aku habis Peperiksaan Akhir Sekolah Agama dahulu. Hari Khamis di Johor kan Penjawat Awam dapat balik awal, maka terpaksalah tunggu si abang ni, hehe.

Sebenarnya, aku belum gaji, tapi aku memang sudah berjanji dengan diri sendiri yang aku akan tetap balik di Hari Lahir abah, hatta aku cuma tinggal RM10.00 sahaja. Memandangkan aku bukan anak keayangan abah, aku tanpa gagal akan buat apa sahaja supaya abah tahu kewujudan aku.

Aku mahu selalu di sisi abah, walaupun aku tahu abah mungkin tak perlukan aku di sisi dia ^__^.

Bila aku tanya abah nak makan di mana, abah kata ikut je naik Hilux dia. Sampai je kedai makan, rupanya abah bawa kami ke kedai makan bersebelah dengan
Pasaraya Maslee, Jalan Parit Mesjid, Pontian, Johor.

 

Abah pesan Kuetiau Kungfu, aku pesan Nasi Ayam dan Crispy Chicken Chop. Macam biasalah anak-anak aku bila makanan dah sampai tak sempat nak tunggu untuk aku ambil gambar.


Aku tinggalkan anak aku nombor dua dan suami aku sebab suami aku nak bawa mak mentua aku pergi ke pasar Hari Jumaat tu. Lihatlah wajah tua abah. Ego lelaki masih bersisa di wajah.


Balik je rumah, abah paksa aku minum Madu Tualang sebab tekak aku masih gatal, dan batuk aku teruk sangat. Aku ni kalau demam memang batuk tu lama dan teruk. Alhamdulillah, rupanya abah sayang aku ni, hehe. Anak kandung kan? Okaylah, ini sajalah cerita sambutan Hari Lahir Abah, InsyaaAllah, tahun 2025 akan lebih baik lagi, Aamiin. Jumpa lagi post akan datang.

Tuesday, November 29, 2022

Alhamdulillah, akhirnya..


Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.


Setelah pelbagai episod bergaduh, baik, suka, duka, airmata, gembira, bahagia, terluka, berdarah dan lain-lain, akhirnya.


Alhamdulillah, akhirnya berpindah juga ke rumah sendiri. Syukur sangat. Walaupun rumah 2 bilik, tapi tetap bersyukur. Target 16 tahun lepas, baru Allah izinkan untuk miliki rumah sendiri 😭.


Buat yang bertanya kenapa asyik pindah randah?

Jawapannya : Aku merancang, aku berusaha, namun selebihnya, Allah punya kuasa ✌🏻.


Rezeki masing-masing. Tolong. Tolong sangat. Jangan pertikaikan.


Titik.


Semua Allah yang susun. Aku cuba sedaya upaya untuk jalani semuanya dengan baik, terbaik.


Doakan aku terus tabah jalani liku-liku kehidupan ini. Semoga kebaikan berbalik kepada kamu semua yang mendoakan aku dan keluarga.


#CikPuanFarhana #FaramyMovingOut

Thursday, March 29, 2018

Runsing

Assalamaualaikum w.b.t

Sejak akhir - akhir ni , Arsyad balik Taska bagitahu yang dia tak nak pergi Taska . Cikgu asek marah dia , alahai .

Aku ni jadi runsing dok fikir apalah yang dia hadap sampai asyik cakap sekolah ( Taska ) tu tak best . Bila aku tanya si adiknya , okay je . 

Akhir - akhir ni aku memang rasa nak cuti tanpa gaji sebab nak jaga anak - anak , serius aku memang rasa loser bila something buruk berlaku pada anak - anak .

Anak - anak pula , walaupun sikap dan sifat diorang menguji kesabaran , tapi aku sebagai Umi , kenalah kuat . Kena relax dan bertenang .

Orang luar yang hanya tahu membebel tak akan pernah tahu apa yang aku alami . Sebab pengalaman kita semua tak akan sama .

Aku yang ada anak 3 orang ni pun banyak benda lagi masih belajar .

