Monday, November 28, 2016

Petua Untuk Memenangi Hati Ibu Mertua

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya , mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua . Andai tinggal berjauhan , hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar . Jika duduk berhampiran , cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya . - KakNa selalu buat dulu semasa menjadi tunangan orang . Hehehe .

2. Ketika berkunjung , bawalah buah tangan bersama . Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah - buahan . Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati . Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan . - Ishh , kalau tak jadi mertua pun emmang jenis bawa buah tangan bila pergi rumah orang lain . Macam tak sedap pula nak datang dengan tangan kosong , hehe .

3. Kenali sikap sebenar mertua anda . Tanya kepada pasangan anda , apa yang disukai dan dibenci oleh mertua . Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci , secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak . - Emm , sampai sekarang KakNa masih cuba memahami dan mendalami keinginan dan kemahuan ibu mertua ku . Korang yang baru kahwin tu jangan lah mudah sentap tau ! Kena banyakkan bersabar dan berdoa , In shaa Allah , Allah akan bantu .

4. Setelah berkahwin , jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka . Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka . Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua . - Emm , yang ni KakNa akui kadang - kadang KakNa terlepas juga angin monsun barat daya ni dengan encik suami . Maaf bebanyak ler sayangku . 

5. Setiap kali bertandang , cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya . Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu . Ingat , jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri . - Yang ni selalu mak mertua KakNa yang buat lawak , KakNa tukang gelak je . 

6. Berkongsi minat dengannya . Kalau dia gemar bercucuk tanam , anda juga harus belajar bercucuk tanam . Kalau dia gemar memasak , tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya . Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai . Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius . - Minat tak sama , tapi KakNa akan cuba juga tunaikan permintaan dia . Biasanya , kami bawa ke kedai bunga je untuk mak mertua pilih bunga yang dia nak beli . 

7. Apabila tiba hari - hari penting seperti ketibaan Hari Ibu , Ulang Tahun Perkahwinan , Hari Bapa dan Hari Lahir , jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu . Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka . - Ucap jelah , ataupun kiteorang belanja makan , tu je yang paling senang .

8. Paling penting , jaga pertuturan anda . Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’ , anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda . Kata orang, kerana mulut , badan binasa . Jadi berhati - hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka . Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua . - Mulut kami berdua memang agak panas , tapi KakNa selalu usaha untuk tidak menyakitkan hati mak mertua supaya dia tak berkecil hati . 

9. Setelah selesai majlis kenduri , pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut . Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri . Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk , kuali , gelas atau pinggan mangkuk . Walaupun anda keletihan , tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut . Tetapi jika majlis dilakukan secara katering , cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah . - Selalunya mak mertua KakNa tempah catering je , tapi tugas KakNa memang basuh pinggan mangkuk dan potong buah - buahan . Selain tu , abah dan mak mertua KakNa memang bukan jenis suka buat kenduri yang kerap , tapi kalau sekali sekala buat memang meriah dan muai . 

10. Akhir sekali , cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri . Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat . Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka , pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar . - Ini yang biasanya orang perempuan tak boleh terima untuk awal perkahwinan . Memang akan ada fasa berjauh hati atau berkecil hati sesama mertua dan menantu . Tapi , KakNa suka ambil pendekatan positif , dengan berfikir bahawa mak mertua adalah wanita kedua yang KakNa perlu sayang selepas mak kandung . Lagipun , mak mertua KakNa memang sayang KakNa , cuma dia tak pandai nak luah , sama je macam anak dia . Hehehe .

Post ni , dah lama duduk dalam draft KakNa , baru hari ni KakNa nak published sebab KakNa rasa dah sampai masa . Yelah , dulu belum kahwin , so tak boleh nak komen banyak - banyak , nanti kena kecam . Hehehe . 
KakNa tak tahu siapa yang tulis petua ni , tapi KakNa copy paste dia FB , sebab tukang copy tu pun dia tak tahu siapa penulis asal . Apapun , siapa penulis asalnya , KakNa ucapkan terima kasih dan semoga Allah merahmati dan memudahkan kehidupan beliau . Diharap perkongsian beliau ni bukan sahaja memberi kebaikan dan manfaat kepada KakNa , malahan juga kepada sesiapa yang membacanya .