Showing posts with label KisahAkuDanDia. Show all posts
Showing posts with label KisahAkuDanDia. Show all posts

Wednesday, November 30, 2022

Happy Anniversary : 10 Years Together

Sepuluh Tahun

10 tahun bukan perjalanan yang mudah, bukan juga seindah di dalam lagu yang digubah.


Adakala, pahit mengundang jiwa.
Adakala, manis terlalu memegang rasa.
Adakala, jiwa bagai dihiris duri berbisa.
Adakala, hati bagai dunia ini aku yang punya.



Terima kasih Allah, beri kami peluang merasa manisnya cinta.
Terima kasih Allah, beri kami peluang mencipta pahitnya luka.
Terima kasih Allah, beri kami peluang hargai semua yang kami ada.
Terima kasih Allah, beri kami segala-galanya yang kami perlukan di dunia.



Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Kali ini, bukan sambut berdua, bertiga dengan anak bongsu kami. Simple tapi sangat bermakna buat aku. Kami raikan ulangtahun perkahwinan kami di restoran Secret Recipe.

Lagi 2 orang anak kami sekolah. Si bongsu ni baru baik demam, jadi bawa jelah sekali. Hehe.

Kek Chocolate Indulgence

Macam tak sangka staff Secret Recipe ni nak tulis perkataan “Smile” dekat pinggan kami. Seronoklah anak aku, aku pun seronok juga tau. Rasa dihargai gitu.

Signature Drinks Secret Recipe : Strawberry Punch

Aku yang pesan air ni.
Sedap sangat! 10/10. Cuma aku kot tak tahu minum, aku habiskan air baru makan strawberry tu tau. Hahaha, tapi apapun memang sedap lah.
Air si bongsu ni Hot Milo

Sedap oooii Milo dia. Lemak dan sungguh berkrim. Aku yang habiskan satu cawan. Hahaha. Nak cakap sedap sangat tu tak tahu macam mana, jadi aku bagi bintang 15/10!

Vegetarian Fried Rice with Satay

Menu ni suami aku pilih. Tapi kami minta tak payah letak sayur. Rasa boleh tahan lah. Boleh lah telan. Tapi, pada aku masin lah nasi tu. Satay pula, rasa macam makan ayam salut tepung kari. Tak tahu nak cerita rasa macam mana. Aku bagi 5/10. Tapi, tak akan ulang balik makan nasi ni. Hehe. Maka, 5/10.

Spagethi Bolognese (Beef)

Untuk spagethi ni aku bagi 7/10 lah sebab ada air dalam pinggan. Macam tak ditapis betul-betul. Kecewa juga lah, sebab aku memang dah lapar. Anak aku pun makan sikit je sebab agak kering.

Apapun, terima kasih Allah atas rezeki hari ini. Semoga kami akan terus mendapat rezeki yang berkah dan halal. Aamiin Ya Mujib.

Friday, February 14, 2020

Happy Birthday To Me :)

Tahun ni, wish birthday pakai whatsapp je. Sorang dekat Sabah, sorang dekat Johor.






Bukan PJJ ya, cuma pergi menunaikan amanah sebagai pekerja je di sana. Huhu.

Cuma nak tanyalah.

Sampai hari ni masih tak faham kenapa eh kena panggil abang lepas kahwin? 🤔😅

Lepas tu kawan-kawan asyik cakap “abang” dia romantik lah apalah. Mati-mati ingat dia cakap pasal abang kandung, rupanya tengah cakap pasal suami. 😂

Yang tambah pelik sekarang, nape si suami tak ada panggil isteri dia “adik” eh? Yelah, kan isteri dah panggil awak abang, jadi awak kanalah panggil isteri adik kan? 

Tak gitu? 🙃

Tanya je.
Fana Hana
#Takadaabangkandung

Friday, June 30, 2017

Happy Birthday To You


Happy birthday sayang .

Semoga Allah berikan abang kekuatan untuk terus tabah dan tenang dalam mencari nafkah buat keluarga .

Terima kasih kerana sudi bersama ayang susah dan senang selama hampir 10 tahun ni .

Tahun ni tak ada hadiah , cuma abang berdoalah , semoga Allah akan beri "puteri comel" untuk abang .

Ayang dan anak - anak sayang abang .

Happy 36th years old sayang :)

Sunday, August 09, 2015

Lirik Lagu Tetap Dirimu – Selasa Band

Lirik Lagu Tetap Dirimu – Selasa Band

Disaat malam mulai turun
Perlahan lahan gelap
Menyelimuti bumi
Menyelubungi dunia
Meruntuhi angkasa

Terlihat dari kejauhan
Titik putih dilangit
Berkilauan cahaya
Bertebaran disana
Menghiasi angkasa

Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Hanya kamu yang paling aku sayang

Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Dihati ku tetap diri mu sayang

Terlihat dari kejauhan
Titik putih dilangit
Berkilauan cahaya
Bertebaran disana
Menghiasi angkasa

Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Hanya kamu yang paling aku sayang

Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Dihati ku tetap diri mu sayang

Tunggu ku terbang bersama angin
Masuki mimpi dalam tidur lelap ku
Aku tenggelam sulit terpejam
Membayangkan wajah mu

Diantara berjuta juta bintang
Hanya satu bintang yang paling terang
Diantara berjuta juta orang
Hanya kamu
hanya kamu

hanya kamu

ntah mood apa suami aku nak tagged aku dengan lagu ni .. dia ni tak romantik , tapi bila datang mood romantik dia .. alahai .. cair jiwa aku nokkss .. hahaha .. love u sayang .. mmmuaah ciked !



Boleh tengok kat sini : - http://youtu.be/71BYoGbpovY