Showing posts with label AmyrulAkhmal. Show all posts
Showing posts with label AmyrulAkhmal. Show all posts

Tuesday, September 12, 2023

Sukantara SK Anak-Anakku

 Assalamualaikum sahabat.

Alhamdulillah.

Hari ini adalah hari Sukantara bagi Sekolah Kebangsaan anak-anakku.

Alhamdulillah, anak-anak aku dapat masuk acara Lompat Tinggi, Lompat Jauh dan Larian 100m. Tak sabar nak tengok mereka beraksi pada Hari Sukan sebenar pada 24 September 2023.

Tunggu aku kemaskini ya sahabat.

Wednesday, July 18, 2018

18072018


#Day18072018


Harini.

Pukul 5.45 pagi, diorang bangun mintak makan. Alhamdulillah.


Semalam balik kerja penat sangat sampaikan menangis. 


Kerja banyak ke?


Tak lah. Kerja tak banyak. Sebenarnya ada benda yang menganggu fikiran aku sejak plan #JourneyWAHM dirangka.


Antara cinta dan kerjaya.


Suami suruh? Eh, memang taklah. 


Tapi ......


Suami tak "izinkan" pun. Suami cakap kalau boleh bertahan , bertahan lah.


Ini bukan isu bertahan ke apa. Tapi sebab memang dah lama nak berhenti kerja dan kerja dari rumah.


Sebab?


Sebab nak jaga anak2 , nak jaga tumahtangga . 


Itu je sebab yang aku leh kongsi dekat orang .


Sebab lain?


Tak payah nak bawang sangat lah . Sebab pada aku hak membuat keputusan adalah diri aku sendiri , yelah akhirnya nanti aku yang tanggung risiko tu sendiri jugak .


Anak-anak ? 


Buat masa ni, aku xde plan nak jaga kat rumah sebab aku nak sekolahkan anak-anak aku . Kecuali si baby . 


Iya , baby je . Sebab baby masih menyusu badan .


Eh , kenapa aku nak share dengan korang plan aku ? Hahahahaha .


Cukuplah aku bagitahu aku ada plan untuk WAHM .


Bila ? Bagaimana ?


Aku berserah pada Allah . Moga Allah beri aku jalan yang dipermudahkan dan baik-baik semuanya .


Aaminn Ya Mujib .


😘


#KakNaJourney #AmyrulSiblings 

Tuesday, June 05, 2018

#throwback

#throwback


Kalau difikirkan, budak2 ni hari2 gaduh tapi tiap malam dia berpeluk time tidur.




Aku?


Biasanya bukan jd pendamai. Babah dia lah. Aku nak tengok macam mana seorang lelaki memimpin anak2nya yang suka bergurau kasar tu.


Anak lelaki. Kena lah kuat kan?


Aku memang umi yang garang dan agak tegas.


Tapi, anak2 faham. 


Sebab aku adalah umi.


Seorang emak, walaupun duitnya banyak. Akhirnya pergi ke suami dan anak2 juga.


Tanpa sedar.


Tak semua yang indah perlu dikhabar. 

Tak semua yang duka perlu dicerita.

Biarlah Allah sahaja Maha Mendengar.

Biarlah Allah sahaja menjadi penghukumnya.


Kau aku, tetap PENDOSA.


#FarAmyFamily

#KakNaKids

Saturday, June 02, 2018

Anak Yang Paling .....


Baik budak ni, walau aku marah. Dia tetap peneman aku no 1. Kuasa susu ibu, setakat nk dia paling lama. Paling struggle. Paling stress dan paling buat aku rasa down. Tp dalam pada byk paling hidup dengan dia ni, aku tak pernah rasa nak berhenti susukan dia. Apa yang dia buat sekarang adalah disebabkan emosi aku semasa menyusukan dia dulu. Jadi, maafkan dia. Dia tak salah. Aku yang salah. Allah beri dia dlm hidup aku untuk menguji aku. Sesungguhnya aku bersyukur, ujian itu aku masih mampu buat aku tersenyum 😢

#amyrulakhmal15 #kaknapreciousmoments 

Friday, April 27, 2018

Amyrul Akhmal Turns 3! 😘

#Day27April2018
#Pic1

Happy birthday #AmyrulAkhmal15 😘

Tengah syiok Umi layan Youtube sebab tak boleh tido, dia bangon "mengerang" as usual.

