Assalamualaikum w.b.t.
Setiap kali aku mengandung ( baru dua kali sebenarnya ) waktu yang paling sukar bagi aku adalah waktu nak berjalan .. Bukan apa , aku ni dikurniakan Allah dengan kaki yang sempurna sifatnya , namun istimewa kerana susah nak mencari kasut / selipar yang sesuai ..
Bukan nak kata aku high demand atau selera besar ke apa , tapi memang tulah kenyataannya ..
Setiap kali aku memgandung , maka setiap kali itu lah juga aku sukar untuk mencari kasut yang sesuai untuk kaki aku ni .. Dugaan .. Dugaan ..
Nak kata kaki aku besar sangat tu tak juga , sebab aku pakai kasut pun saiz 8 dan 9 .. Kalau ikutkan ada je kasut yang sesuai kat pasaran tu , tapi bila aku cuba sarungkan pasti x kelihatan menarik dan buat aku bertambah gemuk ..
Kasut / selipar yang ada biasanya buat aku rasa macam kaki anak badak , dengan corak seperti orang tua , kebiasaannya kasut yang aku idamkan tidak mempunyai saiz yang sesuai untukku..
walau bagaimanapun, aku WAJIB juga beli selipar baru .. jadi, aku terpaksalah beli jugak selipar (seperti dalam gambar) supaya aku lebih selesa sepanjang kehamilan aku.. selipar ni murah je pun.. janji aku boleh pakai sudahlah.. hehe.. yelah, mesti orang kata beli lah selipar yg sesuai dengan keadaan kan? skng ni aku x mampu sangat, daripada aku beli seliapr amhal2 lebih baik aku beli susu dan pampers untuk anak aku .. lain orang lain fikirannya..
No comments:
Post a Comment