Hai korang .
Pergh , boleh menangis lah orang kalau tengok KakNa bersenam ! Jangan tak percaya yer ! KakNa pun tahu lah nak bersenam untuk sihatkan badan .
Alhamdulillah , setiap hujung minggu KakNa akan bawa anak - anak pergi ke taman untuk beriadah . Almaklumlah , sejak orang asyik gelar KakNa ni sebagai Mak Paus , KakNa rasa KakNa memang perlu untuk bersenam dan kurangkan berat badan . KakNa pun tak nak paksa diri , buat je mana yang mampu dulu .
Gambar ni diambil masa KakNa beriadah di Taman Merdeka, Johor Bahru bersama - sama suami dan anak - anak . Gambar mereka semua tak ada sebab anak KakNa yang kecik tu buat perangai nak berjalan je . Hehehe .
Kalau korang nak tahu , gambar ni diambil oleh anak sulung KakNa , Amyrul Arsyad . Sekarang ni , pantang nampak kamera atau apa jua situasi yang dirasanya menarik , pasti dia akan ambil gambar . Kadang - kadang rasa malu juga , yelah Mak Paus nak bergambar . Huhuhu .
Apapun , jangan kecam KakNa yer dengan gambar tu . Rasanya gambar tu dah paling sopan dah . Saja nak kongsi dengan korang aktiviti hujung minggu KakNa . Selain tu , nak kongsi juga perangai anak KakNa yang dah semakin bijak .
KakNa harap korang pun dapat luangkan masa yang bermanfaat di setiap hujung minggu . KakNa pun baru mula , nanti KakNa cerita lagi .
Terima kasih sudi baca . Assalamualaikum .