Assalamualikum..
Arini aku nak SHARE sikit pasal kecantikan.. Walaupun aku tak berapa nak cantik.. Tapi aku bersyukur dengan pemberian-NYA.. Apapun, aku harap korang pun sama gak lah yer..
Renungan :
NAFSU mengatakan wanita cantik atas dasar RUPANYA. AKAL mengatakan wanita cantik atas dasar ILMU DAN KEPANDAIANNYA. HATI mengatakan wanita cantik atas dasar AKHLAKNYA.
Nak CANTIK?? Senang je..
Cuci Wajah 5x Sehari
v Kalau anda ingin kelihatan segar selalu, berseri-seri dan cantik, cucilah wajah dengan air wuduk sekurang-kurangnya 5x sehari. Kira masa korang nak sembahyang tu kan korang amek air wuduk, cukup dah 5x. Tapi, air wuduk tu jangan lap, korang biarkan kering sendiri. Sebab air wuduk ni pelembap semulajadi, tak payah korang pikir2 nak beli pelembap mahal2.. huhu..
Bersenam Elakkan Stress
v Ahli kesihatan kata, orang yang selalu stress adalah orang yang kurang bersenam. Jadi, selain korang bersenam kat luar umah, ada lagi 1 senaman yg korang boleh buat, senang je.. SOLAT. Ye, bersenam melalui solat. Sbb masa korang solat, korang gerakkan seluruh anggota tubuh anda. Solat juga adalah sebaik-baik senaman untuk umat Islam.
Rahsia Bibir Cantik
v Bibir yang cantik, berseri dan mungil bukan sahaja boleh didapati dengan hanya olesan gincu atau pelembap bibir, sebaliknya anda hanya perlu bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti orang lain, tidak sombong dan takabur. Korang kenalah sentiasa lafazkan kata2 yang indah2 je, baca Al-Quran ke.. dapat gak pahala kan?
Dikenali Dan Disayangi
v Haa.. Sape yang xnk glamor kn? So, kalau korang nak jadi terkenal dan ramai kawan, korang kenalah member salam kepada kawan2 korang, xkira lah yang satu kelas ke, satu opis kea tau kat mana2lah.. Secara tak langsung korang akan lebih dikenali dan dapat tambah kawan, malahan disayangi mereka.
Tubuh Langsing Jadi Idaman
v Siapa kata kalau nk kurus kena makan pil kurus dan diet je?? Tapi, tuk pengetahuan korang, diet yang terbaik adalah dengan berpuasa secara teratur. Tak payah banyak, korang puasa Isnin dan Khamis setiap minggu je (lagi baik sambung sampai Jumaat). Insya-Allah, tubuh korang akan kekal langsing dan sihat. Korang kena gak mkn byk sayur2an, buah2an, dan air kosong 8 gelas sehari. Buah Kurma adalah yang terbaik.
Jom jadi CANTIK! :)
Terima kasih sudi baca..