Sunday, October 04, 2015

Ada VS Jika

ada kereta tapi tak bisa memandu
ada emas tapi tak bisa dipakai
ada kaki tak bisa berdikari
ada waktu, tapi x bisa mencukupkan
jika ada semua itu sudah cukup membahagaiakan

ada kasih bukan bererti sayang
ada sayang bukan bererti cinta
ada cinta bukan bererti perlu setia
ada setia bukan semestinya bersama
jika bersama belum pasti selamanya

ada jiwa tidak mesti ada hati
ada hati tidak mesti ia hidup
ada kehidupan tidak mesti penuh keceriaan
ada keceriaan pasti ada kepahitan
jika semua manis itu bukanlah kehidupan.

ada kawan maka ada sahabat
ada lelaki maka ada perempuan
ada suami maka ada isteri
ada ibu bapa maka ada anak
jika semua bersatu aman sejahtera

ada perkara kita boleh kongsi
ada perkara kita boleh simpan
ada perkara kita boleh jelaskan
ada perkara kita boleh simpulkan
jika semua fikir yang sama maka tiada persengketaan

Ahad
04.10.2015
5.40petang
Tingkat 11, dalam pejabat

17 tahun dalam kenangan


04.10.1998 (Ahad) ~ 04.10.2015 (Ahad)

17 tahun dulu aku kehilangan dia ketika aku di tahun lima. Tidak mengerti apa-apa.  Tidak mahu mengerti, mengapa Allah ambil dia. Tidak mahu menerima semuanya. Hampir hilang akal warasku. Hampir luluh semua harapan aku. Hampir rebah semua impian aku.

Sakitnya seketika.
Belum sempat aku jaga.
Belum sempat aku belai.
Belum sempat ku pohon ampun.

Dia.
Kau belum rasai kehilangannya.
Hilang yang tak akan kembali.
Hilang yang tak akan berganti.
Hilang yang tak akan dinanti.

Aku.
Berdiri, berjalan dan terus berlari.
Memegang kata-katanya.
Memegang amanatnya.
Memegang pesanannya.

Katanya,
Aku anak yang bijak
Aku anak yang baik
Aku anak yang solehah
Aku anak yang cemerlang
Aku bisa berdikari 
Aku bisa berbakti
Aku bisa kuat hadapi hal duniawi

Aku rindu.

Rindu sangat.

Rindu pada pelukkannya.
Rindu pada senyumannya
Rindu pada kata-kata semangatnya.
Rindu pada hangat sentuhannya.
Rindu pada masakannya.

Kari peha ayam.

Sungguh. Itu yang paling lazat.
Sungguh. Aku sudah tak mahu peha.
Sungguh. Peha mengingatkan aku pada dia.
Sungguh. Aku rindu dia.

R.I.N.D.U

Dia tahu aku merindukannya. 
Sebab itu dia hadir dalam mimpiku. 
Dia hadir bawa semangat buat aku. 
Dia hadir hanya dengan senyuman manisnya. 
Memandangku dari jauh. 
Memandangku dengan penuh kasih sayang. Allah!

Al-fatihah buat Almarhumah bondaku Nor Aini Binti Sahat. ;'(