Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Tuesday, November 29, 2022

Jangan menyakiti manusia lain.


Allah ada dan tak pernah tidur.


Mula-mula berahsia, selepas itu, menipu. Bila banyak sangat menipu, akan jadi sakit hati. Bila sakit hati, bergaduh tak berkesudahan.

Berhentilah. Henti melakukan perkara yang sia-sia.

“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata” (QS Al Ahzab : 58)

Di dalam islam menyakiti hati sesama muslim adalah perbuatan dosa. Untuk itu jangan sampai kita menumpuk dosa-dosa kecil ataupun besar dengan menyakiti hati orang lain khususnya saudara kita sesama muslim. Jangan sampai kita menjadi orang-orang yang Allah benci karena kita menyakiti hati saudara kita.

Jom amalkan bersama. Aku pun kadang-kadang terleka. In shaa Allah, sama-sama kita perbaiki diri. Semoga Allah selalu bantu kita, Aamiin Ya Mujib 🤲🏻.

Doa mengekalkan kasih sayang suami isteri :

‎يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱصْبِرُوا۟ وَصَابِرُوا۟ وَرَابِطُوا۟ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya:
Wahai orang yang beriman, sabarlah, cukupkanlah kesabaran, perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepada Allah supaya kamu beroleh kemenangan. – (Surah Ali ‘Imran 3: 200)

#CikPuanFarhana #kisahrumahtangga

Kahwin?

Kahwin ni dik macam ni


Ada masa bahagia dan senyum sampai ke telinga ❤️


Ada masa bergaduh sampai rumah macam nak runtuh 😬


Ada masa ribut datang dengan goncangan pelakon tambahan 😢


Ada masa mak mertua datang bertandang dan tinggalkan sedikit kesan ☹️


Ada masa mak sendiri beri sedikit pandangan dan menantu pun tersenget hati sambil memendam 😖


Ada masa rasa nak lari tinggalkan anak tinggalkan pasangan 😅


Ada masa macam menyesal tapi tak boleh nak patah balik ke belakang 😱


Ada masa rasa macam beruntungnya kahwin dengan pasangan 🌺


Ada masa rasa  apasal lah macam ni kehidupan 🤔


Ada masa duit tak cukup nak makan jauh sekali nak berjalan2 💰


Ada masa bila tengok anak rasa berbaloi hutang perkahwinan 💸


Ada masa rasa romantik macam dalam dunia perfileman 😍


Ada masa basah lenjun dua orang sebab naik motor dalam hujan. Berhenti kat traffic light nampak ada couple acah2 romantik dalam kereta padahal tak jadi kahwin in the future 😜


Macam tu kahwin dik. Banyak suka dan banyak jugak duka ✔️❌


Orang bertahan bukan sebab harta tapi sebab tanggungjawab to each other. Sebab sayang anak dan mahu anak ada ibubapa. Sebab dah janji pada diri akan bersama dalam duka dan suka.


Dalam filem cinta tu 2 jam aje. Dia tak tunjuk anak berak pukul 3 pagi. Dia tak tunjuk anak melalak tak henti2. Dia tak tunjuk korek tabung sebab nak beli nasi. Dia pun tak tunjuk waktu gaji selesai dalam masa sehari.


Realiti tak sama dengan fantasi 💑


Kepada yang dah berkahwin, doalah perkahwinan kalian sampai ke jannah. 


Kepada yang belum berkahwin, ada masanya jodoh tiada itu adalah Rahmah.


Kepada yang nak sangat berkahwin, mohonlah kepada Allah.


Kepada yang tengah dalam proses penceraian, moga Allah yang memegang hati manusia menunjukan jalan yang betul dan benar. 


by NM


Setelah puluhan tahun menjadi Kaunselor Perkahwinan & Keluarga, ini adalah nukilan tentang perkahwinan dari kaca mata saya. 


Moga bermenafaat ❤️


Kredit : 


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0zGuCKYamD2Ldzmy2BeNZ589oLm3xKMfSvg95CMMngN6XrQ9qKi1nEkd7bp8RgwfZl&id=679914802&mibextid=qC1gEa

Friday, November 25, 2022

Siapa Perdana Menteri Malaysia ke - 10? #PM10

Desas sesus selama 4 hari bermula tarikh rakyat Malaysia mengundi, 19 November 2022, akhirnya terjawab.

Gambar Kredit : Media Oren


Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-10 berkuatkuasa mulai 24 November 2022.


Semoga kerajaan baru ini dapat meneruskan kestabilan politik serta mengekalkan kemampanan ekonomi negara.


#PM10malaysia #CikPuanFarhana


Wednesday, February 12, 2020

Wordless Wednesday 7/2020 : #KitaBaikRamaiSayang





Masa tahu Almarhum buat hashtag #KitaBaikRamaiSayang tu aku dah tahu dia ni memang hati baik.

Aku jarang ikut cerita dia sebab dia banyak kat Astro je, tapi selalu tengok video dia dekat IG.

Sebab dia lah aku berani juga fikir “Gemuk Is Awesome”. Emm, tiba-tiba teringat orang cakap yang gemuk ni tak boleh lari dari penyakit. Tapi percayalah, semua penyakit in shaa Allah, boleh cuba cari ubat atau rawat. 

Tapi kalau kita ada penyakit hati, hasad dengki dan sewaktu dengannya, maka sampai bila-bila kita tak akan berjaya. Kalau berjaya pun kita berjaya dalam kelompok kita.

Ubah diri dahulu sebelum sibuk mengubah orang lain.

Be Yourself.

Fana Hana

Thursday, March 08, 2018

Politik di Tempat Kerja


Politik Di Tempat Kerja.

Politik di tempat kerja dalam kalangan staff adalah fenomena yang natural berlaku.

Ada 2 jenis politik:

+ Politik yang positif

+ Politik yang negatif

.

Politik di tempat kerja muncul kerana tiap-tiap orang staff cuba mendapatkan ganjaran daripada majikan. Contoh ganjaran adalah pangkat, kenaikan gaji, komisen, bonus, hadiah, perhatian dll.

.

Politik positif:

Politik positif adalah apabila staff cuba mendapatkan ganjaran dengan cara-cara yang betul.

Mereka menaikkan prestasi dan produktiviti mereka sendiri dan prestasi kumpulan yang mereka anggotai.

Dengan itu sekaligus politik mereka itu menaikkan prestasi syarikat.

Kita sebagai pemilik syarikat perlu mendukung dan mendorong staff supaya mengamalkan politik positif.

.

Politik negatif:

Politik negatif adalah apabila staff cuba mendapatkan ganjaran dengan melakukan tindakan-tindakan yang merugikan staff lain, dan juga merugikan syarikat.

Politik jenis negatif mesti dibendung. Ia sangat desruptif, sangat merosakkan.

Credited : Puan Ainon Mohd ABS




Kawan . 

Inilah yang sedang terjadi .

Akhirnya , merugikan Jabatan.

Pergilah kau dengan permainan kotor kau .

Satu hari nanti , masa kau pulak akan tiba .

Allahuakbar !

Wednesday, March 04, 2015

GST


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


GST.

Naik dan turun.

Yang naik bertambah naik.

Darah.
Berat.
Harga Barang.
Saham.
Lemak.

Yang turun macam tak turun.

Tiada.

Yang BOLEH naik dan turun.

TANGGA!

#melalutkelaut