Tuesday, November 06, 2018

Di saat orang lain tengah struggle cari rezeki, kit jangan perlekehkan cara dia. Bagi semangat walaupun tak nak beli. 

Nak block? 

Silakan.

1 pergi, 10 ke mari.

Apa yang penting, jangan putus asa. 

πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼πŸ’ͺ🏼
Seorang yang sembahyang 5 waktu, dhuha dan sebagainya sepatutnya tidak takut akan rezekinya.

Sepatutnya mereka juga tidak perlu menakut-nakutkan rezeki orang lain.

Beri semangat andai ada rakan mahu Cuti Tanpa Gaji atau berhenti kerja.

Percayalah. 

Tiada kebetulan dalam hidup ini.

Semu Allah dah susun. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. 😊

Mungkin mereka perlu baca FTR. In shaa Allah, Fana nak hadiahkan mereka sebuah buku nanti. Supaya mereka yakin, rezeki itu semuanya dari Allah. 

Bukan usaha kita semata.

Fana
Perjuangan masih belum selesai.

Syurga Dunia

Saat kita membahagiakan syurga dunia kita, in shaa Allah, kita akan mendapat syurga yang abadi.


Syurga dunia saya, abah, suami, mama dah abah mertua, anak-anak dan adik beradik.


Jarang jumpa bukan maksud tak sayang. 


Doa kesejahteraan dan kesihatan itu adalah lebih baik. Jika jumpa mungkin ada kata yang tak sedap didengar, ada hati yang terluka, ada jiwa yang tak sudi.


Tapi, bila kita berdoa.


In shaa Allah, esok lusa atau mungkin hari ini, Allah nak kurnia, dia kurnia nikmat tak terperi.


Sebab Allah tu Maha Pemberi.


Berapa ramai orang yang sentiasa rapat dan dekat dengan kita yang sudi untuk mendoakan kita?


Dan, berapa ramai orang yang telah kita doakan?


Salah satu sebab kita berjaya dan bahagia adalah daripada doa-doa orang yang menyayangi kita. Sebab kebahagiaan, ilmu dan hidayah perlu dicari. 


Percayalah, semua yang berlaku telah Allah susun cantik untuk kita. 


TIADA KEBETULAN.


Senyum. Pandang syurga dunia dan ucaplah Alhamdulillah. 😊


Farhanah.

Cium anak demi bau syurga.


#FTR

#RahsiaAsasRezeki