Sunday, March 15, 2015

[PENIAGA VS PELANGGAN]

PELANGGAN.
Pelbagai ragam dan keinginan. Nak murah, sila beli stok dan jual. Letak diri sebagai peniaga, baru tahu ragam dunia.

Jangan salahkan tuan, jika barang tidak seindah khabar. Jangan salahkan barang, andai tuan tidak pernah sabar.

Jangan dihina, jangan dimaki bagi yang mencari rezeki. Mungkin kita yang tidak sedar diri. Mahukan yang terbaik, tetapi dompet dan poket rapat terkunci.

PENIAGA.
Jangan menuduh, jangan bermusuh. Cekalkan hati, tabahkan diri. Dugaan peniaga selalu begini, mendapat pelanggan yang sentiasa tidak berpuashati.

Biarkan si luncai memaki riang, kelak menjilat ludah sedulang. Kalau ada sumur di ladang, hanya badak yang mahu berenang. 

Berusaha, berdoa, bertawakal dan redha. Allah akan sentiasa ada. Allah bantu hamba yang tak lupa padaNYA, jadi mengapa kita perlu takut akan umpatan mereka??

Nukilan,
Farhana FamesShoppe
15.03.2014 Ahad
12.40mlm
Atas Katil Sebelah Anak Bujang

‪#‎2015milikfarhana‬