Umi cakap "Happy birthday to you sayang and he smile!" Faham lettew! 🙄

Actually, every year dia memang akan bangon pada waktu yang sama pada hari kelahiran dia.

Alhamdulillah, Anak yang paling menguji iman dan paling banyak bawak rezeki makanan sejak dari dalam perut lagi.

Pencapaian yang terbaik, sejak semalam dah pandai baca doa makan. 
Good job sayang. 😘

Umi sayang kamu dan semoga kamu sentiasa di dalam lindungan Allah dan para malaikat.

Lebih2 nti umi cerita dekat blog lah ya! 😅

Amyrul Akhmal Bin Azmi
27.04.2015 (Khamis) ~ 27.04.2018 (Jumaat)
12.20pagi
HSI ~ Larkin

#AmyrulAkhmalTurns3
#AmyrulAkhmalManjaBoy
#AkhmalKesayanganBabah #BabahMudahCairDenganAkhmal #AkhmalSukaPelukDanDipeluk #AkhmalAnakYangBaik #AkhmalMintakHadiahBajuSeluarDanStokin #AkhmalTakNakSambutBirthdayDekatTaska #KitaTengokkanJelah #DoakanAkhmalTakKuatNagisLagiYa 🙏🏻
#jdtblogger

Monday, June 12, 2017

Bukan senang 😔


 

Bukan senang nak besarkan anak.

Nak larikan dia daripada gajet? 

Kau kena tahan diri dan biarkan dia sepahkan rumah.
Kau kena tahan diri dan biarkan dia buat bising.
Kau kena tahan diri dan biarkan dia bereksperimentasi.
Kau kena tahan diri dan belikan dia mainan yang menguji minda.

Finally.
Kau kena tahan diri sebab kau mungkin tak tahan untuk hari esok.

Kau cubalah, anak kau lagi bijak daripada kau.

Anak kau tak jumpa pasir dan parit.
Anak kau tak jumpa pokok manggis dan duku.
Anak kau tak jumpa "belon acah"
Anak kau tak jumpa "tok bomoh" ubatkan pesakit dengan daun bunga raya.

Tak ada KakNa.

Yang ada cuma kau je.
Yang ada cuma kekuatan kau.
Yang ada cuma keinginan kau nak diorang belajar.
Yang ada cuma harapan kau diorang lupakan gajet.
Yang ada cuma kuasa doa kau.

Tu je yang kau ada.

#kbba9 #MyKids #AmyrulAkhmal15 #KakNaKids #KakNaPreciousMoments 

Thursday, April 27, 2017

Amyrul Akhmal Turns 2 ( 28.04.2015 - 28.04.2017 )


Happy Birthday To You Sayang !

Sekejap je rasa kamu dah dua tahun :'(

Hari ni , Ummi tunaikan permintaan kamu untuk beli sebuah basikal ,
 kongsi dengan abang yer sayang . 
Nanti tahun depan beli lagi satu pulak . 
Tahun ni , kamu pulak jadi abang , so , kamu tak leh manja lelebih macam sekarang tau ! 
Kamu lah anak yang buat Ummi kuat hadapai semua dugaan ni sayang .
Ummi sayang kamu tau !

Jangan nakal - nakal yer !


muka pasrah suruh amek gambar

 
paling eksaited

 
manja !

  
alahai , gemuknya Ummi :'(

Tahun ni sambut birthday kat Umah TokMak , macam biasalah . Sebab babah bawak kita pergi sini , in shaa Allah , tahun depan duduk taska kita sambut dengan kawan - kawan yer sayang . Tak ada majlis besar tapi cukuplah sebiji kek sebagai penghargaan , agar kamu tahu bahawa Ummi dan Babah tak pernah lupakan kamu tau !

Masih terbayang saat melahirkan kamu di Hospital sayang . Apapun , Ummi tahu kamu anak yang soleh dan membawa rezeki buat Ummi dan Babah . Semoga Allah sentiasa lindungi diri kamu dan merahmati kehidupan kamu .

Dua tahun dengan kamu mengajara Ummi erti kesabaran dan pengorbanan . Semoga kamu mampu balas pengorbanan Ummi bila besar nanti .

In shaa Allah .


