Friday, June 30, 2023

Kisah Balik Raya Aku

 

Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

Bangun je tadi, bersihkan diri terus teringat ketupat palas. Alhamdulillah, semalam balik jumpa kekasih awal akhir yang pertama, redup mata tuanya.

Banyak perkara yang tak terluah. Tapi, yang nyata, cukuplah Allah izinkan bertentang mata, bersalaman dan mencium pipinya 🥺.
Aku ni anak yang sedikit nakal 🤭, ikut kepala sendiri, keluar rumah keluarga paling awal sebab dapat kerja kerajaan awal, berangan nak kahwin awal tapi jodoh tak sampai, kuat melawan sampai aku sorang je nikah lepas Jumaat, tak ada majlis berinai, makcik2 datang mengata, bersalin operation 3x sebab konon takut orang kata tak mampu beranak lagi dan banyak lagilah.
Tapi, aku juga seorang anak yang terlalu sayangkan family, sebab tu sampai hari ni, doa aku, tak keluar Johor.
Sebab aku tahu, aku ni jenis mudah lupa diri, mudah terikut emosi dan kadang-kadang tak pandai nak urus emosi dan perasaan.
Kalau penat badan, mulut belum tentu penat. Jadi, jarak yang jauh mungkin akan memisahkan aku dengan abah.
Aku tahu aku ni balik tak selalu.
Aku juga tahu, aku bukan anak kesayangan No.1.
Menjadi kesayangan bukan niat utama aku. Niat aku, biar Allah yang tahu.
Doakan aku, agar terus dipermudahkan dalam segala urusan agar aku boleh bawa abah dan abah mentua aku menunaikan umrah bersama-sama aku dan keluarga aku tahun 2025, In Shaa Allah 🤲🏻.
Mohon hadiahkan Al-Fatihah (dibaca) buat Almarhumah Nor Aini binti Sahat, semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan dalam golongan orang-orang yang beriman, Aamiin Allahumma Aamiin 🤲🏻