Tuesday, March 31, 2015

Kasut dan Kehamilan

Assalamualaikum w.b.t.
Setiap kali aku mengandung ( baru dua kali sebenarnya ) waktu yang paling sukar bagi aku adalah waktu nak berjalan .. Bukan apa , aku ni dikurniakan Allah dengan kaki yang sempurna sifatnya , namun istimewa kerana susah nak mencari kasut / selipar yang sesuai ..
Bukan nak kata aku high demand atau selera besar ke apa , tapi memang tulah kenyataannya ..
Setiap kali aku memgandung , maka setiap kali itu lah juga aku sukar untuk mencari kasut yang sesuai untuk kaki aku ni .. Dugaan .. Dugaan ..
Nak kata kaki aku besar sangat tu tak juga , sebab aku pakai kasut pun saiz 8 dan 9 .. Kalau ikutkan ada je kasut yang sesuai kat pasaran tu , tapi bila aku cuba sarungkan pasti x kelihatan menarik dan buat aku bertambah gemuk ..
Kasut / selipar yang ada biasanya buat aku rasa macam kaki anak badak , dengan corak seperti orang tua , kebiasaannya kasut yang aku idamkan tidak mempunyai saiz yang sesuai untukku..
 
walau bagaimanapun, aku WAJIB juga beli selipar baru .. jadi, aku terpaksalah beli jugak selipar (seperti dalam gambar) supaya aku lebih selesa sepanjang kehamilan aku.. selipar ni murah je pun.. janji aku boleh pakai sudahlah.. hehe.. yelah, mesti orang kata beli lah selipar yg sesuai dengan keadaan kan? skng ni aku x mampu sangat, daripada aku beli seliapr amhal2 lebih baik aku beli susu dan pampers untuk anak aku .. lain orang lain fikirannya..

Tidur Malam

Assalamualaikum ..

Nak tanya lah .. Anak korang senang tak tidur malam ? Huhuhuhu .. Bukan apa , saja je nak tahu , sebab anak aku si Arsyad ni , so far Alhamdulillah , senang lah kalau nak tidur malam .. Cumanya kena tunggu dia betul - betul ngantok lah .. Kalau tak bersilat lah aku dengan dia atas katil macam apa .. Arsyad ni suka buli aku , korek - korek hidung aku , mata aku , telinga aku dan mulut aku .. Dia tahu aku x suka dia buat macam tu , tapi makin aku tak suka , makin dia menjadi - jadi tau .. 

Kalau dengan babah dia tu boleh lah layan , babah dia x kesah ko nak korek hidung ke apa ker janji ko bareng sebelah dia .. Bhahaha .. Kalau dengan aku mau kena jerit lah .. Tak tahan lah aku kena buli cam tu , bukan pasal geli tapi aku rimas !! huh ! tapi nak buat cam ne kan , tu biasanya dia tengah carik mood nak tidur lah .. banyak lagi cara lain , dengan korek segala lubang yang ada yang paling buat dia feel sangat kott !! bhahahha .. 

ini lah jadinya kalau tak dapat korek lubang !

Saintifik telah membuktikan bahawa tidur malam yang lena adalah sangat penting untuk perkembangan mental yang optimal dan pertumbuhan fizikal. Tanpa tidur yang mencukupi, terdapat kemungkinan besar yang si manja mengalami beberapa masalah pertumbuhan seperti kurang konsentrasi, kurang selera dan skil motor yang tidak berkembang. Tidur juga waktu di mana sambungan otak diperkuatkan untuk perkembangan seterusnya. Oleh itu, adalah penting untuk si manja anda mendapat tidur yang tidak terganggu setiap malam. ~ Sumber Drypers


ni lepas dah penat main kuda - kuda ..

emm , kebiasaannya anak aku amek masa dekat setengah jam 
hingga satu jam untuk tidur kalau belum mengantok , kalau dah betul - betul 
mengantok dia amek masa lebih kurang setengah jam je untuk tidur .. senang kan ? 
yang penting ko baring je sebelah dia , ko usap - usap badan , kepala dan muka dia nanti
 dia fefeeling lah nak tidur .. huhuhu .. kadang aku terpaksa bukak baju dia 
sebab dia panas , yelah penat main kuda - kuda dengan bantal peluk babah dia kan .. 
rumah aku plak memang tak ada aircond , so memang panas x hengat lah .. 
apapun , Alhamdulillah masih ada rumah dan kipas untuk kami berteduh ! 
Syukur sangat !

so , berdasarkan fakta yang ada kat atas tu , aku tak kata lah
 aku percaya 100 % , cuma apa yang aku perhatikan anak aku , bila tidur malamnya tidak terganggu , dia akan bangun dengan emosi yang ceria , tanpa tangisan berbanding tidur malam yang terganggu .. dan aku perhatikan dia lebih mudah memahami sesuatu perkara yang baru dipelajari .. yelah , badan dah rehat cukup kan , senang lah nak terima 
sebarang ilmu kan ? macam kita juga .. so , moralnya , x kira lah bayi ke , kanak - kanak 
ke orang dewasa ke , kalau tidur cukup , mesti boleh hasilkan lebih banyak idea dan memberi kesan optimum pada kehidupan seharian .. 
setuju ??