Monday, August 10, 2015

9 Tips Mendekati dengan Orang yang Berpengaruh Besar

Jom kongsi !

9 Tips Mendekati dengan Orang yang Berpengaruh Besar

1) Muliakan dirinya. Banyakkan memuji usaha dan result mereka. Ikhlas.


2) Rendah diri. Jangan cerita besar-besar tentang diri kita, Jangan membangga diri. Ini boleh menjengkelkan orang yang mendengar.

3) Jangan banyak bercerita tentang diri kita kecuali apabila ditanya. Banyakkan bertanya kepada mereka. Right answer comes with the right question. So, ask brilliant question kepada orang-orang hebat ni.

4) Sekiranya ada hujah dan pendapat mereka yang kita tak setuju. Diamkan sahaja. Jangan memintas kata, dan berdebat menyangkal hujahnya.

5) Hormat. Manusia ada banyak pendapat berbeza. Hormat adalah kunci dalam menjaga adab dan tatasusila.

6) Minta izin sekiranya mahu membawa rakan yang lain. Sekiranya mereka hanya menjemput kita, jangan pula bawa satu kampung berjumpa dengan dirinya. Respect keputusannya.

7) Sekiranya mahu bergambar, mohon izinnya terlebih dahulu. Jangan tergesa-gesa atau bertindak memaksa, atau syok sendiri pula.

8) Sekiranya mahu mendekati orang berpengaruh ini, dekati dulu orang yang rapat dengan dirinya. Kita jumpa dengan recommendation mereka. Hormat life privacy mereka.

9) Jaga panggilan dengan mereka, adab professional. Panggil mereka dengan pangkat mereka seperti Dato', Ustaz, Dr, Tan Sri, dan Tuan. Jangan bawa budaya 'kakak abang, U, I, uols dan sebagainya.



>> Yang penting sekali dekatilah mereka dengan IKHLAS, bukan atas asbab berkepentingan nak dapat projek atau nak tumpang glamour. Masya Allah.. sekiranya kita amal tips ni, bukan sahaja orang berpengaruh sahaja, semua orang pun suka dengan kita.


Ikhlas,
Abdul Basit
CEO Byond Success Sdn Bhd

Nota : aku dapat daripada email yang dihantar oleh Tuan Abdul Basit . Semoga jadi panduan !

Apa Yang Sedap ? Bubur Kacang Durian

Apa yang sedap ?

Mestilah BUBUR KACANG DURIAN .

Makanan yang aku rasa aku boleh makan semangkuk besar ! 
sedap sangat pada aku , tapi kalau kena gaya masak lah .. 
kalau cukup bahan aku memang suka buat .. 
letak isi durian banyak - banyak sekali dengan biji .. 
fuuhh !! terangkat !
lama rasanya aku tak buat bubur ni .. 
kali terakhir 3 tahun lepas .. hahaha ..
 tapi sekarang kalau teringin nak makan aku beli kat kedai atau tunggu orang 
bagi atau minta mak mertua aku buatkan ..  

korang plak ?