Saturday, June 09, 2018

Amsyar's Journey : Kisah Susu Formula - Part 1

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah , hari ni dah masuk hari ke 24 Ramadhan 1439H . Fuhhh ! Hari yang agak mencabar buat aku akhir - akhir ini . 

07.06.2018
Khamis

Aku tulis kat sini adalah sebagai catatan peribadi aku . Tak ada niat nak burukkan sesiapa atau nak menjatuhkan sesiapa . Lebih pada kenangan aku .

Hari ni , aku anta Amsyar pergi taska dengan dibekalkan 2 botol susu (10oz) dan 1 bekas susu formula :( Maka hari ni lah bermula perjalanan Kisah Susu Formula aku dan Amsyar . Emm .

Tolong , jangan kecam . Jangan komen kalau kau tak faham situasi aku .

Masa aku ambil Amsyar daripada Taska , cikgu - cikgu beritahu Amsyar langsung tak menolak untuk minum susu formula tersebut . pang ! aku macam kena tampar ! sebab masa mula - mula susu aku drop , aku beli susu Dupro 2 untuk bagi dia minum , dia meraung macam kena pukul ! 

aku stress ! 

masa aku putuskan nak bagi susu formula , aku memang dah tak boleh supply susu , sebab aku dah berhenti pam hampir 3 bulan . dengan susu tak ada , anak kelaparan , tak nak makan bubur yang aku bagi dan asyik mahu bergayut . akhirnya aku tak puasa ! sebab aku kena makan dengan banyak ! iya , banyak ! bila suami aku balik , aku terus beritahu aku nak beli susu formula . suami tak cakap banyak sebab tak nak aku stress . :(

tapi , Alhamdulillah , bila cikgu cakap dia dah mula terima aku pun lega . so , boleh teruskan .

08.06.2018
Jumaat

rutin aku macam biasa , still direct feeding kan Amsyar . tapi aku ada bagi dia sekali susu formula sebab masa tu aku ada kerja nak buat . so aku nak bagi dia kenyang lama . 

bila petang bawak ke malam , aku mula tengok pola penyusuan dia dah berubah . dia macam "tak puas" atau lebih pada macam tak happy . macam marah sebab sebelum tu aku dah bagi dia susu formula kan , macam nak cakap tapi tak boleh cakap .

Amsyar baru baik demam , dia ada batuk dan selesema . Alhamdulillah , susu formula tu tak adalah buat dia bertambah teruk . Cuma badan panas jelah , yelah baru nak sesuaikan diri .tak apalah , kejap je ni .

09.06.2018
Sabtu

aku bawa Arsyad pergi ofis sebab ada kerja . Amsyar aku tinggalkan Amsyar dengan suami aku . dia tidur masa aku pergi . balik dari ofis suami maklumkan dia dah minum sebotol susu formula . aku tak tahu apa perasaan aku . nak kata sedih pun tak , kecewa pun tak . berbelah bagi . apa yang aku tahu , aku cepat - cepat susukan dia . emmm ..

bersambung ...