All time Favourite!
Thursday, September 03, 2015
First Time
Tags
Kisah Aku
First time Hana Selfie dalam lif menara ni sejak masuk kerja tahun 2010 sehingga sekarang. Selalu tengok orang buat, kita pun cubalah.
Okay tak?
Arsyad merajuk
Tags
AmyrulArsyad,
Kisah AkuDanAnak
Biasanya hari Jumaat Johor kan memang cuti, tapi Amy akan buat overtime ataupun outstation join booth office. So, last week kami dapatlah spent quality time together sebab Amy tak kerja. Amy ajak makan luar sebab dah lama tak bawak aku dan anak-anak jalan-jalan.
Kami ni jenis suka makan kat tempat yang dah biasa pergi je, kalau tempat baru mesti kami akan rasa tak selesa. Hehe, bukan apa dah ada anak dua ni lebih selesa makan dekat-dekat je dengan rumah.
So, nak dijadikan cerita si Arsyad masa tu tak cukup rehat dan tidur, bangun-bangun dah ajak jalan dia pun mulalah buat perangai. Tak nak makan lah, tak nak minumlah, asyik nak melekat dengan puting je.. Geram tau Hana! Yang lagi geram bila makanan dalam pinggan Hana dah tinggal 5 sudu je, baru dia ada rasa nak makan. Bila makanan habis, mulalah mengamok. Sabar jelah anak! Sebab sekarang bila makan di kedai Hana akan order nasi goreng cina. Sebab Arsyad tak nak makan nasi putih semata, tapi kalau dekat rumah okay je. Kan nampak sangat tu memilih dia, haissh.. Ikut perangai siapa lah tu! huhuhu..
muka marah.
Sorry lah tak ada muka si adik dan si Amy, sebab selalunya waktu makan di kedai adalah waktu yang agak sukar untuk Hana handle. sebab Arsyad jenis anak yang dah dimanjakan oleh Tok Mak dan Tok Bah dia sejak kecil, jadi sikap manja dia masih belum dapat di atasi. Namun begitu, kematangan dia dapat dilihat dari hari ke hari, sehinggakan Hana rasa tak nak dia cepat sangat besar.
Syukur, Hana dapat rasai semua ni.
Alhamdulillah.
Nota kepala : saja try error guna nama "Hana" selalu taip "aku" je, hehe..
Subscribe to:
Posts (Atom)