Sunday, October 04, 2015

17 tahun dalam kenangan


04.10.1998 (Ahad) ~ 04.10.2015 (Ahad)

17 tahun dulu aku kehilangan dia ketika aku di tahun lima. Tidak mengerti apa-apa.  Tidak mahu mengerti, mengapa Allah ambil dia. Tidak mahu menerima semuanya. Hampir hilang akal warasku. Hampir luluh semua harapan aku. Hampir rebah semua impian aku.

Sakitnya seketika.
Belum sempat aku jaga.
Belum sempat aku belai.
Belum sempat ku pohon ampun.

Dia.
Kau belum rasai kehilangannya.
Hilang yang tak akan kembali.
Hilang yang tak akan berganti.
Hilang yang tak akan dinanti.

Aku.
Berdiri, berjalan dan terus berlari.
Memegang kata-katanya.
Memegang amanatnya.
Memegang pesanannya.

Katanya,
Aku anak yang bijak
Aku anak yang baik
Aku anak yang solehah
Aku anak yang cemerlang
Aku bisa berdikari 
Aku bisa berbakti
Aku bisa kuat hadapi hal duniawi

Aku rindu.

Rindu sangat.

Rindu pada pelukkannya.
Rindu pada senyumannya
Rindu pada kata-kata semangatnya.
Rindu pada hangat sentuhannya.
Rindu pada masakannya.

Kari peha ayam.

Sungguh. Itu yang paling lazat.
Sungguh. Aku sudah tak mahu peha.
Sungguh. Peha mengingatkan aku pada dia.
Sungguh. Aku rindu dia.

R.I.N.D.U

Dia tahu aku merindukannya. 
Sebab itu dia hadir dalam mimpiku. 
Dia hadir bawa semangat buat aku. 
Dia hadir hanya dengan senyuman manisnya. 
Memandangku dari jauh. 
Memandangku dengan penuh kasih sayang. Allah!

Al-fatihah buat Almarhumah bondaku Nor Aini Binti Sahat. ;'(


No comments:

Post a Comment