Tuesday, March 28, 2017

Adik Demam



Tido tak lena ummi sebab adik demam. Ingat panas biasa, mcm tinggi je. 
Kejap lg bangon kena mandikan dan bawak g klinik ni. 
Kesian adik demam. Mohon jgn berjangkit dengan kawan adik tu yer. Risau ummi 😥 
#KakNaKids #AmyrulAkhmal15

Sekejap Masa Berlalu

 

Assalamualaikum .
Sekejap je masa berlalu , sedar tak sedar , dalam kepayahan , Alhamdulillah KakNa bersyukur dengan pemberian Allah .

Anak - anak semakin besar . KakNa pun semakin besar 😂

Ramai kata si abang dah 5 tahun , padahal baru 3 tahun . Si adik , ramai kata sudah 3 tahun , padahal baru nak masuk 2 tahun .

Adik , 27/03/2017 . 
Kemain meragam , KakNa tak perasan . Rupanya lagi sebulan nak masuk 2 tahun ,  Allahu . Rindu bau masham adik lah . Please , jangan besar cepat sangat ! 

Abg , 
Hari ni asyik cakap nak sekolah . Ummi bawak pergi tengok ikan kat Taman Tasek Merdeka . Sukanya abang . 

Ummi harap anak - anak ummi bahagia walaupun sekejap je dengan Ummi . Ummi sayang korang sangat - sangat .

Ni lah KakNa , perangai mak mak sangat kan ? 

Yelah , mak mana tak sayang anak ooiii ? ! 

#KakNaKids

Wednesday, March 01, 2017

Wednesday, February 22, 2017

Wordless Wednesday #2 : Muncung Itik

 

Hai semua !

Cuba tengok gambar - gambar anak - anak KakNa . 
Pelik betul , sekarang suka sangat ambil gamabr macam ni tau ! 
Haishh , sabar jelah . 
Tapi , comel kan ?

Friday, February 10, 2017

Wajah Kesayangan Hamba



 

Wajah ni selalu buat aku menangis .
Menangis kerana tak mampu menggembirakan hatinya . Kadang aku tak tahu kenapa , hati aku begitu keras padanya . Padahal sejak kehadirannya , rezeki aku tak pernah putus . Aku menumpang rezekinya . Sejak akhir - akhir ini , bila pulang dari kerja aku sering memarahinya .
Bukan kerana stress , tapi kerana Aku sedih aku tak mampu berikannya susu yang berkualiti lagi .
Itu lebih menyedihkan bagiku .
Kadang aku gelak ketawa , hanya untuk memastikan hormon prolaktin aku semakin banyak . Supaya si kecil ini kenyang . Namun aku lupa , dia sedang berkongsi dengan si adik .
Sayang , andai satu hari nanti kamu sudah besar . Ummi harap kamu mengerti yer sayang . Ummi bukan sengaja memarahi kamu, tapi sebaliknya ummi kecewa dengan diri sendiri . Ummi sedang mengumpul kekuatan sayang .
Ummi takut dibedah lagi . Ummi takut jauh dengan kamu . Kita tak pernah berpisah .
Bagaimana ummi nak tinggalkan kamu dengan orang lain ?
Bagaimana kamu nak tidur dan makan ?
Allah . Sakit dada ummi memikirkannya sayang , secara tak langsung perlakuan kasar ummi pada kamu turut keluar . Ummi minta maaf .
Ummi harap kamu faham 😭

#ketawabukansekadargembiratapiuntukmenutupkesedihan
#AnakBertuahKakNa

Wednesday, January 04, 2017

Budak Manja

 

Budak Manja 

Ini budak manja sangat .
Ini budak sekejap je dah nak masuk 2 tahun .
Macam baru semalam tahu mengandungkan dia .
Macam semalam baru fikir nak buang dia .
Sebab tahu nanti semua orang pertikaikan dia .
Mujur KakNa waras lagi .
Sekarang , KakNa tumpang rezeki dia . 
Mujur ada dia . 
Allah bagi pinjam suruh jaga , sebab Allah nak bagi rezeki .
Jangan ambil dia dulu ya Allah .
Bukan sebab KakNa nak tumpang rezeki dia , tapi sebab KakNa tak boleh hidup tanpa dia .
😢
#AnakManja #AmyrulAkhmal15 #KakNaKids

Monday, January 02, 2017

Pembakar Semangat

 

Hai korang .