Aku tak kata aku bagus , tapi aku juga tak boleh nak terima semua pendapat dalam satu masa yang sama . Otak aku boleh jadi block ! 

Korang boleh je nak nasihatkan aku , tapi untuk nasihat + downkan perasaan aku , baik tak payah . 

Serius .

Sebab end up aku jugak yang akan handle semua situasi ni sendiri . Bukan dia , bukan kau bukan mereka .

Korang nak salahkan aku tak alert tentang anak - anak , tapi pada aku , ramai je orang lain yang tak alert dengan anak masing - masing . Ada je orang yang dah bagi sepenuh perhatian pada anak - anak diorang tapi masih lagi kena sakit , jatuh , luka dan sebagainya .

Sebab mereka adalah anak - anak kita .

Mereka perlukan kita bukan orang lain .

Sama macam apa yang aku tengah runsing sekarang ni . Orang lain tak akan faham apa motif aku nak kena cuti tanpa gaji semata - mata nak jaga anak ?

Ini bukan sebab tak percaya pada orang lain , tapi sebab aku nak masa bersama - sama anak aku lebih banyak . Aku tak akan dapat ulang masa ni . Percayalah , korang pun sama jugak . Korang tak akan dapat ulang masa kecil anak - anak korang , so stop blaming others !

Kerunsingan aku ni buat aku jadi susah tidur malam , tapi orang tak tahu sebab apa yang orang nampak pukul 9 malam je aku dah tidur . Padahal pukul 1-4 pagi aku mesti terjaga . Bukan sebab Amsyar nak menyusu je , tapi sebab aku tak boleh tidur !

Asal aku terjaga otak aku ligat berfikir apa akan jadi pagi ini dan seterusnya .

Aku harap mulai esok , aku berhenti untuk berfikir menjaga hati orang lain , sedangkan hati anak - anak aku lebih utama .

Buat orang yang menjadi asbab kerunsingan aku , aku harap itulah kali terakhir ya .

Untuk yang sudi baca blog aku sampai sekarang ni , terima kasih .

Mungkin boleh tinggalkan komen yang positif ya .

Terima kasih dan jumpa lagi di poat yang lain . :)

Tuesday, March 27, 2018

Anak Sakit

Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya dah lama nak kongsi rasa .

Sejak Januari 2018 ni anak - anak kerap jatuh sakit , tapi Alhamdulillah tak mudarat dan melarat teruk sangat . 

Iya . Tahu , sakit itu penghapus dosa , tapi anak - anak masih kecil . Mana ada dosa . Dosa mak dan bapanya yang Allah minta untuk sedar itu .

Mungkin juga sebab anak - anak masih baru nak sesuaikan diri dengan persekitaran baru mereka . Iyalah , sebelum ini , duduk rumah Pengasuh kan . Tapi, KakNa tak ada niat nak salahkan Taska pun , tapi lebih nak kongsi apa yang KakNa rasa .

Sejak anak - anak tak sihat ni , Alhamdulillah rezeki mencurah - curah daripada pelbagai sudut , tanpa sedar ! Bukan maksud KakNa suka anak - anak sakit , tapi KakNa nak maksudkan yang Allah itu uji KakNa selaras dengan kemampuan KakNa .

Cumanya, bila anak - anak demam , kami ikhlas jaga anak - anak , Allah bagi rezeki lain untuk rawat hati kami pula . Alhamdulillah . 

Sakit yang KakNa maksudkan ni bukanlah teruk , tapi bagi orang yang bekerja macam KakNa ni takot orang tak faham kalau asek cuti :(

Demam , selesema dan batuk .

Tiap bulan mesti singgah kat anak - anak . 

Yang terbaru , adik kena Campak Keladi @ Rashes ( x sempat cerita lagi dalam blog ) .

Semalam , si abang Arsyad pulak kena cirit - birit . Kesian dia melepek , mujur juga dia tak merengek , cuma sempat dia cakap " Umi , Arsyad bareng sebelah Umi ye , Arsyad sakit perut . Ada rama - rama dalam perut Arsyad " 

:'(

Anak yang semakin membesar . Mereka ni semua hanya mahukan perhatian KakNa . Duit semua tak boleh bahagiakan diorang , tapi kasih sayang KakNa buat diorang tahu KakNa ada setiap masa dengan diorang .  

