"Bila kau tengah nangis sebab terlalu penat, anak kau datang lap air mataπ’π©π¦π¦"
Kadang kau bukan sengaja nak menangis , tapi yelah , perempuan emosi dia terlebih . Sikit hal pun nak nagis . Tapi tulah , perempuan kalau nagis depan orang tu maknanya dia dah tak tahan sangat lah tu . Huhu .
Untuk kes KakNa hari ni , KakNa terlalu penat sangat . Anak - anak syurga KakNa ni memang istimewa , " baik " sangat . Sampaikan KakNa automatik terus menangis . π
Si adik sekarang lebih faham apa yang KakNa rasa . KakNa setiap hari di pejabat termenung teringat adik . Rindunya Allah yang tahu .
Memang KakNa garang dengan anak - anak . Tiap malam sebelum tidur menangis . Tak ada siapa tahu . KakNa cuma nak diorang tahu , selagi hidup KakNa akan bergolok gadai untuk diorang . KakNa nak diorang belajar berdikari . Nak diorang tidak manja sangat .
Proses pembelajaran bukan berlaku dalam satu hari . Setiap manusia perlu dididik . Disiplin tu bukan satu sikap yang boleh diwarisi . TAK BOLEH . KakNa sendiri x cukup disiplin , tapi sentiasa ajar diri untuk berdisiplin sehabis baik . Walaupun orang kata KakNa ni cakap je lebih , tak apalah . Satu hari nanti diorang akan berterima kasih dengan KakNa .
Untuk apa yang jadi malam ni , KakNa cuma tahu bahawa anak - anak KakNa lebih faham keadaan KakNa . Mereka lebih mengerti . Maafkan ummi sayang . Kadang ummi tak sedar ummi sedang " membunuh " kamu . Ya Allah , lindungi anak - anak aku daripada sebarang perkara yang tak elok . Tabahkan hatiku dalam mendidik anak - anak ku .
#anakanaklebihfaham