Showing posts with label Kisah Penjaga Pejabat. Show all posts
Showing posts with label Kisah Penjaga Pejabat. Show all posts

Thursday, December 22, 2022

Penjaga Pejabat #2

Hai.

Lama, aku tak cerita tentang kisah seorang "Penjaga Pejabat".
Sejak aku dah pindah pejabat ni, banyak sangat aku tak dapat update dekat blog. Masa sangat mencemburui aku. Tapi, aku cuba sambung ya kisah Penjaga Pejabat ini.

Aku sedang baring di sofa, memandangkan aku tak cukup bajet untuk makan tengahari. Niat di hati aku mahu melelapkan mata sebentar.

Tiba-tiba.

"Tap, tap, tap"

Ada sesuatu mengganggu pendengaranku.

Aku buka mata,
Mata aku melilau.
Telinga aku seakan panas.
Hati aku mula berdengup kencang.

"Ah, mengganggu sungguh" bisik hatiku.

 Aku bingkas bangun dan melihat jam di tanganku.

"2.15 petang. Kenapa tiada siapa yang mengejutkan aku? Tak ada pelanggan ke petang ni?" Aku mengeluh panjang.

Jam 2.30 petang, rakam sekerja pulang dari surau di bawah pejabat lalu menegurku ;

"Kau okay? Kau ada nampak atau dengar sesuatu ke?"

"Kau jangan tidur dekat sofa ni. "Mereka" memang suka mengganggu. Kalau kau mengantuk, pergi cuci muka kau, ambil wuduk dan solat. Kau dah Zuhur ke?" tanya kak Bedah (Bukan nama sebenar).

Aku lalu bangkit dan menuju ke surau.

Berlegar-legar persoalan di fikiranku tentang bagaimana kak Bedah mengetahui segalanya. Sedangkan bibirku terkunci untuk bicara.

"Ah, iyalah. Aku juga hambaMu ya Allah. Bisa saja aku berkongsi tempat dengan makhlukmu yang lain. Ampunkan aku ya Allah, melewatkan solatku 🤲🏻".

Semenjak itu, aku tidak pernah tidur di sofa pejabatku. Andai saja aku tertidur, pasti meja dan kerusi pejabatku menjadi saksi.

Begitu juga bunyi itu, tidak lagi menghadirkan diri semenjak aku yakin, sesuatu yang berlaku tidak lain tidak bukan adalah daripada Tuhanku.

=========================================================

Selepas ini akan bersambung lagi kisah Penghuni Pejabat.

Aku hanya akan menaip mengikut ingatan aku mengenai cerita tersebut.

Terima kasih yang sudi baca dan komen.


Bersambung ....

Tuesday, June 04, 2019

Penjelasan

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam, aku ada upload video dan gambar suasana di pejabat. Rupanya video itu menimbulkan banyak spekulasi oleh orang-orang yang tidak tahu hujung pangkal cerita. Huhu.

Okay, macam ni, aku bukan tak dapat cuti raya. Aku dapat je kot. Cuma video tu aku nak tunjuk keadaan aku setiap petang sorang-sorang. Setiap tahun, tanpa gagal. Kena plak nak dekat raya, masih sama. Tapi hari ni, masih ada rakan sekerja yang bekerja. Aku jadi macam janggal, sebab biasanya sehari sebelum raya tak ada orang kat pejabat ni, huhu.

Apapun, kita memang tak akan dapat memuaskan hati semua orang kan? 

So, bersangka baik jelah. Kbai.

Thursday, April 11, 2019

Penjaga Pejabat #1

Assalamualaikum w.b.t

Petang ni, aku saja nak kongsi dengan korang pasal Penjaga Pejabat di pejabat aku. Emm, cerita ni bukan cerita seram, tapi cerita benar.

Ada seorang hamba Allah ni, dia selalu menjadi mangsa keadaan. Sebelum dia berkahwin, dia memang selalu tawarkan diri untuk "jaga pejabat" sebab dia nak bagi orang lain yang dah berumahtangga peluang berasa seronok untuk bercuti bersama keluarga tanpa fikirkan hal kerja. Hamba Allah itu, berharap satu hari nanti, dia akan dapat peluang itu juga.

Pada tahun 2012, beliau berkahwin, beliau telah memohon cuti perkahwinan selama seminggu, namun begitu, atas desakan kerja, suami beliau pun terpaksa untuk hadir bekerja setelah cuti selama 3 hari. Berbaki 4 hari cuti yang beliau telah pohon terpaksa dibatalkan :( ialah, apa guna bercuti kalau suami sendiri tiada di rumah kan?

Sehingga lah beliau mempunyai anak ketiga pada 2017. Beliau masih menjaga hati rakan sekerja untuk tidak bercuti raya kerana mahu menjaga pejabatnya. Baik sungguh hati beliau kan? :(

Baru-baru ini beliau mendapat khabar gembira di mana adik kesayangan beliau yang telah hampir setahun tidak berjumpa akan pulang beraya di kampung halaman. Gembira tidak terkata hati beliau dan telah merancang cuti bersama anak-anak beliau untuk pulang beraya ke kampung halaman lebih awal. Namun, belum smepat beliau menyatakan keinginan beliau, beliau telah diminta oleh pegawai beliau untuk "menjaga pejabat" atas alasan, kampung beliau dekat. Sayu hati beliau.

Semenjak diberitahu beliau tidak akan dapat bercuti, semangat bekerja beliau terus turun. Sebab bertahun-tahun beliau tidak kisah akan cuti raya, namun setelah diberitahu bahawa adik kesayangannya akan balik, beliau memang bersemangat untuk cuti. Tapi itulah.. Emm...

Korang nak tahu siapakah beliau?