Tiba - tiba , KakNa teringat peristiwa Akhmal masuk Hospital dulu ( tak pernah post kat blog atau FB lagi ) . Arsyad lah peneman KakNa . 

Harapan KakNa , anak - anak tak ada yang masuk Hospital lagi sebab sakit . Sebab KakNa takot tak dapat teman diorang , keadaan sekarang tak macam dulu .

Ibu bapa sekalian , bila anak sakit , jangan lah serahkan sepenuhnya kepada pasangan masing - masing . Bekerjasama lah , bantu pasangan masing - masing dan yang paling penting , jangan marahkan anak - anak itu .

Ingat , pasangan dan anak - anak kita adalah jambatan rezeki kita dan boleh juga menjadi penjamin di syurga nanti .

Hargai mereka selagi mereka ada .

Untuk ibu bapa yang sering keluar masuk klinik dan Hospital sebab anak - anak , ketahuilah bahawasanya masa dan duit yang dikorbankan itu , mungkin juga cara Allah nak tunjukkan sesuatu pada kita . 

Jangan mengeluh ! Syukur sebab kita diberi rasa ini .

Untuk diri sendiri , KakNa harap anak - anak semua lekas - lekas sembuh dan Umi sayangkan korang ! 

In shaa Allah nanti duit tabung Umi dah cukup kita pergi Legoland ye sayang . 

Doakan kami kuat ya ! Aaminn .

Monday, February 27, 2017

Mak


Mak.
Uda rindu mak. Rindu sangat. Tak ada orang nak bebel bagi nasihat dekat uda.
Tak ada orang nak doakan uda mak. 

Mak.
Uda dah 2kali pantang mak tak ada. Orang kata uda tak sempurna mak. Doktor belah perut uda. Sakit mak.
Tapi tak sesakit rindu uda pada mak. 

Mak.
Mak kata uda kuat. Tapi kenapa uda asyik nangis mak? Kenapa?

Mak.
Muka uda tak macam mak pun. Tapi uda anak mak kan?
Orang cakap anak-anak uda pun tak ada muka uda. Tapi diorang anak uda kan mak?

Mak.
Dulu tiap malam mak cium uda sebelum tido kan mak. Sekarang anak-anak uda je cium uda mak. Uda nak cium mak.

Mak.
Mak mesti nak jumpa menantu dan cucu-cucu mak kan?

Mak.
Mak tahu tak?
Uda cemburu dengan orang lain mak.
Mak diorang masakkan diorang makanan kegemaran diorang.
Bila ngidam mak diorang masak mak.
Uda nak makan kari mak.
Uda nak makan tomyam mak.

Mak.
Malam ni datang dalam mimpi uda yer. 
Uda rindu nak peluk mak.
Tak ada orang nak peluk uda mak.

Tunggu uda kat syurga yer mak. 😢

27.02.2017
Isnin
11.18malam

Monday, January 18, 2016

Abah

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Abah!

Uda sayang abah!

58 tahun
18.01.1958~18.01.2016




biar aku simpan semua duka, asal kau bahagia abah!

Monday, December 14, 2015

Kau Tahu Apa? - Part 1

Kau tahu apa aku rasa?

Saat aku melihat anak aku sedang lapar, dan hanya sebungkus roti RM1 yang tinggal?
Dia ambil dan hulur kepada aku supaya aku membukanya. 

Kau tahu apa aku buat?
Buka.

Si anak melompat riang, bertepuk tangan dan menarik tangan aku untuk dicium tanda terima kasih. Kata-kata belum bisa ditutur. Ucapan sayang belum bisa diatur.
Airmata aku tahan. Sungguh roti itu bukan air tangan aku, dia makan sambil tersenyum riang.


Kau tahu apa aku fikir?
Sayu. Syahdu.

