Wednesday, September 24, 2014

ANAK : TERPAKSA TUKAR SUSU LIL A

Sebenarnya kami dah lama plan pasal nak tukar susu si Lil A kami, tapi kami tunggu dia 7bulan dulu, dan kebetulan semalam susu dia yang sebelum ni dah habis, jadi kami plan nak tukar lah untuk yg seterusnya. sebelum ni Lil A pakai susu S26 yang biasa. dia minum pun okey lah, masa yg mula-mula je dia keluar merah-merah dekat tepi mulut dia tu. ruam kat badan xde plak. tapi, lama-lama dia dah serasi, okey lah kot.. 

so, semalam masa g AEON tu, lama gaklah kami fikir-fikir nak beli susu apa. last2 kami ambil susu LACTOGEN STEP 1 dan DUTCH LADY STEP 2. harga utk pek kecik pun x sampai RM 12 untuk sekotak dan sepaket. sambil-sambil tu kami pun carik2 gak biskut Untuk Lil A kami. tapi memandangkan belum gaji, kami servey je dulu, al-maklumlah kan kami ni duit x seberapa, tapi okeylah lepas lah beli susu dan pampers anak kami kan. 

pagi tadi masa aku hantar Lil A kat umah BS, aku gtau lah yg aku dah tukar susu. aku x bukak kotak dan paket lagi sebab nk dia baca aturan susu tu. kalau S26, cuma 3-4 skoop je, tapi utk susu yg ni, aku tgok 7-8 skoop. so aku takot BS aku tu tak tahu lebih baik aku bagi jelah dengan kotak2nya sekali. masa aku tengah explain kat BS aku pasal susu tu, tetibe makcik tu mencelah.


BS : na, boleh tak awak bagi makcik NESTUM dia (rujuk pada Lil A)
AKU : NESTUM? Emmm.. (berfikir..)
BS : aah, bukan apa, dia nanti lapar, sebab dia kuat minum susu. jadi MAKCIK INGAT, MAKCIK NAK MASUKKAN NESTUM DALAM SUSU DAN BOTOL DIA. JADI DIA MINUM KENYANG SIKIT.
AKU : GULP!! (Telan air liur. ntah tetiba teringat kisah budak yg usus pecah.) anak saya x makan bubur ke cik? Cik kata dia nak makan?
BS : dia makan tu makan lah. tapi kalau MAKAN NASI dia lambat lah. pelan-pelan dia kunyah.
AKU : telan air liur untuk keberapa kali ntah. emmmm... dalam hati, kau bagi nasi, anak aku mmg lah xnk, kau bagilah bubur makcik oooii...
BS : ala, awak beli yang paket kecik je. buat stanby2 je. boleh ea.
AKU : nanti saya bincang dengan abah dia. sebab beli barang dia pakai duit abah dia. saya x kuar duit. (jawapan selamat)
BS : okaylah kalau mcm tu, kalau boleh tu senang lah sikit kerja makcik.
AKU : hurmm..



ntah kenapa makin berat aku nak tinggal anak aku kat situ. tiap ari, aku rasa macam makin ada sesuatu yang x kena. tiap masa aku asek teringat anak aku. ntah makan ntah tidak. aritu makcik tu kata boleh masakkan. tapi kalau dia bg nasi memang lah anak aku xnk makan. sebab tiap hari aku pesan, kalau nenek bg nasi jangan makan, tapi kalau nenek bagi bubur baru makan. dia memang dah 7bulan dan bergigi (2batang) tapi dia masih BERNAFSU untuk menyusu dengan lebih berbanding makan. sedih aku rasa. lagi sedih sebab aku x dapat nak susukan dia secara eksklusif. aku dah cuba tapi setakat itu rezekinya. 

Ya ALLAH, kau permudahkanlah semuanya. sekarang ni aku cuma boleh berdoa jelah mengharapakan anak aku akan boleh sesuaikan diri dengan keadaan. kalau ikut aku memang aku nak anta ke taska opis aku ni, sebab aku leh pantau. tapi.. MR.A x bagi. so, aku diam jelah. MR.A kata tunggu dia setahun. yelah abang.. ayg ni isteri je, apa yg abg cakap ayg ikut jelah.. tu jelah yg aku mampu cakap dan buat.

untuk korang yang masih menyusu, jangan mudah putus asa mcm aku tau!
 KEEP FIGHTING FOR YOUR OWN CHILDREN. 
yang xde rezeki macam aku??
 KEEP ENJOY THE BEST MOMENTS WHEN YOU WITH YOUR CHILD! 
Pedulikan apa yg org nak kata. kita, nasib kita, rezeki kita 
TAK AKAN PERNAH SAMA DENGAN ORANG LAIN. okey??

so, terima kasih sudi baca dan jumpa lagi next entry.


p/s : xde amek gambar susu tu sebab semalam balik AEON terus lupa. mcm dh tua sangat, hehe..

Wordless Wednesday #3

SEDIH.

Itu yang aku rasa sejak akhir-akhir ini. 
tak tahu apa punca. 
tak tahu apa sebab. 
apa yang aku tahu, aku rasa sayu,
lagi sayu saat aku pandang orang uang aku sayang. 
Lil A dan Mr A. 
Semoga semuanya baik-baik sahaja. 
Aaminn..