Sunday, January 28, 2018

Lelaki

Lelaki.
Apa sebenarnya yang kau mahu.
Sekejap mahu begini sekejap mahu begitu.
Sekejap dia sekejap aku.
Sekejap sayang, sekejap rindu.
Sekejap mahu, sekejap tidak mahu.
Sekejap mesra, sekejap dingin.
Sekejap marah, sekejap benci.

Lelaki.
Apa sebenarnya yang kau mahu.
Kalau dia begitu, kau jangan samakan aku.
Kalau sayang, katakan padaku.
Kalau malu, bisik padaku.
Kalau ramah, kau kata aku tak malu.
Kalau marah, tolong jauhi aku.
Kalau tegas, kau bilang aku serupa nenek kamu.

Lelaki.
Apa sebenarnya yang kau mahu.
Asyik saja bikin hati ku buntu.
Asyik saja mahu merayu.
Asyik saja buat aku tak menentu.
Asyik saja mengarahku ini dan itu.
Asyik saja mahu dituruti kemahuanmu.

Asyik saja kau yang serba tahu.

Lelaki.
Aku juga punya hati.
Aku juga punya harga diri.
Aku juga punya integriti.
Aku juga punya keyakinan diri.
Aku juga punya olahan emosi.
Aku juga punya rasa tidak puas hati.

Lelaki.
Kau mahu aku ikut cara kamu,
sedang aku mahu bebas di alam semesta ini.
Kau mahu aku tulus mencintai kamu,
sedang kau sendiri tidak tulus dengan hatimu.
Kau mahu bebas tanpa ada ikatan dengan aku,
sedang kau sendiri mengikat aku dengan janjimu.
Kau mahu aku mengerti hati dan perasaanmu,
sedang kau masih asyik memainkan perasaanku.

Lelaki.
Kau dan aku ciptaan sempurna Yang Maha Esa.
Kau dilahirkan begitu atas kemahuanNYA.
Aku dilahirkan begini atas kemahuanNYA.
Kau dan Aku tak akan sama dan tak pernah sama.
Namun, hati kau dan aku TETAP MILIKNYA.

Nurfarhanah Suardi
Ahad
28.01.2018
1.40petang

p/s : sila SHARE jika anda suka :)