Bagaimana orang yang lebih susah daripada aku mahu berkongsi sebungkus roti dengan anak yang mungkin 5 atau 8 orang? Bagaimana? Allahuakbar!

Aku diam. Syukur. Itu yang mampu aku ucap.

Kau tahu apa aku rasa?
Bila malam berlabuh, hanya kami bertiga baring di atas katil. Kadang aku ditengah, kadang aku di kiri dan kadang aku di kanan. Tapi hari itu, dia mahu baring di sisi adiknya saja. Adiknya pula seolah mengerti. Tidak merengek, tidak menangis malah tidak juga mahu menyusu.

Pelik.

Hari itu, susu yang aku kirim ke rumah asuhan tidak seperti selalu. Namun aku berdoa susu aku sentiasa cukup baginya dan beri kekenyangan berpanjangan. 

Alhamdulillah. Allah memakbulkan doaku. Si ummi yang susunya pam pagi untuk petang, pam petang untuk pagi.


Kau tahu apa aku buat?
Biarkan sahaja mereka. Si adik yang tidak tahu mengapa si abang ketawa, si abang masih cuba menghiburkan si adik tanpa putus asa.

Kau tahu apa aku fikir?
Sayu lagi. Syahdu lagi.

Saat itu aku rindu adik aku. Rindu sangat. Rindu untuk peluk dia. Rindu untuk "ejek" dia, rindu untuk cubit dia. Dan yang paling aku rindu, rindu sangat nak jumpa dia. 
Moga panjang umur kami untuk sentiasa bersama. 

In shaa Allah.




P/S : Entri ini entri lama. Entah apa aku fikir masa tu, aku pun tak tahu.




Thursday, October 15, 2015

Rindu vs Perpisahan

Bila kadang kita kena "berpisah" dengan orang yang kita sayang, baru kita sedar betapa pemtingnya orang itu. Dan ketika itu kita hanya mampu memandang foto-foto wajah mereka dengan penuh harapan kerinduan itu akan terungkai. Begitulah yang selalunya terjadi. Apa yang kita boleh buat, berdoa agar perpisahan ini tidak lama.

Sunday, October 04, 2015

17 tahun dalam kenangan


04.10.1998 (Ahad) ~ 04.10.2015 (Ahad)

17 tahun dulu aku kehilangan dia ketika aku di tahun lima. Tidak mengerti apa-apa.  Tidak mahu mengerti, mengapa Allah ambil dia. Tidak mahu menerima semuanya. Hampir hilang akal warasku. Hampir luluh semua harapan aku. Hampir rebah semua impian aku.

Sakitnya seketika.
Belum sempat aku jaga.
Belum sempat aku belai.
Belum sempat ku pohon ampun.

Dia.
Kau belum rasai kehilangannya.
Hilang yang tak akan kembali.
Hilang yang tak akan berganti.
Hilang yang tak akan dinanti.

Aku.
Berdiri, berjalan dan terus berlari.
Memegang kata-katanya.
Memegang amanatnya.
Memegang pesanannya.

Katanya,
Aku anak yang bijak
Aku anak yang baik
Aku anak yang solehah
Aku anak yang cemerlang
Aku bisa berdikari 
Aku bisa berbakti
Aku bisa kuat hadapi hal duniawi

Aku rindu.

Rindu sangat.

Rindu pada pelukkannya.
Rindu pada senyumannya
Rindu pada kata-kata semangatnya.
Rindu pada hangat sentuhannya.
Rindu pada masakannya.

Kari peha ayam.

Sungguh. Itu yang paling lazat.
Sungguh. Aku sudah tak mahu peha.
Sungguh. Peha mengingatkan aku pada dia.
Sungguh. Aku rindu dia.

R.I.N.D.U

Dia tahu aku merindukannya. 
Sebab itu dia hadir dalam mimpiku. 
Dia hadir bawa semangat buat aku. 
Dia hadir hanya dengan senyuman manisnya. 
Memandangku dari jauh. 
Memandangku dengan penuh kasih sayang. Allah!

Al-fatihah buat Almarhumah bondaku Nor Aini Binti Sahat. ;'(