Hari ni KakNa nak kongsi tentang pembakar semangat KakNa . Korang nak tahu siapa ? Hehehe .

Kalau korang nak tahu, kerana dia lah KakNa masih di sini , menumpang rezekinya atas perkenan Ilahi. 9 hingga 11 jam di dewan bersalin mengajar KakNa erti bahawa KakNa perlu sabar , kuat , perlu yakin dengan kekuasaan Allah . Walau bagaimanapun akhirnya Allah telah mentakdirkan dia juga keluar secara pembedahan , namun KakNa terima . 

Allah mahu uji sejauh mana aku redha nak hadapi semua ini . Allah tahu KakNa kuat sebab tu Allah bagi ujian ni pada KakNa . 

Sepanjang membesarkan dia sehingga ke hari ini , KakNa rasa dia lah anak yang paling banyak mengajar KakNa tentang erti pengorbanan seorang ibu . Biasanya kita akan belajar semua itu pada anak pertama kan ? Tapi tidak bagi KakNa . 

KakNa banyak belajar mengenai hal rumahtangga , kesabaran , keyakinan dan keberserahan kepada Allah melalui si kecil Akhmal ini . ALLAHU . Tiada siapa yang tahu bagaimana perasaan KakNa ketika mendapat tahu tentang keberadaan dia di dalam perut KakNa . Pada awalnya KakNa tahu Encik Suami pun seolah terkejut dengan kehadiran si kecil ini , namun KakNa selalu berdoa agar kehadirannya nanti menjadi penyeri dan penawar dalam kehidupan kami . 

Hari demi hari , rezeki kami tidak pernah putus , walaupun kami pernah makan sepinggan untuk empat orang , pernah putus bekalan susu untuk si Abang Arsyad , namun kami masih bertahan sehingga ke hari ini . 

Benar lah kata orang , rezeki anak ini memang rahasia Allah . Begitu juga dengan rezeki kahwin . Cepat atau lambat , ramai atau sedikit , hanya ALLAH yang tahu apa yang dia buat adalah yang terbaik buat kita . Jadi mengapa kita mahu bersangka buruk padaNya ?

KakNa harap , janganlah sesiapa menghukum orang yang punya ramai anak atau apa juga hinaan kepada orang luar . Kadang kita tidak tahu apa masalah mereka , tetapi hukuman kita pada mereka sebenarnya menjatuhkan emosi mereka secara tak langsung mengganggu kehidupan mereka . Bersangka baiklah sesama manusia dan doakan lah sesama manusia . Itu lebih baik .

Okaylah . Cukup kot ini sahaja untuk hari ini . Biarlah manusia menghukum KakNa , asalkan bukan Allah yang menghukum KakNa . 

Terima kasih . 

Wednesday, December 28, 2016

Ragam Anak - Anak :-)

    
   

 

Assalamualaikum w.b.t.

Tengah rehat - rehat tadi pengasuh anak hantar gambar anak - anak . Ya Allah , rindu pula kat diorang . Teringat malam tadi KakNa termarah si adik Akhmal ni . Kesian dia . KakNa pun tak tahu akhir -akhir ni kenapa asyik nak marah - marah diorang . Maafkan Ummi sayang . :(

Gembira sakan diorang dapat naik kereta Mama ajak pergi kedai . Suka lah tu ! Si adik tu geram betul ! Pandai buat muka tau ! Haisshh , sabar jelah , anak - anak . Semoga tidak menyusahkan orang yang menjagamu yer sayang .

Anak ini memang anugerah Allah , KakNa bersyukur Allah bagi KakNa rezeki anak , walaupun rezeki duit tak seberapa namun tak pernah putus . Yang penting KakNa tak pernah putus asa untuk dapatkan rezeki yang berkat dan dirahmati Allah . Begitu juga dengan suami , Alhamdulillah KakNa nampak suami sentiasa cuba buat yang terbaik untuk membahagiakan kami sekeluarga . Terima kasih sayang !

Apapun , terima kasih bagi yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga . Terima kasih juga yang sentiasa ambil berat pada kami , dan sentiasa menjaga anak - anak kami ketiak kami pergi bekerja . Semoga Allah sentiasa merahmati dan membahagiakan mereka dunia dan akhirat .

Till then . 

Friday, December 23, 2016

Sayang Dua Beradik

 

Assalamualaikum w.b.t.

