Tuesday, September 30, 2014

Anak Dia , Bukan Anak Aku

tengok anak orang dah pandai merangkak laju. berjalan. tapi xde gigi.
anak iols xleh rangkak lagi, gigi ada dua. berdiri tiap ari, mcm askar tengah dekat kem asek nk panjat aku sana sini. lagi2 time baring.

so? Alhamdulillah. anak dia anak dia lah, anak aku anak aku.

kekadang manusia lebih suka sibuk hal orang lain berbanding dengan hal sendiri. cuba perhati diri anda sebelum sibuk menilai orang lain . apa yg anda lihat ? sempurna ?
sekian.

Keperluan, Kepentingan, Kehendak & Keinginan

Salam.

Jam menunjukkan pukul 3.10 pagi. Aku masih x lelap. Panas. Buntu barangkali. Suami dan anak sudah lama lena dibuai mimpi. Penat. Itu yg aku boleh huraikan. Si abah penat dengan urusan harian, jumpa pelanggan, menziarahi mama kesayangan. Si anak yg semakin lasak, tidur awal kemudian bangon utk main dgn si abah. Lantas tidur dalam kepanasan.

Aku?
Sebagai ummi dan isteri yg mementingkan keperluan dan kehendak suami dan anak masih lagi cuba berfikir tentang si anak tadinya. Diberi susu tidak mahu. Hanya minum sedikit. Diberi air masak. Sebotol habis diminumnya. Kehausan barangkali. Peluh membasahi kepala dan badannya. Lencun. Kasihan anakku.

Aku minta si abah memasang kipas duduk di dalam bilik. Tidak sampai 10minit si anak lena dalam pangkuan aku. Tatkala melihat si anak lena, airmata aku bergenang di kelopak mata ku. Sedih dan sayu. 
Sedih kerana aku tidak mampu memberi keselesaan kepadanya. 
Sayu kerana anak itu hanya mahu tidur di pangkuan ku, tetapi aku telah memarahinya kerana aku tidak mengerti kehendaknya.

Lama aku telah nyatakan hasrat kepada sang suami bahawa anak ini panas dan perlukan penyaman udara. Si abah diam. Kelu tanpa kata. Aku tatap raut wajahnya. Mana mungkin mencari duit sebanyak itu dalam sekelip mata untk memenuhi kehendak si isteri dan keperluan si anak. Sugul wajahnya mempamerkan kekecewaan di hatinya.

Mungkin sedih kerana baginya tidak dapat berjasa kepada isteri dan anak. 
Mungkin kecewa sebab tidak mampu menunaikan permintaan si isteri.
Mungkin berfikir bagaimana mahu mendapatkan sebuah penyaman udara.
Walau apapun di benak fikirannya, dia tetap melemparkan senyuman buat si isteri dan si anak. Saban hari, setiap waktu, setiap saat. Tak pernah lekang senyuman itu walau dalam kedukaan apa pun.

Saban hari aku mengajar anak ini bahawa keperluannya terbatas kerana kekurangan kami. Aku mengajarnya mengenal erti syukur dan redha. Alhamdulillah, anak ini faham dan akur. Kecilnya dia bukan bererti kecil hati dan jiwanya. Dia anak yg kuat. Berjiwa besar seperti ummi dan babahnya. Allahurabbi.

Saat ini, ketika aku menulis catatan ini. Air mata aku deras laju mengalir. Ntah dtg dr mana kekuatan aku utk keluarkan air mata ini tanpa pengetahuan sang suami. Bertahan sejak isya' tadi. Akhirnya rebah jua. 

Aku tahu dalam kehidupan yang penuh cabaran ini, keperluan, kehendak, kepentingan dan keinginan berjalan seiring. Seiring dengan arus permodenan. Duit masih lagi perkara sukar untuk di dapati tanpa usaha. Impian masih lagi tinggal impian. Namun apa yg ada cita-cita dan harapan. Itu saja kekuatan kita untuk meneruskan masa hadapan.

Aku berharap anak ini akan lebih tabah dari kami dalam dugaan akan datang.
Semoga Allah sentiasa melindunginya. 
Aaminn..

Atas katil sebelah suami dan anak
3.20 pagi