Kotak ketiga.
Alhamdulillah, tak ingat tahu pasal teh ni dekat mana, yang pastinya mesti dari kumpulan yang cerita hal kurus .Pertama kali beli hujung tahun 2022 (kalau tak silap) tapi, sudahnya bagi orang sebab macam tak boleh pergi.
Alhamdulillah, tahun ni paksa minum juga, dari 5 sudu gula, akhirnya boleh minum kosong tanpa gula. Tapi, jangan percaya, sebab bukan minum hari-hari .
Biasanya kalau rasa penat tapi tak boleh tidur je minum, nak bersantai-santai sambil ngeteh kekdahnya, tapi mimpi semua tu. Tiap kali nak santai-santai minum, ada je "perang" dalam rumah ni .
Jadi, yang tanya aku ada makan lagi tak supplemen / air kurus, Alhamdulillah sejak 01 Julai 2023 dah 2 bulan tak makan dan minum adik beradik supplemen tu.
Doakan aku terus konsisten ya sahabat. Penat tau bagi orang tambah dosa sebab kutuk aku gemuk, mak lampir, mak anak 10, mak cik bawang .
Semoga apa sahaja yang kita lakukan mendapan keredaan daripada Allah, Aamiin Allahumma Aamiin .
Selamat Malam semua #fighterkurus jangan patah semangat tau, peluk atas talian ,
#CikPuanFarhanah
#FanaFatToFitJourney
#70KgBelumNampakBayang