Hai korang . Dah makan ke ? Pergi mana cuti panjang ni ? Mesti seronok kan ? Bagi yang ada anak sekolah mesti tengah sibuk lagi buat persiapan untuk anak - anak . KakNa ? Belum ada anak yang sekolah lagi . Hehe . 

Hari ni KakNa nak kongsi sikit tentang anak - anak KakNa , si Amyrul Arsyad dan Amyrul Akhmal . Yelah , anak lelaki kan . KakNa rasa sekarang baru KakNa faham kenapa Allah bagi pada KakNa anak lelaki dua orang . 

Semua orang tahu anak ini anugerah Allah , Allah bagi pinjam kejap je . Sama macam suami , pun pinjaman juga . Tapi , macam mana kita nak hargai apa yang dah dipinjamkan pada kita adalah bagaimana kita melayan dan menjaga amanah itu .

Dua beradik ni setiap hari , memang buat darah KakNa naik . Tapi , dalam masa yang sama , mereka juga pandai untuk memujuk KakNa agar sentiasa menyayangi mereka . Sampaikan kadang - kadang KakNa rasa menyesal sebab marah diorang . Hurrmm .

Korang tau , masa KakNa ambil gambar ni , Akhmal dan Arsyad tengah makan nasi . Arsyad nampak sangat tengah kemam nasi dalam mulut . Akhmal pula memang semua makanan yang masuk ke dalam mulut dia , dia telan sahaja . Kalau datang angin baik mereka , makan boleh bersuap - suap , boleh berguran senda . Tapi , kalau datang angin kus - kus dia , semua benda di depan mata akan dibalingnya . Lagi - lagi si adik , Akhmal . Haisshh . 

Tahun depan , si abang Arsyad dah nak masuk 3 tahun . Kejapnya masa ! Macam baru semalam je bersalinkan dia . Adik Akhmal pula nak masuk 2 tahun . How times flies ! Masing - masing nak tunjuk pada KakNa diri masing - masing punya kehebatan . Masing - masing nak tunjuk hero . Hehehe . Kadang - kadang KakNa gelakkan jela bila melihat gelagat mereka . Kadang - kadang boleh jadi singa juga . Kesian anak - anak , dahlah masa bersama tak banyak lepas tu asyik kena marah pula :(

Kalau Allah bagi pinjaman lagi pada KakNa , KakNa memang akan sambut dan terima dengan hati yang terbuka . Cukuplah pengalaman lalu , KakNa nak belajar menerima dan menghargai apa yang ada di depan mata selagi mampu . Biarlah kenangan yang lepas menjadi sandaran kehidupan yang akan datang . In shaa Allah .

Oklah , sampai sini sahaja . Lain kali KakNa sambung lagi . 

Assalamualaikum . ^_^


Sunday, November 27, 2016

Masa dan Harta

 

Bila kau hanya ada masa tapi bukan harta untuk dihabiskan . 
Maka kau hargailah apa yang ada di hadapan . 
Anak orang lain mungkin gembira dengan banyak makan , 
tapi anak - anak kau gembira bila dapat berjalan . 
Lain manusia , lain kemahuan dan keinginan . 
Lain sifat malahan sikap .
Nikmat apalagi yang kau ingin dustakan . 
Jika Tuhan beri kau kekuatan , mana mungkin syaitan mampu menewaskan . 
Jika kau yang hanya mahu melayan , setinggi gunung kekuatan pun kau tetap akan ditawan . 
#LoveYourselfFirst 
#FamilyFirst 
#KakNaFamily 
#AmyrulSiblings

Wednesday, November 09, 2016

Wordless Wednesday #36 :Abang vs Adik


Abang dan Adik . Bila baik , Ya Allah , mesra kemain ! Bila gaduh , nak roboh rasa rumah kami . Hehehe .


Rindunya masa ni , semua comel ! 
Si Arsyad dengan rambut pendek dia , Akhmal pula belum pandai merengek manja . Oooooohhoooiiii ! Nak mengandung pula rasa ! 
ooopppss !

Monday, April 11, 2016

Anak bertuah

Hai.

Lama tak update. Tengah belek - belek handphone jumpa gambar ni. Pengasuh yang hantar. Gambar ni bulan Mac 2016 punya.

Anak bertuah.

Amyrul Akhmal.

:)